Lama dah tak update blog secara konsisten sekarang ni.
Sejak Acik melibatkan diri dalam aktiviti MEMBERANAKKAN DUIT
di butik-butik vendor sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian ni.
Acik lakukan ini semua demi anak.
Orang nampak senangnya Acik..berniaga..dapat duit banyak.
Perbelanjaan dan taraf hidup semakin naik.
Pendapatan anak-anak je tetap camtu..tak naik-naik.
Jadi terpaksa korbankan masa dan tenaga.
Seronok lihat orang lain ada duit.
Boleh luangkan masa dengan keluarga,
pergi sana, pergi sini, buat itu, buat ini.
Tak perlu banyak fikir.
Tak perlu susahkan hati.
Wahai anak, melangkahlah dengan berhati-hati.
Ibu tak mampu lagi nak
serahkan kudrat ibu untuk kalian.
Apa yang berlaku, jadikan panduan hidup.
Lihat dengan mata hati..Nilai mana yang elok, mana yang buruk.
Ibu akan bantu selagi mampu.
Ibu akan terima segala pandangan orang demi kalian.
Sedikit pun tidak pernah terlintas di hati ibu untuk
lalui jalan ini..berseorangan membela kalian.
Along, banyak sangat tanggungan kamu..
Angah, tugasan kamu lebih besar daripada Along, tanpa kamu sedari..
Intan, kelembutan kamu diperlukan untuk ganti tugas ibu.
Nana, kamu hanya berdua dengan Waie andai Along, Angah
dan Kakak Intan melangkah pergi..Jaga Waie sebaiknya..
dan akhir sekali, Waie...kamu tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah,
terima saja apa yang diberi oleh Along dan Angah..
Segala apa yang telah ibu buat pada kalian, ibu minta maaf.
Terpaksa ibu lakukan demi mendidik kalian.
Tugas 2 orang tak mampu ibu tangani dengan baiknya.
Ibu harap kalian faham kenapa ibu terlalu cepat tersentuh.
Tekanan datang dari segala sudut, biarpun ramai yang membantu.
Alhamdulillah..walaupun tingkah laku kalian tak se'perfect' mana,
sekurang-kurangnya ibu mampu buatkan kalian hormat ibu sebagai ibu kalian.
Masih lagi menurut arahan walaupun dalam keadaan terpaksa.
Acik bina blog Acik ini untuk Acik titipkan segala apa
yang Acik rasa nak kongsikan dengan anak-anak Acik..
Segala suka duka kehidupan dengan mereka.
Tak mampu Acik ceritakan semuanya pada mereka.
Acik tiada teman berbicara..nak kongsikan detik-detik manis
dalam membesarkan anak-anak.
Anak-anak Acik adalah antara anak-anak yang membesar
dalam keadaan yang tidak sihat.
Hanya mereka saja yang tahu, betapa tertekannya mereka,
mempunyai keluarga yang tidak lengkap.
Melihat kebahagiaan yang sepatutnya milik mereka.
Di waktu-waktu mereka meningkat dewasa ini,
ada teman yang boleh mendengar apa mereka bualkan.
Jangan menilai orang lain jika anda bukan dalam kategori yang sama.
Acik nak kongsikan ni pun sebab korang kenal Acik kat alam maya ni je.
Takkan nak ceritakan yang baik-baik saja,kan??
Tak mencapai matlamat berblog la..
Kata nak bantu orang..Ini je cara Acik bantu orang..