Monday, 4 August 2014

RAYA BERTIGA SAJER..


Tahun ni kami beraya bertiga. Along, angah, Intan balik raya dengan ayah diaorang.
Sepatutnya tahun ni giliran mereka raya dengan kami.
Sebabnya Ana tak balik kampung tahun ni.

Mengikut perjanjian kami dulu, tiap-tiap tahun,
akan ada orang balik raya di kampung.
Kalau Ana balik kampung, aku akan raya di rumah mentua..(itu dulu..)
Jadi tak la rumah kat kampung ni tak ada orang,
selain penduduk tetap di situ, iaitu Kiah dan Fikri.

Ayah mereka pun camtu jugak...
tahun lepas sepatutnya ambik anak bawak balik raya di Johor
tapi dia dah ubah jadual.
Tak ambik anak sebab tak dapat cuti.
Boleh pulak gitu?

Aku dah cakap, tahun ni tak boleh ambik 
sebab dia dah burnkan turn dia tahun lepas.
tapi dia ambik jugak.
Jadual aku takkan berubah..tetap yang sama..

Tahun lepas (2013), giliran diubah..bukan diubah sebenarnya..
Giliran tetap berjalan macam biasa.
Walaupun dah duduk dengan mama, tapi takkan tiap-tiap tahun
aku tak perlu raya dengan anak,kan??
Tahun ni kami terpaksa beraya bertiga saja.
Ana dan Nora tak balik.
Ana balik Felda Tenggaroh..rumah mak mentuanya.
Nora pulak kerja pagi raya..ada je jaga balai kat Perak.








Pagi raya hanya ada mama, aku, Kiah, Fikri, Nana dan Waie.
Terkelip-kelip tengok orang beraya ramai-ramai.
Nasib baik ramai juga yang datang raya.


Keliling rumah ni sedara mara saja..jadi kami tak sempat nak bergerak.
Nak buat air pun berlari-lari.
Mana nak tengok Nana dengan Waie, mana nak hidang kuih,
mana nak buat air..

Mama tugasnya berbual la. Kita memang tak tahu nak bual apa dah..
Bukan geng kita.

Yang ni geng aku...Zaidi namanya..Habis form 5 sampai sekarang baru jumpa.
Nasib baik bini kau orang Bachok..kalau tak memang tak jumpa la kita.

Tapi meriah jugak la raya tahun ni.
Tahun depan mesti lagi meriah!!
Yezza!!

TAPI BOLEH TAK JANGAN BAWAK BALIK MERCUN,
CIK HASIB DGN POK TEH?
MAK LONG TAK SUKA LA...






No comments:

Post a Comment