Thursday, 26 February 2015

DalaM SuKa, AdA SeDiHnYa

Alhamdulillah..rumors yang selama ni Acik dengar start bulan lepas, akhirnya jadi kenyataan. Ya Allah..tak tahu nak gambar macam mana sukanya hati dapat pindah dekat dengan rumah..




Tiada lagi bergaduh dengan Waie pagi-pagi dalam kereta, tiada lagi mengantuk masa drive, tiada lagi isi minyak keta yang banyak (tak tahu banyak mana sebab setahun lebih ni, Acik tak pernah kira berapa sebenarnya belanja minyak kereta sebulan).

Dalam suka, ada jugak risaunya..Acik dikhabarkan tak buat kewangan di tempat baru. Acik menguruskan bahagian perkhidmatan. Tu la yang paling Acik lemah sekali iaitu yang melibatkan data dan tarikh. Susahnya hati...

Sedih tinggalkan Pengetua yang nak pencen tahun ni. Beliau cakap kat Acik yang dia nak tahun last dia berkhidmat ni, pengurusan kewangan cemerlang. Maafkan saya, saya tak mampu bantu cikgu. Insya Allah orang baru akan lebih baik dari saya.




Terima kasih Seri Intan atas tolak ansur selama ini..terima kasih Seri Intan atas pengalaman ini..terima kasih Seri Intan atas peluang ini. Insya Allah kita akan jumpa lagi..

Alhamdulillah.......

BoOk ReviEw

Buku ini adalah antara buku yang paling Acik sayang sebab ia antara buku yang membuatkan Acik kuat membesarkan anak-anak berseorangan ketika berada di tempat orang.

Acik beli buku ini ketika anak-anak Acik, Along dan Angah dah pandai pertikaikan mana ayah mereka..Tak nak belajar, homework tak buat, nakal dan macam-macam lagi..tanda mereka memberontak..lebih-lebih lagi Angah.




Waktu itu, tiada siapa yang boleh Acik buat rujukan..keluarga jauh nun ke Kelantan..Acik di N.Sembilan..tak ada saudara terdekat yang boleh Acik kongsikan bersama masalah anak-anak..

Hanya buku ini la yang buat Acik kuat, bersemangat dan tekad membentuk anak-anak Acik dengan cara Acik sendiri.

No maki, no merungut, no mengata orang, no mengejek, no melawan kalau ada orang ejek kita...Paling pantang, jangan cepat menyalahkan orang..Sabar dan terima apa saja yang terjadi kerana semuanya Allah dah aturkan.

Korang boleh cuba cari buku ni.Insya Allah...beroleh semangat.

Tuesday, 24 February 2015

ViTamin MaTa

Mata Acik masih lagi krem time bangun dari tidur..jadi alternatif lain, Acik try Inner Shine Ayam Brand.




Acik pernah minum Inner Shine ni masa muda dulu, sekarang nak minum semula..Kesihatan sangat penting, lebih-lebih lagi mata.



Gambar selfie sambil pura-pura, ok.



Habis jugak Acik minum walaupun pekat dan manis melenting. Rasa prune tau..



Tak pepasal Acik mempromote Inner Shine Cap Ayam ni.

Cubalah!!

Monday, 23 February 2015

TaJuK Je Pon...

Perasan atau tak, salah satu tajuk pasal plastik tu..yang Acik buat entri minggu lepas rasanya.

Acik try bukak kat pejabat..rupanya tak boleh..Diblok..Confirm sebab tajuk.




Tak cerdik jugak la komputer ni..Tajuk je camtu, bukan cerita pasal isi dalam pon.

MinGGu SiBuk..

Nak update sikit pasal job sampingan Acik.
Ambil tempahan dan hantar ke butik-butik vendor.



Hantaran kek Red Velvet



Supplier kek kat The Dinda Boutique, The Philia, Aura Boutique dan Butik Gudang Maya.



