Sunday, 28 September 2014

Patut Beri Anak-anak Tengok...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni, Acik nak cerita mengenai
cerita yang paling Acik suka..
Cerita yang Acik akan menangis tiap kali Acik tengok.

Tapi bila dah banyak kali tengok,
Acik dah boleh lari daripada
tengok part yang menyentuh hati tu.


Sinopsis sikit-sikit la ye..
Sebabnya Acik paham-paham camtu je.
DVD yang Acik beli tu tak ada subtitle BM.
So Acik buat-buat paham je la.
(Tapi kalau paham English tu, mesti lagi seronok,kan?)

Cerita ni adalah kisah benar..
Kisah tentang seorang lelaki kulit hitam
yang ingin sangat berada dalam team Penyelam Tentera Laut.

Terlalu banyak borang yang dia dah hantar,
akhirnya dia diterima masuk.
Dia dibuli oleh orang-orang kulit putih..
Fuhh..kuatnya semangat dia.
Kuat juga mentalnya menghadapi ujian itu.




Waktu ujian dalam laut, kawan kulit putih dia tersepit
dalam kapal karam..
Orang kulit putih yang lain tak nak tolong pun kawan
yang tersepit tu.
Dia ni turun ke bawah...bantu lepaskan kawannya yang tersepit tu.
Esoknya, pada perhimpunan harian,
orang lain pula yang terima pingat keberanian 
kerana bantu kawan yang tersepit tadi.
Bukan dia.
Sakit hati tak??
Sakit hati,kan!!










Ada satu lagi..

Masa ujian menyelam, kawan-kawan dia bocorkan 
beg yang berisi skru dan peralatan kecil-kecil
dan campakkan ke dalam air, tempat dia tunggu untuk 
pasang paip. Berjam-jam dia dalam air, kutip
setiap skru, dan akhirnya siap juga paip tu.
Part ni memang Acik nangis.
Giler tak nangis...menggigil-gigil dia.
Orang lain dah naik atas darat siang lagi..
dia dah malam baru dapat naik..
Dengan tak makannya, dengan sejuknya,
dengan gelapnya meraba cari skru dalam air.
Memang hebat la semangat Carl ni..




Walaupun ia cerita motivasi daripada barat,
tapi semangat dalam cerita ni boleh dijadikan panduan,
boleh dijadikan contoh.


Memang touching cerita ni.
Tengoklah..sesuai untuk seisi keluarga.
Hari minggu boleh pasang.


Acik punya DVD dah rosak..
Nak juga cari di kedai DVD..
Simpanan untuk motivasi diri ketika diri rasa 'down'.


Kalau ada yang jumpa DVD ni, belikan untuk Acik sekali ye.

SELESAI..

18 comments:

  1. ohh ayu mmg xtgk cerite2 cm ni acik..
    tapi kalau dah tertgk mesti layan...

    ReplyDelete
  2. selalu juga keluar dekat Astro tetapi saya tak tengok sebab nampak macam boring je. Bila baca entri Acik ni rasa macam nak tengok pula. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la..mula-mula memang boring..tapi bila dah masuk bab buli tu,hati menggelegak je.kalau yang jenis suka maki-maki masa tengok,baik jangan tengok..sakit hati

      Delete
  3. acik... KM pun pernah tengok... cerita ni dah pernah main kat HBO... srious touching tengok... tp mmg jahatlah kulit putih buli kulit hitam dalam cerita ni... tapi akhirnya dia berjaya jugak dan orang hargai dia sebab semangat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik pun tengok masa HBO bagi free hari tu..terus cari DVD kat kedai..tak ada..sold out..bila dia berjaya sebab semangat dia, kita yang tengok ni pun turut sama bangga..

      Delete
  4. menarik baca sinopsis acik ni..macam best cerita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan MACAM BEST ah cerita ni...memang best pun.

      Delete
  5. Kalo sue tgk pun pasti tangkap leleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang-orang penyedih macam kita ni payah nak di bawa tengok wayang...

      Delete
  6. sudah BW ke sana dan follow..terima kasih..

    ReplyDelete
  7. ala acik, tak pernah tgk la. kang bleh try cari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak tengok, mesti lagi faham...Acik yang buat-buta faham ni pun dah seronok tengok.

      Delete
  8. ada website tak yang boleh tonton online punya?

    ReplyDelete
  9. macam best je~ ish nak google cari citer ni karang, dengar akak cerita pun dah feeling~ ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la..tapi kalau sakit hati, jangan marah Acik..kalau nangis, ingat Acik tau

      Delete
  10. cam best jer cite nie.....robert deniro memang (legend)

    ReplyDelete