Wednesday, 13 August 2014

DAH AMBIK SIJIL?


Tak de kena mengena pun segulung ijazah ni dengan tajuk entri

Kalau tak berpisah, takkan ada pengalaman ni.

Bekas suami mintak pendapat pasal kahwin lain..
Pernah ada?
Tak pernah,kan?

Aku mestilah ada pengalaman tu.
Tu sebab aku nak bercerita ni.

Bila aku cakap yang aku masih lagi baik dengan bekas suami aku,
ramai yang tak percaya.
Majoriti tanya, "Kau boleh baik lagi dengan dia?"
Huh...tengok kaki la kawan.

Hahahaa...sebenarnya tak de apa yang nak digaduhkan lagi.
Aku dah tak ada apa-apa lagi dengan dia.
Dia pun tak boleh hentak aku macam dulu.
Dia buat hal dia, aku buat hal aku.
Apa de hal..

CERITANYA BEGINI...

Lepas beberapa tahun kami berpisah,
datanglah bekas suami aku ni ke rumah.
Nak tanya 1 hal katanya.

P : Apa halnya?
L : Eh..kau dah ambik sijil cerai dah?
P : Dah..kenapa? Kau nak kawin ea..
Dia senyum.

Dalam hati korang mesti ada rasa sedih sikit,kan.
Sebab orang yang korang sayang nak kawin lagi.



Tapi aku rasa legaaaa sangat.
Sebabnya dia nak kawin lagi.
Selamat dah aku kat situ.
Banyak tahun dia suruh rujuk balik.
Ish..tak nak la...cari la yang lain..

Boleh jugak dia tahu yang aku ni memang macam perempuan lain ke?
Mengada-ngada masa mengandung?
Sakit sikit, tak boleh bangun langsung?
Manja?

Takkan aku nak jawab soalan tu je kan.
Banyak lagi soalan cepumas aku nak tanya ni pak cik oii..

P : Dia tahu tak kau dah ada anak?
L : Tahu.
P : Dia boleh terima tak budak-budak ni?
L : Budak-budak ni kenal dah.
P : Aku tanya..dia boleh terima tak?
L : (Krikk krikk krikk)

Ni yang buat aku risau.
Ini kes buy 1 free 3.

Yang paling aku suka sekali ialah...
DIA KAWIN DULU DARIPADA AKU!!
Yahoo!!
Tak la nampak, aku punca perpisahan kami.


SELAMAT BERNIKAH, KAWAN.
JADIKAN PENGALAMAN AWAK MENGURUSKAN SAYA
SEBAGAI PANDUAN AWAK UNTUK JADI YANG LEBIH BAIK.
JANGAN ULANGI LAGI KESILAPAN LAMA.

TINGGALKAN YANG BURUK PADA SAYA.
MELANGKAHKAH AWAK DENGAN PENUH KEYAKINAN
BAHAWA INI JALAN YANG AWAK PILIH.
TAK PERLU TOLEH KE BELAKANG LAGI
KERANA YANG TERTINGGAL HANYALAH KENANGAN.

KITA MAKIN TUA DAN ANAK-ANAK SEMAKIN DEWASA.
JANGAN AWAK BEZAKAN MEREKA
HANYA SEBAB SAYA.

TERIMA KASIH KAWAN....





No comments:

Post a Comment