Tajuk je omputih..ceritanya Bahasa Melayu sebab Acik laju
kalau Bahasa Melayu. Janganlah kau bagi English, sampai esok pun
tak tentu lagi habis baca.
Dek excitednya Acik buka Car Boot Sale, dah tahu nak jual apa,
so Acik contact Mama Dee Cooking. Kota Bharu ni je.
Hari Gaji je, Acik terus contact dia. Jumaat Sabtu full katanya.
Ada class lain. So dia bagi kata dua,
sama ada nak masuk class malam Jumaat atau minggu depan.
Eh..orang tengah excited, mana boleh tunda-tunda.
Maka malam tu jugak Acik masuk kelas Takoyaki.
Sebelum belajar Takoyaki ni, dok la terpikir, macam mana la nak bebolakan
Takoyaki tu. Rupanya ada teknik. Tu sebabnya Acik suka masuk kelas.
Kita boleh lihat sendiri cara pembuatan dan biasanya bahan-bahan
dibancuh di depan mata kita menggunakan resepi yang diberikan.
Bukan resepi yang sudah siap dibancuh.
Ok la...korang pun, rajin-rajin la menimba ilmu ye. Tak rugi pun.
Babai.
p/s : sebenarnya panjang lagi nak berbual tapi ada orang nak tumpang
balik rumah pulak. Ok..chow