Monday, 1 December 2014

MaCam AnaK SuLuNG PuLAk..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

2 3 ari ni sibuk lain macam sikit la.
Maklumlah..dah cuti sekolah.
Tempahan pasti ada.
Antara terima dengan tidak je.

Pagi tadi, Acik pergi daftarkan anak Acik no.4
di Tadika ABIM untuk kemasukan tahun 2015.
Umur Nana tahun depan 4 tahun.
Mulanya tak nak hantar ke tadika
sebab adiknya rapat setahun sorang.
Confirm la si Waie tu melalak nak sekolah jugak.

Tapi disebabkan Nana ni banyak mulut,
asyik bercakap je..cakap pun tak pelat,
maka Acik putuskan untuk hantar dia ke tadika Islam.






Nana ni Acik ambil Sesi II iaitu sampai pukul 2 petang.
Lepas class normal kul 12.30 tgh/h,
dia akan naik ke bilik, mandi-mandi pastu ada class mengaji.
Semoga Nana terang hati ye.
Lepas jam 2 petang, mak Acik atau adik Acik
akan ambil dia di sana.
Lama-lama sangat kat tadika tu kang,
takut dia bosan pulak.
Tak pe...baru 4 tahun je pun.

Anak-anak Acik yang 3 terawal, Acik hantarkan ke tadika Kemas je
sebab dekat dengan rumah.
Ada orang boleh hantar dan boleh ambil.
Jadi bila buat pendaftaran untuk Nana ni,
Acik sedikit terkejut la dengan senarai yuran yang dikenakan.
Tak apalah..janji islamik.






Bayar dulu mana-mana yang patut. Nak booking tempat je dulu.
sebab memang nak sangat Nana dan Waie ni pandai
dunia akhirat.
Nak harapkan Acik, memang ilmu tak tinggi mana.
Jadi kita serahkan kepada yang pakar.




Tengok purse, ada sikit duit jualan kuih,
Jadi Acik terus belikan baju untuk dia pakai 
pada hari pertama sekolah nanti.
Takut habis stok pulak.
Tak apa...duit boleh cari.
Allah dah tetapkan rezeki setiap anak-anak kita.
Pejam mata saja la..

Balik dari pendaftaran, panggil Nana try baju sekolah dia ni.
Ibu dia pulak terlebih excited. Macam anak sulung pulak.
Hahahaa...anak sulung bapak dia la.




Sejuk hati tengok Nana pakai baju tadika ABIM
sebab kaler hijau!!
Yess!!I Love Green..

Semoga Nana tak menangis meraung-raung 
masa ibu hantar Nana pergi sekolah nanti.
Along, Angah dan Kakak Intan
ibu hantar sekolah, terus balik.
Tak nangis pun.
Tak cubit anak orang, tak gigit anak orang,
tak cakar anak orang, tak buat perangai,
tak meragam.
Be A Good Girl ye...

Pasni kena bayar yuran selebihnya sebelum bukak sekolah.
Dan yang pastinya, kali ni berulang kembali
beli beg katun-katun ni.
Adakah Frozen?Upin-ipin?
Barbie?
Sama-sama kita lihat entri Acik nanti.
(Parahlah nanti...jangan dia menggelepar nak 2 biji beg, sudah)

SEKIAN...


30 comments:

  1. hee nasib baik nana tak meragam kat sekolah...bagusnya Nana ni...yg penting ada semangat nak ke sekolah ..hee..kartun2x ni biasalagh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sekolah lagi la pakcik..baru try test baju je tu.

      Delete
  2. Ala xomeinyer dia.. hehe anak mamamyja thun dpn pon 4 thun. Tapi pelat sgt. So x dpt la nk hantar dia g tadika. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naya kat cikgu la kalau pelat..tak paham cikgu..tak pe...slow2..

      Delete
  3. Errkkk, kat mana eak nak beli bag sekolah yg ok skit, jenuh ler asyik koyak jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la nak beli kat mana..susah sangat nak cari yang tahan lama..tapi elok jugak tak tahan lama..boleh tukar-tukar

      Delete
  4. Alhamdulillah..semoga Nana menjadi anak yang solehah..:-)

    ReplyDelete
  5. Yeay! Nana gimme pai.. Akak dulu ABIM jugak.. haha

    Semoga Nana cepat menyesuaikan diri kat tadika nanti..

    Comelnye die.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Five jugak??Belum tengok mak dia pakai baju kaler hijau lagi tu..

      Delete
  6. rindu zmn sue kecik2 dulu, sue pun bersekolah di tadika abim..smg nana terang hati bljr di tadika abim insyaAllah.

    ReplyDelete
  7. hehehe.. anak2 Eyda nasib ok.. tak de masalah nak meraung apa bagai.. cuma yang kecik pernah meraung sebab nak belon yang cikgu gantung di hari pendaftaran.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu...tiap2 anak ada ragam masing-masing..jangan dia cengeng pulak nanti..susah nak pergi kerja

      Delete
  8. haha. anak buah saya 6 tahun baru nak pegi pra sekolah. yg peliknya, haritu dpt hadiah no 3. haha. budak lain yg dr 5 tahun masuk sekolah pn kalah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terang hati budak tu..flying kiss sikit..

      Delete
  9. Comeynya Nana..InsyaAllah, semoga Nana jadi anak yang baik dan solehah :)

    ReplyDelete
  10. alala..comel betul nana dengan seragam sekolah kaler hijau tu..boleh tahan juga harga yurannya kan acik tapi islamik tu okey..moga nana jadi anak yang pintar dan solehah..

    anak buah wana, waie(ek,sama pula dengan nama anak acik kan..hehe)pun awal sekolah..memandangkan banyak cakap dan suka dengan buku dan hyperaktif, kitorang hantar dia sekolah..time tu umur baru 3 tahun lebih..tabika kemas..nasib baik diterima :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabika kemas terima umur 3 tahun?oo..mungkin murid umur 5 / 6 tahun dah kurang sebab dah ada prasekolah..insya Allah..berpinar mata tengok yurannya..

      Delete
  11. Mmg bgus hntr ank2 ke tmpt2 mcm nie sblm ke skola rendah
    Jom join Segmen Zaman Persekolahan

    ReplyDelete
  12. belajar rajin2 ye . semoga cemerlang nnti

    ReplyDelete
  13. alolor, tomeinya Nana. hehehe. adik saya haritu beli beg dia, rm50! adoi. bising umi.... mana x nya, x perasan masa nak bayar. dah dapat resit baru perasan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalnya...harap tahan la sampai hujung tahun

      Delete
  14. comel, haha
    Semoga Nana jadi anak yang solehah. Betul tu Acik, duit boleh dicarik

    Salute lah dengan Acik. Umur Acik berapa erk sebenarnye? hihi

    Kalau tengok senarai bayaran tu.. siap ade semester. haha dah macam zaman u je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau uolls dah panggil Acik, maknanya dah tua la Nur As..

      Delete