Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, 9 January 2015

TaHuN BaRU, BeG BaRU..

Asyik cerita pasal anak je..kali ni nak buat entri pasal lain pulak la..
Kita lari sikit daripada kebiasaan..

Selama ni, Acik tak guna ‘handbag’ sebab Acik ni jarang nak melawa.
Susah betul nak berjalan kalau ber’handbag’ ni..

Jadi, dengan masuknya tahun baru, Acik pun tanamlah azam baru,
iaitu nak melawa..
Tahun ni nak cuba kurangkan penggunaan track-suit dan t-shirt
kalau nak jalan-jalan dengan anak.
Kesian pulak kat diaorang. Mak orang lain kemain lawa.
Ada ‘handbag’ bagai..

Acik bukan seorang yang suka shopping..belek-belek barang,
try 2 3 helai baju pastu tukar, belek lagi, tukar..
eee…itu bukan Acik la.
Dulu, masa tak ada ‘online’, siapa jual barang kat Acik,
Confirm Acik akan beli..sebab ni la..
Malas nak bersesak dengan orang ramai.
Sekarang ni dah senang sangat. Acik suka cara ni.

Acik intai-intai handbag kat handbag murah online
Rambang pulak mata nak pilih.
Harga pun ok…
Mampu jugak Acik beli handbag tu..sebab murah..


Dah murah tu, mesti ada tips-tips nak jaga untuk tahan lama.







  1. JANGAN RENDAM ATAU BASUH HANDBAG



Cukup sekadar dengan basahkan kain bersih, perah, dan lapkan kotoran yang terkena pada handbag..habuk ke, coklat ke, lumpur ke dan sebagainya.
Dah bersihkan tu, anginkan la kejap supaya kering.


  1. KALAU TERKENA KOTORAN YANG MEMERLUKAN TEKANAN / GOSOKAN YANG KUAT


Berus dengan berus gigi lama…yang dah kembang-kembang tu..
Berus perlahan-lahan..Insya Allah hilang la kotoran tu.


  1. YANG NI PALING PENTING




Elakkan daripada menyumbat terlalu banyak barangan dalam handbag ni..
Kalau nak tahu sebab apa, buat la..
Kalau sayang, jangan buat.

Segala mak nenek nak letak dalam handbag.
Yang wajib ada pun dah berat..
Inikan pulak nak tambah lagi.

Purse tu dah la berat dengan duit syiling..
Masuk pulak telefon yang besar penampar orang..
Dah guna telefon besar penampar orang, nak kena kawan dengan power-bank pulak.
Bukan yang koman-koman punya power-bank tu..
Ini power-bank yang berat macam batu bata..

Yang tu saja dah dekat 10kg..
Nak tambah lagi??Tak payah la..
Cukup dengan yang basic tu je.

Peringatan untuk Acik jugak tu sebab Acik suka letak semuanya
dalam handbag..buku bank, buku conteng, diari,
charger, earphone dan macam-macam yang tak terjangka lagi.

Nak tengok handbag baru Acik??
Nanti Acik buat entri khas ye..
Nak buat tribute untuk handbag lama yang banyak berjasa kat Acik sekali.

Sunday, 14 December 2014

Eh...PaHaLa AwaK Dah BeRaPa BanYak ek??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalaulah pertanyaan itu boleh Acik tanyakan
pada sesiapa saja, pasti Acik akan tanya. 
Lebih-lebih lagi yang menyombong tak tentu pasal,
yang memandang orang umpama layak di tapak kasut mereka sahaja.



Sekarang ni, celik je mata, sambar telefon dulu.
Tengok ada SMS masuk tak, wasap hijau tak,
misscall ada ke tak. FB ada orang komen ke tak.
Itu la yang biasanya. Bila dah selesai tengok tu semua,
baru bangun tidur..
Baru nak sembahyang.
Kita leka dengan dunia..Walhal yang wajib tu, kita ketepikan dulu.

Kita terlalu menjaga hubungan dengan manusia.
Terlalu menjaga hati manusia.
Tak reply SMS, takut member marah.
Tak call semula, takut member lari.
Yang wajib ni kita ketepikan sekejap.
Sebab apa??Sebab kita tak nampak Allah!!




Sebelum kita sembahyang, kita jawap SMS / WA member.
Sembahyang jadi tak kusyuk bila asyik terfikirkan
apa la yang akan dijawab oleh member kita tu.

Bagi salam kiri kanan, raup muka, terus tangan capai telefon dulu,
baca apa yang member reply..
Mulut berzikir, tapi tangan masih ligat menekan telefon.
Fikiran sibuk dengan urusan dunia.

Kemudian kita berdoa..
Mahukan doa kita dimakbulkan..
Tak malu ke? 
Umpama kita bekerja..
Bekerja sambil lewa, tapi nak Anugerah Perkhidmatan Cemerlang!!
Kat rumah ada cermin tak?




Memang Acik kagum betul pada mereka-mereka
yang ada keluarga, ada anak-anak kecil,
tapi boleh menguruskan rumah tangga.
Pandai bahagikan masa.. Update blog, BW blog..
Fuhh...memang tabik springg la..

Acik yang tak ada suami yang nak dijaga ni,
anak-anak kecik Acik ni, abang kakak mereka yang besar ni tolong jaga pun,
Acik rasa tak sempat nak urus.
Sembahyang pun terkejar-kejar.

Upgrade diri sendiri la Acik Watie..
Sibuk hal orang!!

SEKIAN..



Saturday, 29 November 2014

YeaY!!DaH JuMpa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tengah baking cake, Along panggil..
Bagitahu dah jumpa cerita Men Of Honour
yang Acik ceritakan di sini.





Kalau nak tengok, boleh cuba buka


Selamat menonton!!