Hokkaido cakes



Cheesetart



Sesekali layan jugak booth kat bazaar

Doakan semoga Acik akan terus berjaya.

Sunday, 22 February 2015

BeTiNa Tak SeDar Diri

Anak kucing Acik kena serang kat kucing betina yang sedang berpakwe dengan kucing jantan di rumah Acik ni. Dia ingat ni rumah dia agaknya.

Lama dah kena cakar ni..hampir pulih pun tapi kena serang semula..Anak kucing ni menyorok bawah katil Acik.

Tetiba bila dia kuar dari tempat persembunyian dia, ini yang Acik nampak.




Larva lalat penuh dalam luka. Acik tak nak cite panjang dah sebab aritu dah tulis panjang tapi tak lepas pun..internet slow.

Anak kucing ni menggigil-gigil..Acik dengan Along Hilmi ambik sepit, sepit sekor-sekor..geram pulak..

Wednesday, 18 February 2015

PLasTik SeKSi

Fenomena baru di sini, bagi peniaga macam Acik sekarang ni ialah plastik transparent..Cantik tau guna plastik ni..nampak isi dalam..apa yang kita jual..







Susah jugak tau nak cari plastik ni di sini...Kena beli di Golok, Thailand. Tapi memang serius lawa,kan??

Hari ni, Acik usahakan jugak cari di Pasar Siti Khadijah setelah riki-riki dengan geng seperjualan..Berpeluh jugak jadi peramah hari ni..tanya setiap kedai..Akhirnya jumpa jugak plastik ni..So Acik grab la banyak sikit.




Giler mahal plastik ni..RM 5.50 satu. kalau beli kat Thailand, RM4...murah sikit tapi nak ke sana tu la pulak.




Ada jugak yang pesen bunga-bunga camni tapi lagi mahal dari yang kosong tu..Macam-macam kan peniaga ni sanggup buat demi nak lariskan produk.

Tuesday, 17 February 2015

KuRUsuS

Anak-anak Acik, macam biasa..suka cakap last minit..
Angah : Ibu, nak duit..nak bayar duit kursus.
Along : Emi pun nak duit jugak.
Ibu : Angah kursus apa?Along kursus apa?
Angah : Kursus Kepimpinan...
Ibu : Along angah pengawas ke?
Along : Tak la...Pengerusi Kadet Polis dengan ketua rumah hijau.
Angah : Ketua kelas..

Camni la rutin Acik..semuanya last minit.bebudak ni ingat, Acik ni duit berkepuk dalam purse..Nasib baik la ada duit yang sorok celah-celah kad...boleh la jugak bagi kat bebudak ni. Duit sorok tu konon-konon tak nak bagi ingat...tapi sorok la kat mana sekalipun...Acik ingat je..jadi motif sorok duit tu tak tercapai jugak la..

Time hantar tu, Acik tak pegi sebab keje..Terpaksa la mama Acik pegi hantar kat PCB resort..Jadi..tugas Acik ambik masa hari penutup.




Yang geramnya tu, Acik nak tengok live kat tv upacara pengkebumian Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat..Tunggu punya tunggu, lambatnya la sudah majlis tu..




Angah ni memang camni...saja je buat gambar tak senonoh...cungkil gigi la bagai..




Along tengah control macho tu sebab kat belakang Acik, ramai bebudak pempuan tengah tengok Acik snap gambo.



Wefie sikit la dengan Nana...Eh..nak.promote sikit..



Tetap nak bawak kek coklat Acik...

OKBai..

Saturday, 14 February 2015

Nak BuKaK KeDai KeJap

Acik nak jual ni jer...Sarung tangan untuk wanita muslimah..










Sarung tangan ni menggunakan kain lycra cotton..selesa sangat..tak panas...kain pun tak melekat kat tangan..jadi tangan pun tak la rasa 'sesak nafas'

Kalau korang pakai baju kurung atau blouse yang berlengan panjang, memang cantik..tapi pernah tak korang terkejut bila tiba-tiba lengan orang yang pakai baju kurung atau blouse tu ternampak sampai bahu hanya sebab dia nak capai barang yang tinggi...contohnya nak ambik barang kat tingkat atas di rak-rak pasaraya..

