Friday, 9 January 2015

TaHuN BaRU, BeG BaRU..

Asyik cerita pasal anak je..kali ni nak buat entri pasal lain pulak la..
Kita lari sikit daripada kebiasaan..

Selama ni, Acik tak guna ‘handbag’ sebab Acik ni jarang nak melawa.
Susah betul nak berjalan kalau ber’handbag’ ni..

Jadi, dengan masuknya tahun baru, Acik pun tanamlah azam baru,
iaitu nak melawa..
Tahun ni nak cuba kurangkan penggunaan track-suit dan t-shirt
kalau nak jalan-jalan dengan anak.
Kesian pulak kat diaorang. Mak orang lain kemain lawa.
Ada ‘handbag’ bagai..

Acik bukan seorang yang suka shopping..belek-belek barang,
try 2 3 helai baju pastu tukar, belek lagi, tukar..
eee…itu bukan Acik la.
Dulu, masa tak ada ‘online’, siapa jual barang kat Acik,
Confirm Acik akan beli..sebab ni la..
Malas nak bersesak dengan orang ramai.
Sekarang ni dah senang sangat. Acik suka cara ni.

Acik intai-intai handbag kat handbag murah online
Rambang pulak mata nak pilih.
Harga pun ok…
Mampu jugak Acik beli handbag tu..sebab murah..


Dah murah tu, mesti ada tips-tips nak jaga untuk tahan lama.







  1. JANGAN RENDAM ATAU BASUH HANDBAG



Cukup sekadar dengan basahkan kain bersih, perah, dan lapkan kotoran yang terkena pada handbag..habuk ke, coklat ke, lumpur ke dan sebagainya.
Dah bersihkan tu, anginkan la kejap supaya kering.


  1. KALAU TERKENA KOTORAN YANG MEMERLUKAN TEKANAN / GOSOKAN YANG KUAT


Berus dengan berus gigi lama…yang dah kembang-kembang tu..
Berus perlahan-lahan..Insya Allah hilang la kotoran tu.


  1. YANG NI PALING PENTING




Elakkan daripada menyumbat terlalu banyak barangan dalam handbag ni..
Kalau nak tahu sebab apa, buat la..
Kalau sayang, jangan buat.

Segala mak nenek nak letak dalam handbag.
Yang wajib ada pun dah berat..
Inikan pulak nak tambah lagi.

Purse tu dah la berat dengan duit syiling..
Masuk pulak telefon yang besar penampar orang..
Dah guna telefon besar penampar orang, nak kena kawan dengan power-bank pulak.
Bukan yang koman-koman punya power-bank tu..
Ini power-bank yang berat macam batu bata..

Yang tu saja dah dekat 10kg..
Nak tambah lagi??Tak payah la..
Cukup dengan yang basic tu je.

Peringatan untuk Acik jugak tu sebab Acik suka letak semuanya
dalam handbag..buku bank, buku conteng, diari,
charger, earphone dan macam-macam yang tak terjangka lagi.

Nak tengok handbag baru Acik??
Nanti Acik buat entri khas ye..
Nak buat tribute untuk handbag lama yang banyak berjasa kat Acik sekali.

36 comments:

  1. Haha ...sama la acik..wana pun suka letak macam2 dalam handbag..kekadang heran apa yg berat sangat dibawak ni..hihi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam Acik..berat sangat..sakit bahu

      Delete
  2. Acik..

    Wana nak inform acik yg wana terpilih sebagai salah sorang pemenang utk segment zaman persekolahan dan wana no.52 dan button keychain dan sponsor adlh acik..mslhnya wana xde fb..jd mcmna nak big details ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik dah ada details wana yang wana bagi masa GA Birthday

      Delete
  3. bestnye sy dh lama x beli henbeg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handbag bergerak ni je yang dok kelek tiap2 tahun

      Delete
  4. Wahhh....beli kat JPO murah sikit handbag nye...ada diskaun awal tahun....

    ReplyDelete
  5. dah lama juga x beli beg sdiri. asyij hurung beg anak T__T kesian suami. isteri dah mcm tua 10 tahun pulak. nak cari juga beg baru ni

    ReplyDelete
  6. haha, bab sumbat tuu yang mimin kalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumbat tu yang paling senang...masuk je segala benda dalam tu...bila nak ambik barang, dah macam doraemon..

      Delete
  7. nani kurang sikit handbag handbag ni. sebab tak dek apa sangat nak letak. hiksss :P

    ReplyDelete
  8. Heee..handbag Cik Mimie macam poket Doraemon macam ada...hahaha..ase susah nak tgglkan barang2 tu,,,hmmm..kecuali beg tu betul2 kecik dan tak muat..baru bw mna pnting je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik pulak takkan pakai beg kecik..susah nak tukar banyak kali...kalau tukar, ada je yang tertinggal

      Delete
  9. mama mana penah ada handbeg kak.. haha... susah betol nk pegang handbeg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. handbeg memang susah lebih-lebih lagi yang ada anak...kena pakai shoulder bag...baru senang nak kelek anak,kan

      Delete
  10. handbeg ni penting nak sumbat semua senang. hehe.

    ReplyDelete
  11. Awal tahun dgn handbag baru... menarik tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tgk nanti, akhir tahun rupanya camne

      Delete
  12. haha.. samalah ... tak suka bawa handbag. time kerja bawa handbag sebab terpaksa, takan nak letak semua barang dalam pocket kan :p

    nanti review la yer.. guna ke tidak, takut buat display kat rumah aje ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee...kena review jugak sebelum kalernya bertukar

      Delete
  13. "telefon yang besar penampar orang" ... hahaha.. ini klako..

    semoga azam ni berjaya untuk tahun ini dan seterus2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik tak ada telefon yang besar penampar orang tu..hahahaa

      Delete
  14. X sabar nk tgk handbag baru acik..handbag sue ada mcm2 mostly brg anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik punya handbag sume dah hancur...eh..handbag ke?

      Delete
  15. Selalunya saiz handbag yang besar menyebabkan banyak barang disumbat dalam beg tuh.. kalau beg comel2, barang asas yang patut sda dalam handbag je yang ada..

    ReplyDelete
  16. ana yg bujang ni pon kdg2 mls nk bwk hnbeg hehe

    ReplyDelete
  17. Wahhhh lawa la acik lepasni hehe. Nad memang kena selalu bawak T_T Susah kalau tak bawak dengan handphone purse powerbank monopod hahahhah

    ReplyDelete
  18. Sy guna sling bag je. Kalo handbag mau tetinggal. Sy senang lupa :')

    ReplyDelete
  19. Diana tak suka isi bnyknya sangat benda kat dlm handbag...tak tahan klu bahu dah sakiy....hihi...

    ReplyDelete
  20. ahahaha. betul tu acik. saya letak pwer bank pun dah berat macam bawa beras. inikan lagi letak benda lain. adoi -.-. tapi tak bawa, tak boleh. nanti time tak bawa tu lah, nak pakai... -.-

    ReplyDelete
  21. hehehe azam acik melawo ye..
    ayu kalau on9 pon rambang mate..
    sllu abis duet depan pc

    ReplyDelete