Tuesday, 1 December 2015

AnTara SebAb SiBuk MelaMpau

Semenjak dua menjak ni, jarang sangat dah Acik nak update blog. Susah sangat nak timbul idea memandangkan banyak medan yang nak diupdate.

Antara sebab yang utama Acik payah sangat nak update blog, ini la...Order banyak sangat lebih-lebih lagi time-time cuti ni.




























Eh...terupdate kat sini pulak..

Monday, 2 November 2015

PuLAPoL KUaLa LuMpUR

Dah lama plan nak ke KL, jumpa adik Acik yang nombor 4. Training Inspektor Polis di PULAPOL KL. Disebabkan kereta tak muat semua anak-anak Acik, maka kami pergi berenam saja. Yang lelaki semua tinggal kat Kota Bharu.




Ayah Acik drive dari KB ke Melaka. Seronoknya duduk kat belakang. Dah lama sangat tak merasa jalan jauh sebagai penumpang.

Stay Melaka, rumah adik nombor 2..Luruskan urut, betulkan badan..Hari Sabtu, kami gerak ke KL..Kali ini Acik yang drive sebab Ayah Acik tak suka drive kat KL..Serabut katanya..Lagipun adik Acik punya keta, auto.




Sampai sana dah lewat jugak sebab sesat-sesat nak sampai ke sana. Guna Waze ni menyakitkan hati jugak. Berpusing-pusing. Kalau Acik pegi sorang, Acik rela je dengar Waze ni menipu tapi dek pegi dengan mak ayah, Acik tutup je Waze tu. Gambel ikut naluri sendiri.










Last sekali, bila balik, adik Acik drive sendiri sebabnya Waie dah melalak-lalak nak susu. Haish!!

Kalau Dah ReZeki..

Hari tu, masa Raya Hari tahun ni la, ada orang Katering, booking 20 bekas kuih talam. Macam-macam jenis la..

Acik order la loyang untuk kuih talam ni sebab kat rumah ada sikit je. Ada la 9 pcs semuanya kat rumah.

Dah beli bahan-bahan nak wat kuih, orang katering call, bgtau tak jadi nak tempah 20 bekas. Nak 10 bekas je.. Acik yang jawab call masa tu, termenung kejap. Masih blurr-blurr sebab jawab call masa tengah tido.

Acik redha je. Bukan rezeki kot..sebabnya hati masih tak kuat nak cakap MAMPU buat 20 bekas dengan menggunakan 2 pengukus.




Order untuk raya kedua dah mula sesak. Penuh. Menyandar jugak nak buat sorang-sorang.

Masa tengah buat order untuk raya kedua, satu-satu order masuk untuk raya ketiga..Acik terima satu persatu..sampaikan ada yang call waktu Acik tengah buat order untuk raya ketiga tu.

Bayangkan Acik mula buat kuih talam start jam 9 malam raya kedua sampai la ke jam 1 ptg raya ketiga. Nak pengsan rasa.




Ni antara kuih yang siap malam raya kedua. Bila mak Acik kira, lebih 20 bekas kuih talam Acik dah buat haritu.

Tobat dah la..Tak nak lagi ambik last minit order ni.

Sunday, 1 November 2015

TesTiCuLaR ToRsioN

Sememangnya Acik tak tahu apa sebenarnya penyakit ni (kategori penyakit ke?). Malahan tak terpikir langsung pun.

Jam 3 pagi, angah kejutkan Acik yang tengah mamai-mamai, baru nak terlelap. Dia cakap perut dia sakit sangat. Acik suruh dia sapu minyak angin.

Esoknya, mak Acik tolong gosokkan perut angah. Mungkin angin pasang katanya. Terus Acik bawa ke Klinik Bandar Kota Bharu.




Doktor suspek Testicular Torsion. Apa benda tu? Doktor cakap salur testis terbelit. Testis boleh hidup 6 jam saja. Gelap kejap dunia.

Terus call hospital, emergency operate. Alhamdulillah, Acik dan angah tak sempat sarapan lagi jadi nak operate makin mudah sebab perut dah sedia kosong. Tapi masalahnya, start angah sakit sampai la ke masa nak operate, nak masuk 9 jam.




Sebak hati tengok angah kena usung masuk bili bedah. Doktor cakap, ala..bedah sikit je..Allo doktor, ini anak kandung saya tau..kalau boleh, biar saya gantikan tempat dia.




Sebenarnya hari itu besday angah. ANgah cakap, sebelum operate, doktor bedah, doktor pakar, doktor bius dan doktor-doktor pelatih wish besday kat dia..Alahai...terharu rasa.

Dipendekkan cerita, bila dah operate, doktor tengok, testis sebelah kiri dah mati 25%. Alhamdulillah masih hidup 75% walaupun jangkaan mati seluruhnya sangat tinggi..







Tiada tanda-tanda sakit tau..tiba-tiba saja. JAdi kalau ada anak2 sakit, terus ke hospital.

Get well soon angah!