Haish...malu jugak,kan..tetiba orang nampak apa yang kita selindungkan..yang keje cikgu lebih-lebih lagi...setiap hari menulis kat papan putih @ papan hitam...




Kalau bermain dengan warna pun best jugak..nampak cantik je..warna tudung sama dengan warna sarung tangan...alangkah cantik kalau kita tutup apa yang kita rasa nak tutup..bukan nak tutup setakat buat syarat je.

Kita biasanya sanggup berhabisan wang ringgit pada barang yang kita nampak tapi jarang sangat kita nak berhabisan wang ringgit pada benda yang tak nampak (pahala)...

Kalau berminat, boleh wasap Acik ye..017-2954897..Acik sedia melayan..

Friday, 13 February 2015

TGNA DaLaM INgaTaN

Untuk catatan Acik sahaja ni..tak baca pun x pe sebab ramai dah update di blog dan wasap.













Ini antara sebab paling kukuh, Acik nak update di sini..

Catatan hiba seorg sahabat

12.2.2015: Sebaik shj menerima berita kematian TGNA pd jam 9.40 mlm, sya terus bertolak ke Pulau Melaka utk bersama2 rakan2 lain menziarahi Allahyarham TG. Perjalanan biasa selama 20 minit dri rumah scya ke P.Melaka mengambil masa hampir sejam kerana jalan sesak dgn ribuan ramai yg dtg utk ziarah TG. Sesampai shj di rumah TG, ribuan hadirin sdg menungu giliran utk masuk ke rumah. Sya mengambil keputusan utk menunggu dlm masjid bersebelahan rumah TG bgi memberikan peluang kpd org lain menziarahi TG. Hampir jam 3 pgi apabila hadirin agak kurang sedikit, barulah sya masuk ke rumah utk melihat wajah TG buat kali terakhir. Jam 3 pgi sya kembali semula ke masjid utk melelapkan mata sementara menunggu waktu Subuh. Ternyata sya tak dpt tidur walaupun sya memaksa & memejamkan mata. Dlm fikiran sya tidk henti2 terbayang wajah TG yg disayangi. Hinggalah jam 5 pagi sya bangun utk bersama2 hadirin yg lain yg sdg solat & baca Quran sementara menunggu solat Subuh. Setiap ruang solat dlm Masjid TG dipenuhi oleh orang ramai. Waktu skrg hampir jam 6 pgi. Kami seperti menunggu-nunggu TG utk muncul dari pintu kecil brsebelahan rumahnya utk solat bersama. Tiba2 shj sya menjadi sebak. Air mata yg sya tahan dari awal malam tidak dpt dibendung lgi. Ia mengalir dgn deras. Tak mampu lgi sya menahannya. Sya tahu TG sudah tiada. Tapi sya seperti terbayang2 kelibatnya berjalan dgn penuh lembut & sopan melangkah masuk ke masjid utk mengimami solat Subuh berjemaah, sebagaimana hari2 biasa. Air mata sya mengalir semakin deras. Azan Subuh pula dialunkan begitu mendayu-dayu, sesekali tersekat2 spt menahan sebak. Alunannya begitu menusuk ke hati, menambahkan lagi sebak di dada. Kedengaran hadirin lain teresak2 dalam alunan azan Subuh... Mereka jg merasa spt saya, merasa kehilangan dan kerinduan pda TG. Kerana selepas ini tiada lagi TG yg akan menjadi imam solat, tiada lagi TG yg dgn penuh sabar tanpa jemu menyampaikan ilmu2 agama, tiada lgi TG yg merupakan seorang ulama yg tegas dlm memperjuangkan Islam di bumi tercinta ini. Bila iqamah dialunkan, kelihatan adik TG iaitu Ust. Nik Radzi masuk bgi mengimami solat Subuh. Kelibatnya saling tak tumpah spt TGNA & suaranya ketika membaca ayat2 suci al-Quran hampir menyerupai suara TG. Sya & hadirin lain menjadi semakin sebak & hiba.. sekali sekala kedengaran esakan drp ahli jemaah semasa solat Subuh pgi Jumaat yg mulia. Kita kehilangan TG... dan kita akan rindu pda TG yg disayangi...

