Showing posts with label Muzik. Show all posts
Showing posts with label Muzik. Show all posts

Friday, 12 September 2014

DAY 10 - YOUR FAVORITE SONG EVER


Hari ini merupakan hari terakhir.
Pasni pasti merindui owner segmen ni.
Tapi jangan risau, Acik jenguk tiap-tiap hari blog awak tau.
Yang lain-lain pun Acik jenguk jugak cuma belum sempat nak klik-klik.


Kalau nak ikutkan, lagu yang Acik minat ni banyak sangat.
Acik ni bukan tangkap leleh punya orang.
Bukan jiwang punya orang.
Jadi memang banyak la.

Kat sini Acik bagi 1 je lagu yang Acik, suka sampai sekarang.
Bila dengar je lagu ni, ingat zaman muda.
Jadi kalau korang nak rasa muda sentiasa,
dengarlah lagu masa muda dulu.
Tapi jangan la dengar lagu masa tengah
 putus cinta, putus tunang,
alamatnya makin tua la korang.
Hahahaa..



Ini la lagunya..Masa ni minat giler kat Yusry KRU ni.
Agaknya taste Acik suka orang kurus-kurus kering ni.
Enjoy ye semua.
Inilah jiwa Acik.

SELAMAT TINGGAL SEGMEN 
10 DAYS MUSIC CHALLENGE

Day 1 ( Coba - Faizal Tahir ) ,
Day 2  (Pada Syurga Di Wajahmu - Nash) ,
Day 3 (Kini - Feminin) ,
Day 4 (Jaga Dia Untukku - Siti Nurhaliza)  ,
Day 5 (Pump It - Black Eye Peas)  ,
Day 6 (La Isla Bonita - Madonna) ,
Day 7 (November Rain - Gun N Roses) ,
Day 8 (Come Back Home -2NE1 & Bar Bar Bar - Crayon Pop,
Day 9 (Dengarlah Bintang Hatiku - Demeises)



Thursday, 11 September 2014

DAY 9 - A SONG THAT MAKES YOU THINK OF YOUR FAMILY


Klik PAUSE di Music Player kat atas.

Acik harap sangat yang Acik boleh jaga mama dan papa Acik
hingga akhir hujung nyawa mereka.


CORETAN UNTUK MAMA DAN PAPA

Mama,

Kak Yang tahu, Kak Yang tidak pernah minta maaf dari Mama.
Kak Yang tak mampu nak bahagiakan Mama.
Kak Yang tak habis-habis menyusahkan Mama.
Juga tak habis-habis memalukan Mama.
Kak Yang harap Mama terima Kak Yang seadanya.
Terima kasih atas kasih sayang yang Mama berikan.


Papa,

Kak Yang dah berusaha yang terbaik untuk menjadi anak yang baik.
Kak Yang dah berusaha menjaga hati semua orang.
Kak Yang tak mampu membantu apa yang papa perlukan.
Maafkan Kak Yang.....


Mama , Papa,

Kak Yang pastinya akan sangat terasa
kehilangan Mama dan Papa nanti.
Doakan Kak Yang terus kekal begini.
Mendoakan kesejahteraan Mama dan Papa.
Kak Yang sayang Mama dan Papa....



DEMEISES - DENGARLAH BINTANG HATIKU

* Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
karna bagiku engkaulah nyawaku






Wednesday, 10 September 2014

DAY 8 - A SONG YOU ARE SECRETLY OBSESSED WITH

Acik tak layan K-Pop sebenarnya.
Tapi dek tiap-tiap hari anak perempuan Acik, Si Intan
dengan adik Acik, Si Zakiah, menari,
maka terjebak jugak la.

Diaorang tak tahu pun Acik minat jugak lagu tu.
Psstt..jangan cakap kat diaorang tau!!











Selesai cabaran hari ke-8

Tuesday, 9 September 2014

DAY 7 - A SONG THAT YOU HATE


Macam biasa, kalau nak dengar lagu, PAUSE dulu music player di atas.
Mohon jangan pertikaikan jalan cerita video clip ni.
Nak berkongsi lagu ini sahaja.

