Tazabarnya nak cerita.....
Pagi tu, 20.02.2016 (Sabtu), Acik terlambat bangun.
Mama pun sama. Sebabnya kami tidur rumah adik
jadi semuanya janggal. Dah la tersedar lambat,
cari jam dinding pun tak jumpa. Nak lilit shawl pun rasa nak bertempik je
sebab tak jumpa cermin besar.
Jam 7.10 pagi, Acik bertolak dari Melaka. Dengan tak tahu berapa kilometernya
dari Melaka ke Bangi, Acik gerak dari rumah adik
dengan rasa geram. Geram sebab tudung tak jadi. Grrr..
Makan tak sempat. Lapar giler. Kalau dilayan makan, bertambahlah lambat.
Masuk highway, tengok signboard, 100km++.
Maknanya ada 1 jam lebih nak sampai ke Bangi.
Takut dah nak wasap kat KK (
Khir Khalid) . Nanti ditanyanya Acik kat mana,
susah jugak nak jawab tu.
Takkan nak jawab baru naik highway sedangkan mereka dah start berkumpul
Acik nak cerita ni pun seriau lagi ni.
Disebabkan dah lambat, penganjur pun dah banyak kali bagitahu jangan lambat,
Acik tekan minyak sampai 140km sejam tau.
Fuhhh... memang tak pernah Acik cecah selaju tu.
Tobat dah.. tak nak buat camtu lagi.
Tapi tetap sampai jam 8 lebih jugak sebab 140km tu pun kejap-kejap je.
Datang pikir yang bukan-bukan, slow balik..
Masuk lorong tengah.
Bila pikir balik orang dah start majlis, tekan minyak semula sampai 140km.
Camtu la sampai la ke Bangi.
Dipendekkan cerita, dapat la jugak sampai dengan selamat.
Tapi eee... itu la last rasanya Acik pergi majlis camtu sorang-sorang.
Tengok la sebab apa?
Semuanya gambar ambik sendiri tau. Tak ada kawan.
Takkan nak berkawan dengan KK pulak.
Dengan blogger lain, Acik tak kenal.
Akhirnya, Acik mintak tolong sorang blogger, tak tahu nama apa,
snapkan gambar Acik. Biar la dia nak cakap apa pun,
asalkan dapat bergambar.
Sorry Abang Adi..Acik terpegang sikit siku. Bukan sengaja tau.
Dalam banyak-banyak gambar mereka bersama blogger,
gambar ni je Acik ada sebab kepala ting tong sangat.
Badan letih. Tak daya nak lawan peminat fanatik Adi Putra.
Acik pandang je la gelagat mereka.
Terima kasih kepada Tuan Haji
Denaihati dan team kerana
memberi peluang Acik merasa indahnya hidup berblogger.
Sekurang-kurangnya Acik dapat peluang ini atas nama BLOGGER.