CoPY & PASTE...KERANA IA BENAR-BENAR MENYENTUH HATI ACIK..Hentikan fitnah..jom berubah..dunia dah akhir zaman.

Tuesday, 10 February 2015

DaH CuBa SeBaiK MuNGKiN..

Lama dah tak update blog secara konsisten sekarang ni.
Sejak Acik melibatkan diri dalam aktiviti MEMBERANAKKAN DUIT
di butik-butik vendor sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian ni.

Acik lakukan ini semua demi anak.
Orang nampak senangnya Acik..berniaga..dapat duit banyak.
Perbelanjaan dan taraf hidup semakin naik.
Pendapatan anak-anak je tetap camtu..tak naik-naik.
Jadi terpaksa korbankan masa dan tenaga.

Seronok lihat orang lain ada duit.
Boleh luangkan masa dengan keluarga,
pergi sana, pergi sini, buat itu, buat ini.
Tak perlu banyak fikir.
Tak perlu susahkan hati.




Wahai anak, melangkahlah dengan berhati-hati. 
Ibu tak mampu lagi nak
serahkan kudrat ibu untuk kalian. 
Apa yang berlaku, jadikan panduan hidup.
Lihat dengan mata hati..Nilai mana yang elok, mana yang buruk.
Ibu akan bantu selagi mampu.
Ibu akan terima segala pandangan orang demi kalian.
Sedikit pun tidak pernah terlintas di hati ibu untuk
lalui jalan ini..berseorangan membela kalian.

Along, banyak sangat tanggungan kamu..
Angah, tugasan kamu lebih besar daripada Along, tanpa kamu sedari..
Intan, kelembutan kamu diperlukan untuk ganti tugas ibu.
Nana, kamu hanya berdua dengan Waie andai Along, Angah 
dan Kakak Intan melangkah pergi..Jaga Waie sebaiknya..
dan akhir sekali, Waie...kamu tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah,
terima saja apa yang diberi oleh Along dan Angah..

Segala apa yang telah ibu buat pada kalian, ibu minta maaf.
Terpaksa ibu lakukan demi mendidik kalian.
Tugas 2 orang tak mampu ibu tangani dengan baiknya.
Ibu harap kalian faham kenapa ibu terlalu cepat tersentuh.
Tekanan datang dari segala sudut, biarpun ramai yang membantu.

Alhamdulillah..walaupun tingkah laku kalian tak se'perfect' mana,
sekurang-kurangnya ibu mampu buatkan kalian hormat ibu sebagai ibu kalian.
Masih lagi menurut arahan walaupun dalam keadaan terpaksa.




Acik bina blog Acik ini untuk Acik titipkan segala apa 
yang Acik rasa nak kongsikan dengan anak-anak Acik..
Segala suka duka kehidupan dengan mereka.
Tak mampu Acik ceritakan semuanya pada mereka.
Acik tiada teman berbicara..nak kongsikan detik-detik manis 
dalam membesarkan anak-anak.

Anak-anak Acik adalah antara anak-anak yang membesar 
dalam keadaan yang tidak sihat.
Hanya mereka saja yang tahu, betapa tertekannya mereka,
mempunyai keluarga yang tidak lengkap.
Melihat kebahagiaan yang sepatutnya milik mereka.
Di waktu-waktu mereka meningkat dewasa ini,
ada teman yang boleh mendengar apa mereka bualkan.