Kenapa Acik tak suka lagu ni?
Sebab bila Acik dengar lagu ni, Acik teringat
pakwe last Acik.
Pedih..memang pedih.
Air mata bergenang je. Memang tak boleh lari dah.

LIHAT LIRIK DI SINI

Monday, 8 September 2014

DAY 6 - A SONG YOU LISTEN TO ON REPEAT


Ini cerita Acik kecik-kecik dulu,
lebih kurang umur 10 tahun kot.

Acik suka lagu ni..nak ikut nyanyi sama,
tak reti..
Radio ayah Acik dengan kaset dia la jadi mangsa.
Acik ulang-ulang-ulang.

Eja setiap lirik lagu ni dalam bahasa melayu.
Asalkan ada bunyi.
Hahaha...kelakar.
Sudahnya tape kaset tu terbelit-belit 
sebab asyik rewind..
tulis sikit, rewind.
Mana tak pening kawan tu.

Bila dah terbelit, apa lagi, gelabah biawak la kita.
jadi pomen tak bertauliah Acik time tu.
Ambik screw-driver, bukak radio.
Bukak pandai, nak pasang balik tak pandai.
Macam tikus membaiki labu.

Tapi tikus ni jenis tak putus asa.
Akhirnya jadi jugak.
Berbunyi balik radio tu.

Ahh...selamat.
Tapi akhirnya rosak jugak.
Harap-harap bukannya rosak sebab 'pembaikian' Acik itu.

Kes repeat-repeat kaset
semata-mata nak nyanyi lagu ni
pastu salin pulak lagu ni ikut ejaan bahasa melayu
memang melucukan dan tak boleh diterima akal Acik ni.

Macam-macam la engkau ni Watie

Cuba la korang bayangkan,
lagu yang laju ni Acik stop-stop banyak kali,
sampai lagu ni habis.

Jahanam!!

SETAKAT NI ACIK BERJAYA FOLLOW CABARAN NI HARI KE HARI
TAHNIAH!!

Sunday, 7 September 2014

DAY 5 - A SONG THAT MAKES YOU WANT TO DANCE


Asal lagu rancak je, Acik rasa nak goyang-goyang tapi
nasib baik cepat sedar diri.
Buruk benor menari.

Biasanya Acik dengar lagu rancak-rancak ni time driving.
Maklumlah Acik memandu lebih 50km setiap hari ke tempat kerja.
Mustahil tak mengantuk.
Jadi Acik memang dah standby siap-siap lagu rancak-rancak dalam phone.

Samseng Young je agar rasa muda sentiasa

Keta Acik tak de radio.
Kaset player ke, pen drive player ke,
memang tak ada.

Jadi ini adalah antara lagu yang Acik buka
50x dalam masa 1 bulan.

Biasanya Acik tak ambik pot pun pasal lirik lagu Inggeris ni
sebab Acik tak paham.
Apatah lagi nak suruh lancarkan.
Jadi lagu ni Acik tak salin la
sebab susah. Acik kena tengok satu-satu huruf pulak
bila nak menyalin lirik lagu ini.

Bukan tak boleh copy paste
tapi bila Acik copy dan paste,
jadi kaler putih pulak macam ni

Tak nak la nampakkan ketidak-pandaian Acik di sini lagi.
Hahaha...

SELESAI CABARAN HARI KE-5

Saturday, 6 September 2014

DAY 4 - A SONG YOU WOULD SING TO YOUR CRUSH


Tak terlintas dah nak upload lagu apa
sempena cabaran hari ke-4 ni.


JAGA DIA UNTUKKU

Mahuku bersama
Mahuku ke sana diriku tak di sini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

Tuhan,
Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan,
Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cintaku dan dia





Friday, 5 September 2014

DAY 3 - A SONG THAT MAKES YOU LAUGH


Cabaran hari ni buat Acik tersenyum sorang-sorang.
Acik bukannya seorang yang feminin.
Makna kata, Acik ni suka kerja-kerja yang lasak.
Repair motor, angkat tong gas,
tolong Papa buat pangkin..

