Thursday, 18 September 2014

TUHAN MAKBULKAN JUGA WALAUPUN TAK MINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa muda-muda dulu, Acik suka sangat tengok
orang lelaki yang ada parut kat kening.
Nampak gangster, nampak macho gitu.

Lepas kes Acik memandai-mandai repair bulu mata Angah,
kali ni kes Angah jugak.

Masa ni Angah berumur 4 tahun.
Dia ni nakal sikit..Lari sana, lari sini,
panjat sana, panjat sini.
Sekali tu, tengah-tengah meniti kat longkang rumah pengasuh,
dia tergelincir dan kening terkoyak.
Terkena tepi longkang yang kasar tu.
(Perasan tak kalau longkang yang buat cincai-cincai tu, 
kan tepinya bergigi-gigi kasar)

Bawak ke klinik..
Angah dah standby dijahit.
Boleh pulak bapak si Angah ni 
suruh Acik yang tunggu Angah.
Dia tak sanggup nak tengok.
Hadoiii...Acik pun gerun jugak, pak cik oii!!


(Pinjam gambar dari En.Google)


Jahit kening hidup-hidup..Aduhh..
Yang (Medical Assistant) MA tu boleh pulak cabut-cabut jarum.
Tersalah jahit..
Cangkuk kat sini, eh, salah,
cabut balik.
Cangkuk pulak sini sikit, eh..salah lagi.
Ada yang kena hempuk ni!!
Budak ni dah la menggelepar sakit.

Tapi nasib baik bapak budak ni tak ada sekali.
Kalau tak, rasanya kena jugak sedas dua.

Kali kedua, bila si Intan ni baru pandai berjalan.
Bapak si Intan ni, mintak tolong Intan ambilkan spray nyamuk,
Tak jauh pun..setakat dalam 6 langkah dia tu je.

Nak jadikan cerita, Intan yang 
tengah baru dapat berjalan tu terjatuh.
Spray nyamuk yang dia bawak tu, jatuh betul-betul
atas kening Angah yang sedang tengok TV
sambil berbaring depan TV


(Pinjam gambar google)

Bila kening anak dah berparut,
terus Acik teringatkan 'kesukaan' Acik tu
Allah tunaikan juga supaya Acik tak pandang orang lain.
Cukuplah acik debab kita tu sorang je.

Ishh..tak nak dah terlintas yang bukan-bukan lagi..




10 comments:

  1. Laa, ingat kan anak acik. Tengok gambar atas tak sama pulak, hehe
    Rupenya google
    Takpe lah.
    Kite pun taknak lintas yang pelik-pelik dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita di sini pun terlintas macam-macam, Allah beri sikit-sikit, inikan pula kita di Tanah Suci nanti..kena latih hati dah ni

      Delete
  2. ngeri ok, kalo sue mmg tak sanggup kot tunggu kt bilik dr tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak ibu..ibu la kena tunggu..tapi dia kuat..tak melalak sangat..

      Delete
  3. kenangan lalu, apapun kita kena hati2 kan.

    ReplyDelete
  4. peh, anak mama si kakak pernah jatuh.. koyak rabak lutut, jahit pun hidup-hidup masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian la kalau jahit hidup-hidup..budak,kan..kalau kita,tak pe lagi

      Delete
  5. Salam perkenalan...Sakitnyer...anak saya pun pernah gak jatuh longkang..tapi koyak sikit jer la...mmg tak sanggup tgk dia kena jahit...menitik air mata...

    Btw..saya ada tag Acik untuk LIEBSTER AWARD..jom join..

    http://www.akuseorangsu.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. koyak sikit pun, kalau namanya kena jahit, kesian sangat..nak je pegang tangan doktor tu..suruh jahit slow-slow.

      TQ ye..jap lagi Acik lawat blog

      Delete