Jangan menilai orang lain jika anda bukan dalam kategori yang sama.
Acik nak kongsikan ni pun sebab korang kenal Acik kat alam maya ni je.
Takkan nak ceritakan yang baik-baik saja,kan??
Tak mencapai matlamat berblog la..
Kata nak bantu orang..Ini je cara Acik bantu orang..






Monday, 9 February 2015

KoRaNg CamNi Tak?

Acik pasti, ramai jugak yang buat perkara yang sama...selimut kat atas, tapi kaki keluar..Nak bagi kaki bernafas la konon..




Dulu, masa kecik-kecik, pantang mak selimutkan, mesti terjaga..dah besar sikit, time pakai selimut, bila bangun tido je, selimut semua bergulung kat pinggang.

Masuk form 1, duduk asrama, biasa la..kena buli..tido katil atas, bawah kipas..berdesup-desup kipas senior bukak...sampai nombor 5...bergulung dalam selimut...sejuk...nak cakap kat senior..takut kena marah..

Bila jadi senior, camni la pesen tido dengan selimut..kaki terjulur keluar..patut la senior Acik aritu bukak kipas sampai nombor 5..panas rupanya..tapi Acik tak sampai hati nak bukak nombor 5...kesian..

Thursday, 5 February 2015

Akak TanyA PeLanCoNg KeLanTan La..

On the way balik ke kereta daripada beli barang baking tadi, ada sorang kakak cantik, berhenti kat sebelah..nak tanya arah..

Kak, saya nak pegi jalan Bayam..lalu ikut mana eh?? Alahai...camne nak jawab ni?Nak memandai-mandai jawab nanti, tuhan balas balik, baru padan muka.

Acik buat-buat menyibuk hal dia...Nak pegi mana?Sebenarnya kalau dia cakap bank ke, klinik ke, boleh la Acik agak situ la jalan bayam..Dia cakap nak pegi rumah kawan...




Sah!!memang tak boleh jawab!! Terpaksa la mengaku...sebenarnya saya pun tak tahu jugak jalan kat sini...selalunya saya guna waze je...hahahhaaaa...kantoi!!Memanglah kalau Acik nak ke mana-mana dalam Kelantan ni, even dalam Kota Bharu ni pun, Acik guna waze...

Sorry la kakak...salah orang...

PEACE YO!

Wednesday, 4 February 2015

GeRam kE KoNfiUs?

Ada 2-3 orang wasap Acik, tanya Acik...dah pos ke belum hadiah??Aduh..kalau dah tanya tu, mesti tak sampai la tu.

Ada juga yang mengurangkan kerisauan Acik..Bagitahu hadiah dah sampai..Nak tahu tak sebab apa Acik rasa konfius sangat?

Sebabnya, yang berat, macam keychain, sampai pulak tu..yang ringan macam kad sekeping, tak sampai pulak..

Ramai juga yang tak dapat..Ada juga 1st GA Acik masa birthday Waie, Acik bagi towel, ada sorang je yang bagitau tak dapat..sekarang ni tak tahu la dah dapat ke belum..




Memang geram betul la...Dah la kita ni payah nak ke pejabat pos, anta hadiah tu..tak sampai pulak...Acik dapat hadiah pun guna sampul surat biasa...elok je..tak kena bayar apa2 pun.

Korang inform semula ye kat bawah ni..

Monday, 2 February 2015

GiLer SpeK

Masih lagi update blog daripada phone..apa la agaknya cerita terkini korang..Hadiah GA birthday pun banyak tak pos...korang yang mana tak dapat lagi, sila komen kat bawah ye..Acik try trace kat mana hadiah uolls..

Naik kereta orang ni, macam-macam jumpa..Spek mata...kami bukanlah keluarga keturunan yang pakai spek mata..Along berkaca mata pun sebab main phone dalam gelap..so resultnya..tanggung sendiri.




Yang lain ni, semuanya giler nak berspek..
Si Angah pun sama..nak menyemart jugak..




Nana




Waie




Akhir skali...tuan tanah kedaung..




Kelako pulop...