Tuesday, 15 September 2015

Hari Rehlah Tadika ABIM Negeri Kelantan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..(macam baca berita pulak)

Minggu lepas, Hari Keluarga sekolah Nana di Taman Tengku Anis (aduhh...tak perasan pulak Tengku ke Tuanku..nanti Acik check semula).

Kemain cikgu Nana grab tangan Nana nak ajak senamrobik KONON..sudahnya..




Berkepit dengan cikgu.

Acara kedua, mewarna. Beli macam-macam pesen warna...kaler pensil la, crayon la...Nak bagi semangat dia mewarna.




Tengok...sapa yang sangat bersungguh tu!

Dan hasilnya...tadaa...hasil kerja ibu dengan kakak intan.




Bila permulaan pun dah nangis, maka sampai kesudah la asyik cengeng je. Ibu la bertindak heroin, kaunselor, jurulatih peribadi, guru tadika dan sebagainya...memujuk si perempuan kecik ni. Mana la datang penyakit kuat menangis si Nana ni. Along Angah Intan tak pulak camni.




Saja je Acik pegang dada konon-konon pujuk dia padahal Acik nak rasa jantung dia..huhuuu...laju yang amat...dup dup dup dup dup...Hello Nana...nak berlari je..bukan nak bergusti..Adoiii...spoil la Nana. Muka ganas dah tu.




Bawa bola ping pong je pun...




Si Waie pulak tak habis-habia meragam. Bola sepak dah 2 biji beli, belon lagi, Ultraman..sudahnya terpaksa call Angah..bantuan tambahan..kakitangan tak cukup nak handle




Puas Acik ketap bibir...gerammmm je.

Acara last..rebut gula-gula..Nana tak nak masuk...Menangis-nangis tak nak masuk..alasannya.."Gigi Nana sakit kalau makan gula-gula"..Ibu dah tumbuh tanduk, nak bertukar jadi singa..Berani dia cakap tak nak masuk..Grrr...




Macam banyak je kan? Padahal wafer ada 3 je..gula-gula tak sampai 10..




Tahun depan pulak la Nana. Jangan buat perangai lagi.

Thursday, 20 August 2015

Hakak Pun Baru Tahu Jugak Ni

Dapat gambar ni dalam Whatapps baru-baru ni.




Itu fungsi penutup ada lekuk-lekuk tu ye.

Monday, 15 June 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah lamanya blog Acik ditinggalkan, Acik nak mula balik
memeriahkan blog Acik ni.

Acik nak mulakan GA dengan menyertai GA dari Azhafizah ni.

Sebenarnya Acik dah lupa nak buat camne,
tapi Acik try my best.

Jom sama-sama join GiveAway Mega Raya ni.


giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom
Mudah saja syarat-syaratnya.

Dear tuan punya blog, Acik dah follow semua ye.

Good Luck Acik Watie!!

Saturday, 13 June 2015

DaH SaMPai SeRu..

Assalamualaikum dan salan sejahtera semua..

Lama sangat dah Acik tak update blog..Kesihatan tak berapa mengizinkan. Kesibukan pun iye juga..Pada yang dah tahu, mungkin ia salah satu sebab Acik jarang update blog kot.


Sebenarnya Acik nak bagitahu yang Acik akan berdua..hihiii..malu pulak..nak bgtau Acik dah nak kawin tahun ni.


Insya Allah, kalau tak ada apa-apa aral melintang, majlis kami akan diadakan pada 30 Ogos 2015..Hari Ahad ye..Jadi, Acik jemput, semua datang rumah Acik ye..




SAVE THE DATE YE!!

Wednesday, 6 May 2015

JaGa AmaNah ALLAH SeBaiKNya..

Takdir Allah, tiada siapa yang tahu. Semuanya dah tertulis.
Acik tak tahu sebenarnya cerita pasal kemalangan DUKE ni. 
Rakan FB Acik pun ramai yang tak update.
Blog apatah lagi. Tak sempat Acik nak menjengah. 

Mungkin rakan FB Acik ada yang dah update 
tapi Acik terlepas pandang, memandangkan 
banyak sangat urusan yang nak diuruskan.

Maaf jika entri Acik kali ini dah banyak blog yang
dah lebih dulu update. Acik keluarkan entri ini
khas untuk Acik ingati semula kes ini.
Supaya senang Acik ceritakan pada anak-anak Acik nanti.







Kekadang, bila kita berhati-hati, sebab orang lain pula kita jadi mangsa.
Biasanya macam tu la..orang yang salah tu, jarang jadi mangsa.
Yang tak bersalah itu yang akan 'pergi' dulu.
Allah lebih menyayangi orang yang baik-baik.

Sebaknya hati bila lihat gambar anak-anak ini.
Lebih-lebih lagi anak sulung arwah.
Sebijik macam anak Acik.

Tiap kali tengok gambar atau tengok video mereka,
pasti air mata akan meluncur laju.

