Monday, 13 October 2014

Yang Ni La Kena Jaga...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni, Acik menyandar awal sikit daripada biasa.
Sebabnya, akaun kewangan yang Acik buat ni
tak 'balance'.
Stressnya bila kita tak dapat cari mana puncanya.
Lebih-lebih lagi yang melibatkan 2 pihak.
Yang sediakan akaun orang lain,
yang sahkan akaun, orang lain.
Online pulak tu.





Meja Acik pulak kat depan sekali.
Tengah-tengah kusyuk mengira,
datang sorang ganggu pengiraan kita.
Hadoii...rasa nak tempikkan je.

Mana tak rasa nak marah,
kadang-kadang tu kita dah rasa macam hampir
dapat jawapan,
tapi bila dah kena ganggu,
terpaksa kira dari mula.




Bukan senang nak recall balik
dengan suasana yang hingar-bingar ni.
Memang mencabar.
Tu yang kadang-kadang, bila kita
terlampau memaksa otak untuk berfikir,
kita boleh jadi sakit kepala.
Darah naik.

Macam kes ramai cikgu-cikgu meninggal sebab stress,
inilah antara puncanya.
Bebanan kerja, online sana-sini,
due date kena kejar,
masalah kat rumah lagi..
Kuatkan saja la semangat tu.







Kadang-kadang bila Acik fikir,
apa la orang-orang ni,
susah sikit, komplennya banyak sangat.
Kerja dah senang, nak senang lagi.
Supporter keliling pinggang.
Just go thru je la.

Ok lah, Acik nak pi baring-baring jap.
Sakit kepala ni takkan hilang,
selagi tak berehat.
Sementara nak tunggu pengganggu-pengganggu ni
balik dulu.
Petang nanti la baru tenang sikit buat akaun.
(hehehee....bos tak ada ni)

Selamat Bekerja!!
SEKIAN...





22 comments:

  1. kalo berkait math ni mmg pening skt kepala la acik..semogacik dpt selesaikan tugas tu dgn aman ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang, tak jumpa 1 sen pun, sakit kepalanya lama,

      Delete
  2. CP kalau stress gi makan je dulu hehe..selamat bertugas dengan tenang acik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gi makan, malas pulak..Nun jauh ke bawah..sebab tempat kerja Acik ni berbukit-bukit..turun sini, naik sana, pastu naik, pastu naik lagi..lenguh kaki

      Delete
  3. Setuju dgn acik. Baru je nk dpt solution dah kene ganggu...tension betul.

    ReplyDelete
  4. waa.. stress betul. banyak amount dan no.. adoiii.. good luck acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka keje dengan nombor bila tak ada masalah..bila ada masalah, rasa macam nak balik rumah je

      Delete
  5. haha.sempat lagi nak pi baring-baring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat tak sempat, kena sempatkan jugak..memang tak boleh buat kerja dah ni...tapi cover balik la time tu

      Delete
  6. Hhuhuhu tula kalau kerja dgn no acik..
    mmg stress btl kalau tgh nk dpt jwb org dtg mggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang stress sangat kalau ada orang ganggu..rasa macam nak petak partition tinggi-tinggi pastu tulis.. PLEASE DONT DISTURB ME!!

      Delete
  7. Kecian Acik :) Sebab tu Cik Mimie tak suka kira2..hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik suka buat kewangan ni daripada buat kerja lain...yang ni tak payah berurusan dengan orang..buat sorang-sorang je..tu yang boleh suka-suka hati rehat kalau stress

      Delete
  8. Betul tu...Diana pun macam tu...sakit kepala pasal nombor2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tau kalau kita dapat selesaikan masalah ni..lega rasanya..tapi lega kejap je..pastu masalah lain pulak timbul

      Delete
  9. CT tengok nombo aje pening. kira kira lagilah oooout. tapi kira duit laju hihi..

    ReplyDelete
  10. Cikna paham ape yg acik rasa sbb Cikna pun rasa ape yg sama, stress giler kot nak2 skunk ni dh on9 lg susah....'

    ReplyDelete