Satu hari, masa umur Acik 11 tahun (rasanya la),
kawan Acik, Ida MJ, minta Acik join group dia.
Group pun tak group sangat la.
Hanya Acik, Nurul dan Ida tu je.
Suruh menari.
Fuhh..ini baru mencabar!!

Tiap-tiap hari training menari.
Lagu ni la..
Dulu mana ada video clip.
Nak tengok-tengok camne Feminin ni menari.

Kita ikut-ikut je si Ida ni menari.
Keras weh badan Acik!!
Tobat!! Tu la last Acik menari.
Adoii..Malu siott.

LIRIK LAGU

Angin bayu membawa diriku,
Sepintas lalu ku terkenangkanmu,
Memori silam meresap malam.
Kenangan bersama tersimpan selamanya.

Walaupun kau pergi jauh dari diri ini,
Cintaku masih bersemadi di hati,
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati

Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu

Saban hari diriku menunggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa
Kau jadi penawar

Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semua
Janji bara cinta


Thursday, 4 September 2014

DAY 2 - A SONG THEY SHOULD PLAY AT YOUR WEDDING



Sebelum dengar lagu ni, PAUSE dulu music player kat atas ni ye.

Sabar je la Acik dengan cabaran hari ke-2 ni..
Lagu yang patut dimainkan masa hari perkahwinan nanti?
Dah tentu la lagu SELAMAT PENGANTIN BARU.

Tak nak la upload lagu tu.
Tak seronok bagi Acik ni.

Acik nak upload lagu PADA SYURGA DI WAJAHMU
By Nash
Biar para suami menghargai pengorbanan isteri.
(Sebab dulu Acik selalu perasan lagu ni ditujukan pada Acik..huhuu)

Kalau tak percaya, tengok liriknya ye.

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang kusanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saat ku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau cinta
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahgia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus resah
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

1
Air mata cinta darimu
Aku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Ulang 1

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sejati

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti
Mengerti..


p/s : U know something Budak, Acik dengan gigihnya menaip semula
lirik-lirik dalam cabaran ini tau




DAY 1 - A SONG THAT REMINDS YOU OF YOURSELF


Sebelum nak dengar lagu CUBA by FAIZAL TAHIR ni,
PAUSE dulu music player kat atas ni ye.

Kena atau tak dengan challenge ni, tak kisah la..
Asalkan Acik upload 1 lagu 1 hari.
Ini lagu Acik untuk Hari Pertama ni

Nak upload lagu ni semalam tapi terkial-kial nak upload camane.

Bila hero-heroin kecik ni dah tido,
Acik godek-godek, terjumpa la.
Acik confident betul je ni tau.

Apa pasal Acik pilih lagu ni?
/
/
/
LIRIK
Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setiaku mendengar
Agar tenang kau merasa

1
Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku...padamu.

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setiaku menunggu
Agar senang kau merasa

Ulang 1

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku


Wednesday, 3 September 2014

SEGMEN : 10 DAYS MUSIC CHALLENGE

Adoi la sayang...Challenge dalam English??
Susahnya...
Bukan susah nak cari lagu tapi
SUSAH MAHU FAHAM LA!!
Harap-harap Video Clip yang Acik upload nanti tak jauh tersasar
dengan challenge setiap hari.
Mamposs kena gelak dengan Budak ni

Hidup kita seharian mesti tak lepas dari muzik.
Ada saja lagu yang boleh imbas kembali memori kita.

Contohnya : 
Time kita clash dengan pakwe / makwe, mesti ada lagu yang
kita layan sampai bengkak-bengkak mata.
Itu baru pakwe / makwe pertama.
Pakwe / makwe kedua pulak lagu lain.
Haa...camtu la cerita lebih kurang.

Pada sapa-sapa yang jiwang karat, kepala berat tu,




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...