Kuatkanlah semangat anak-anak ini Ya Allah,
Janganlah Kau buang perasaan sayang antara mereka,
Kaitkan hati antara mereka.
Murahkan rezeki mereka,
Limpahkanlah kasih kepada mereka agar mereka
tidak sedikitpun merasa kehilangan yang amat hebat.




















SATUKANLAH MEREKA DI SANA




AL-FATIHAH...

Wednesday, 15 April 2015

SukaN ZaMaN SeKoLAh

Tiap kali ambik anak Acik, Intan, pasti mata tak lepas dari tengok sukan MSSK yang sedang berlangsung sekarang.

Sukan yang pernah Acik gilai dan cintai. Lumba lari dan acara padang. Acik lebih suka lumba lari jarak jauh daripada jarak dekat. Penat tau nak press tenaga sehabis mungkin kalau jarak dekat ni. Rasa macam darah nak terpancut keluar dari kepala.

Kalau jarak jauh ni, boleh la ambik masa dulu..pastu dah nak dekat tamat, baru langkah panjang-panjang. Jarak antara peserta pun boleh la nampak jauh sikit.




Acara yang orang paling suka tengok, semestinya acara speeding...100m, 200m, 4x100m & 4x200m..Acik slalu dapat jadi peserta ke-3..tak suka jadi yang pertama sebabnya takut terperanjat...kalau pelepas guna pistol..adoi...maunya asyik batal ye.

Tak suka jugak jadi pelari akhir sebab kena speeding habis-habisan..Takut kalau last, OranG marah...nak-nak pulak, kalau orang potong kita nak dekat dengan garisan penamat..Sakit hati!!

Jadi pelari no.3, boleh bantu team..potong atau dipotong...jadi pelari ke 4 boleh catch up. Rindunya zaman aktif sukan...Sekarang ni rasa macam nak speeding jugak tapi nak speeding kat mana?Nak lari atas track jugak...macam dulu-dulu.




Sekarang, angah je la yang menurun Acik.. masuk acara padang..Boleh la jugak tumpang sorak..jerit kuat-kuat..heheheee...

Rindu nak ke sekolah semula la..Jom...

Sunday, 5 April 2015

ToLoNg SaYa..

Acik dalam proses mengesan nama-nama penerima hadiah dalam hangout...skali, Acik baru perasan yang hangout Acik yang satu ni tak berbalas..




Mintak tolong ye, sesiapa yang boleh beritahu kat Tunsha ni ye..

Terima kasih banyak-banyak.

Saturday, 4 April 2015

Hmmm...Tak TaHu Nak CakaP

2-4 April 2015, ada festival islamik di Kelantan Trade Centre..Lengang je manusia yang berkunjung. Acik singgah sebentar lepas hantar Angah ke pemilihan MENCARI RAMLI.




Kebetulan ada tazkirah dari imam muda Asyraf..Nak menitik air mata bila lihat penonton yang duduk dengar apa yang imam muda Asyraf perkatakan. Acik pulak masa tu memang bawak Nana dengan Waie..maka, dah nampak sibuk benar bila yang ni nak belon, yang tu nak bangun.




Nak kata lengangnya orang, kalau Acik pergi ke tempat imam muda Asyraf tu, memang tak de halangan langsung la. Bayangkan kalau kita tengah bercakap, ada segelintir je yang nak dengar.




Nana macam biasa la..dengan baju kurungnya. Ibu pulak yang berjeans bagai. Kalau Acik tak bawak budak berdua ni, memang Acik stay sampai imam muda Asyraf habis bercakap..tanda sokongan pada dia yang datang dari jauh. Tapi bila dah bawak yang berdua ni, terpaksa bangun jugak dari tempat duduk..mereka tak sabar nak grab belon.




Orang tak ramai, boleh la dapat belon sorang 3..malah boleh lebih lagi..tapi sebab tak muat tangan, cukup la tu.

Berbanding ada satu festival hari ni...di salah sebuah hotel..Orang ramai..bersesak-sesak..




Hmm..no komen..tak tahu nak cakap

Monday, 30 March 2015

MajLis KesyUkuRan vs MajLis WaLimatul URus

Balik Kelantan, duduk dengan mak, baru la tahu macam-macam. Antaranya beza antara Majlis Kesyukuran dengan Majlis Walimatul Urus.

Selalunya, sebelum nak pergi kenduri, mesti tengok kad jemputan betul-betul..sama ada kesyukuran atau walimatul urus.

Kalau walimatul urus, mesti salam keruk ( salam sambil pass duit) atau datang bawak hadiah untuk pengantin.



Kalau majlis kesyukuran pulak, biasanya yang datang akan bawak gula, susu tin, biskut ke apa-apa la untuk tuan rumah. Memang banyak la kalau jadi tuan rumah ni. Selalunya, kami pass semula barang-barang yang dapat ni kepada orang lain.

Murah rezeki tinggal kat kampung ni..Macam-macam benda baru Acik belajar. Meh la datang Kota Bharu..