Monday, 30 March 2015

MajLis KesyUkuRan vs MajLis WaLimatul URus

Balik Kelantan, duduk dengan mak, baru la tahu macam-macam. Antaranya beza antara Majlis Kesyukuran dengan Majlis Walimatul Urus.

Selalunya, sebelum nak pergi kenduri, mesti tengok kad jemputan betul-betul..sama ada kesyukuran atau walimatul urus.

Kalau walimatul urus, mesti salam keruk ( salam sambil pass duit) atau datang bawak hadiah untuk pengantin.



Kalau majlis kesyukuran pulak, biasanya yang datang akan bawak gula, susu tin, biskut ke apa-apa la untuk tuan rumah. Memang banyak la kalau jadi tuan rumah ni. Selalunya, kami pass semula barang-barang yang dapat ni kepada orang lain.

Murah rezeki tinggal kat kampung ni..Macam-macam benda baru Acik belajar. Meh la datang Kota Bharu..

Sunday, 29 March 2015

No IdEa..


Minggu ini, rasanya, Acik berkesempatan nak jenguk semula
GA yang Acik buat di sebelah ni.
Mungkin ada yang tak percaya dah kat Acik.
Jangan risau, Acik akan hantar jugak.

Itu antara sebab Acik buang button Follower.
Takut ada pulak yang mempertikaikan pasal Follower tu.

Insya Allah, mulai esok, Acik akan mula SMS setiap orang yang join.
Nak pastikan dah dapat ke belum hadiah yang Acik nak bagi tu.



Acik akan utamakan pada yang dah lama join ye.
Pada yang baru join, Acik akan beri juga tapi mungkin lambat sikit.

Haritu Acik pos hadiah di pejabat pos Machang,
jadi kali ini, Acik nak try pos di pejabat pos Kota Bharu.

Jadi, kepada sesiapa saja yang birthdaynya dah lepas, 
Acik mintak maaf banyak-banyak.
Segala yang lemah itu datang daripada Acik sendiri.

Maaf banyak-banyak. Acik cuba sedaya upaya.

Salam sayang daripada Acik
di bumi Kelantan.
Love uolls.

Wednesday, 25 March 2015

BerSPLAsH

Cuti sekolah baru ni, Acik curi masa sikit bawak Nana dengan Waie mandi air..Kali ni Acik bawak ke SPLASH KOTA BHARU..lari dari kebiasaan iaitu di Taman Tengku Anis.




Harga tiket masuk untuk kanak-kanak, RM2 dan dewasa RM3..jadi RM10 je la termasuk Intan.

Tak sampai 10 minit, dah ketar sejuk. Nasib baik harga masih lagi murah..kalau tak, memang Acik paksa mandi sampai biru.




Dah siap-siap, round-round ke Taman Tengku Anis jugak. Tengok rusa.. Dah jalan-jalan sekejap, terus balik..

Nasib baik mereka tak meragam sangat. Tak la pening kepala layan..

Ini kali kedua tulis entri yang sama..tu sebab tulis simple-simple je

Monday, 23 March 2015

Buat BeRgaDuh OranG Je

Tentu ramai yang dapat wasap pasal perubahan tarikh gaji. Memang kelam kabut betul bulan ni. Gap gaji sebulan lebih tu...




Ramai jugak yang cakap, salah diri sendiri sebab ambik awal gaji bulan Februari..tapi percaya la..bagi orang-orang macam kami, yang bergantung pada gaji, memang tak boleh nak tolak..




Time-time camni la, kesabaran makin tipis. Duit tinggal sikit, gaji pulak lusa..memang mencabar..Silap-silap, laki bini boleh bergaduh..

Dah jauh beza gaji tu, masukkan la awal sikit..sekurang-kurangnya, lega la sikit.

BerAnGaN..

Hai semua..lama benar dah rasanya tak update blog..baru nak mula ejas semula time update blog..GA kat sebelah pun tak terurus dah..sorry ye semua...Insya Allah Acik akan start semula.

Acik nak citer pasal buah berangan je. Bapak mahalnya buah ni..RM18 sekilo..tapi tak la nak beli sampai sekilo,kan?




Acik beli buah ni kat RnR Genting Sempah..masa on the way balik dari kursus di KL Khamis baru ni.




Acik beli RM10 je..entah berapa biji je. Buahnya macam buah getah. Cara masak tu goreng dalam pasir.




Kulitnya keras jugak..tapi biasa la..kalau dah sedap tu, mesti mahal.




Pada korang yang tak penah try, boleh la cuba..memang sedap. Tak payah la beli banyak-banyak..Nama pun CUBA,kan.

Thursday, 12 March 2015

KekoK

Baru je 4 hari bertugas di tempat baru. Rasa macam best je. Boleh tidur awal, boleh bangun awal, boleh pegi keje awal, boleh balik keje awal.




Pagi pergi hantar Intan ke sekolah, terus Acik ke pejabat. Tak pernah la Acik berebut-rebut dengan orang hantar anak pepagi buta. First time nih.




Yang paling semangat lagi, Acik masuk kerja sebelum jam 7.30 pagi. Tak pernah-pernah lagi sejak 12 tahun kerja. Memang kekok. Nak kekalkan sampai pencen. Insya Allah..doakan ye. Nak cover masa 12 tahun punya keje yang terlambat, tercurik masa, terleka, ter'tak-kerja' time kerja.

Duduk je tempat baru ni, bertambah la sukanya sebab Acik masih lagi pegang kewangan. Alhamdulillah...memang bidang Acik suka tu. Jadi excited tu lebih sikit la.

Awal-awal ni susah sikit la. Nak kena senyum lebih, ramah sikit, jawab soalan yang sama dekat 20 kali..hahahaaa...macam-macam. Dah macam display pulak bila sorang-sorang cikgu masuk pejabat nak tengok kita..huhuuu..kerani tua la yang masuk, cikgu!




Time balik keje, matahari terik lagi dah nak sampai rumah..biar betul??Aduhh...tak percayanya..

Seronoknya bila memori masa kecik-kecik dulu berulang. Dulu nak pegi sekolah, salam mak ayah..balik sekolah, nampak mak ayah..Camni la sekarang. Nak pergi kerja, salam mak ayah..balik kerja, nampak mak ayah jugak. Ya Allah..sukanya..Tak nak dah ubah situasi ni.