Monday, 14 November 2016

SUKU

Jika anda ke Kelantan, pasti tujuan utama adalah MEMBELI BELAH @ SHOPPING.

Antara ayat yang anda kena tahu ialah 'suku'.



Suku dalam bahasa orang luar Kelantan (lupa pula orang Terengganu guna juga atau tidak ayat ini) bermaksud 'asing'

Situasi 1:
Nak bungkus nasi berlauk di gerai depan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Contoh ayat :
"Kak, kuah suku ke?"

Maksudnya :
"Kak, kuah bungkus asing ke?"

Jawapan korang :
Angguk je. Tapi kalau nak nampak cerdik sikit, jawab la "ha".



Situasi 2:
Masih lagi membeli (sebab dah cerita awal-awal tadi. tujuan utama datang Kelantan nak shopping,kan? Jadi banyak contoh membeli je la, haha)

Nak beli kain batik crepe kat Bazaar Tengku Anis. 5 minit sebelum anda sampai ke kedai no.30, dah ada 1 family kat situ. Jadi tawar menawar pun berlaku. Anda pun sama menyibuk mengibar-ngibar dan menyelerakkan kedai no.30 tu, konon-konon nak cari yang paling memikat mata dan harga paling murah.

Anda pun nak harga sama macam orang sebelum anda.

Contoh ayat penjual :
" Kak mari suku ko? "

Maksud ayat :
" Akak datang asing-asing ke? "

Jawapan korang:
Kalau nak muka selamat, jawab la "tak"
tapi
Kalau nak duit selamat, jawab la "ye"

Selamat mencuba!!



Welcome To Kelantan.

Monday, 7 November 2016

Mini Gout?

Pertama kali keliling tapak kaki bengkak. Kedua-dua belah kaki diserang bengkak serentak. Ya Allah, waktu tu memang tak boleh nak cakap macam mana. Nak pijak memang rasa nak bertempik.



Ihsan gambar google tu.

Asalnya Acik tak perasan sakit kaki tu. Hari Khamis itu, Acik ke hulu ke hilir uruskan hal anak-anak. Pagi ke Solat Hajat Pelajar PT3 di SMK Putera, sekolah anak Acik yang nombor 3. Kemudian berkejar masuk ofis. Boss mintak keluarkan cek.

Settle hal tu, Acik berkejar pula ke SMK Tanjong Mas. Urusan Majlis Muzakarah Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5. Anak Acik yang nombor 2 pula. Majlis bersurai jam 2 lebih.

Balik dari kerja, kaki dah start bengkak. Malam masih lagi boleh bertahan. Masuk Jumaat malam, kaki dah berkilat. Demam dah mula menyinggah. Dan ke Emergency Hospital Perempuan Raja Zainab la Acik.

Doktor tak dapat trace penyakit apa. Check darah semua ok. Buah pinggang ok, tak ada kencing manis, bukan gout, bukan penyakit sendi lain. Doktor hanya spesifikasikan ia mungkin radang sendi.

Jadi, antibiotik dan ubat tahan sakit saja yang diberi.

*maaf, gambar sebenar kaki sendiri memang tak dapat Acik beri. Cari dalam google gambar yang sama macam dengan kaki Acik, memang tak jumpa. Tapi nak bagitahu, memang sangat sakit.

Sambung esok lusa pulak la. Nanti tulis panjang-panjang, tak lepas pulak. Dah la guna wifi rumah yang hampir 6 orang guna ni.

Babai.