SEKIAN...

Thursday, 13 November 2014

Aku LanGGaR Je...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih ingat tak lagi cerita pasal rekaan logo Acik haritu?

Pikir punya pikir, cerita punya cerita,
akhirnya member Acik pun buatkanlah untuk Acik.

Inipun setelah hampir sebulan dia tak sihat.




Jadi kalau ada sesiapa nampak logo camni,
ini Acik punya logo tau...1 dalam Malaysia!

Semoga semangat Acik lebih membara.




Insya Allah...

(Maaf, beberapa hari ni tak berapa nak ada entri...tak sihat)

SEKIAN..

Saturday, 8 November 2014

AnaK..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua pasangan yang dah berkahwin
pasti mahukan anak.
Janganlah bersedihnya andainya kamu tidak dikurniakan
anak lagi setelah lama mendirikan rumahtangga
kerana sesungguhnya mendidik anak itu sangat mencabar.

Jangan menyesali nasib hanya kerana tidak mempunyai anak.
Bersyukur kerana pastinya anda mempunyai kelebihan
yang tidak ada pada orang lain.

Mungkin anda mempunyai pekerjaan 
yang menuntut sepenuh perhatian anda.
Jika Allah kurniakan anak, maka anak tersebut akan terabai.
Mungkin juga dengan sebab anak, anda mungkin tidak dapat
fokus pada pekerjaan anda sekarang.




Mungkin juga dengan tahap kesabaran anda sekarang,
Allah tidak berikan lagi anak.
Jika dikurniakan anak ketika ini, mungkin 1 hari
anak itu akan menjadi mangsa penderaan anda.
Semuanya boleh jadi DENGAN IZINNYA.


Mendidik anak sangat banyak cabarannya.
Dengan didikan yang betul, kita mampu untuk membina
kehidupannya yang lebih baik.
Apa yang kita buat, apa yang kita tuturkan
semuanya jadi ikutan mereka.
Jika kita selalu gunakan ayat-ayat yang kasar,
maka mereka juga akan menggunakan perkataan yang kasar.


Jika kita asyik merungut, maka anak akan ikut.
Tersepak batu, merungut.
Lambat dapat makanan, merungut.
Rantai basikal putus, merungut.
Bukankah itu situasi yang tidak elok.


Ketika anak-anak masih kecillah
kita perlu mendidik mereka dengan kelembutan berbahasa,
kekuatan hati dan ketahanan melawan cabaran hidup.


Jadi, marilah kita sama-sama bentuk peribadi anak-anak kita.
Kita mulakan dengan pemakaian harian mereka kepada
yang lebih sopan dan menutup aurat.


Ada yang tak sanggup nak membantu anak menutup aurat
atas alasan kasihan anak panas.
Sememangnya pada awalnya anak-anak akan panas
tetapi jika setiap hari mereka tutup aurat,
maka akan menjadi kebiasaan.


Kita patut kasihan pada mereka di akhirat nanti.
Bukan sekarang.


Setakat ini sahaja perkongsian PENDEK Acik.
Semoga ia dapat membantu kalian
ke arah yang lebih baik
dalam usaha menguruskan anak-anak.
Peringatan untuk Acik juga.
Insya Allah..


SEKIAN...


Sunday, 2 November 2014

MaAF...SaYa Tak Suka..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Perasan tak ada widget baru yang Acik letak?
Sebelum ni Acik dah letak,
tapi Acik buang sebab Acik sendiri tak suka
guna benda tu.


Sebab apa?
Sebabnya Acik tak suka bila ada orang yang 
tidak menjadi diri dia.
Komen benda simple-simple je
padahal tak baca pun entri tu sampai habis.


Kalau yang Segmen ke, GA ke, BW ke,
boleh jadi la komen simple-simple.
Tapi kalau jenis entri yang panjang-panjang,
komennya pendek je,
SAH-SAH la, baca tajuk entri, pastu baca tengah sikit,
pastu baca yang bawah sikit.


Serius...betul...Acik tak suka tengok
widget tu.
Acik ulang...ACIK YANG TAK SUKA.
Kepada yang suka, teruskan la..
Kang tak pepasal pulak ada yang buat
entri khas.


Acik lebih suka 'hide'kan pengomen dalam
blog Acik ni bukan sebab tak nak 
menghargai tapi macam Acik highlight dari dulu,
nak kawan, kita kawan betul-betul.
Bukan sebab nama kita dok atas sekali,
bukan sebab nak dapat hadiah,
atau apa-apa sebab pun.


Widget kat tepi ni pun Acik highlight kejap je.
Mungkin esok lusa, Acik akan remove.
Tak tahu bila nak update semula.






Terima kasih pada rakan-rakan blogger Acik yang 10 orang ni.
Terima kasih juga pada yang lain-lain.
Korang memang awesome.
Jarang sangat korang komen yang simple-simple.


KITA KAWAN BETUL-BETUL YE!!

Sekian...




Saturday, 1 November 2014

KeJaR PaHaLa JoM!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Balik daripada kursus, kesedaran tentang tanggungjawab
dan dekatnya kita dengan Hari Kiamat,
membuatkan Acik merasa sangat jauh dari landasan.

Acik pergi kursus biasa untuk kakitangan sahaja,
tapi pengisiannya sangat menyedarkan Acik.
Inilah untungnya Acik tinggal di Kelantan ni.

Selama ini, terasa lekanya Acik.
Kerja entah ke mana, anak-anak entah ke mana,
tanggungjawab rumah entah ke mana.
Kalau berblogging tu, tak pandang dah orang lain.




Dah macam-macam kejadian yang terjadi
dalam hidup Acik tapi Acik masih lagi lalai.
Daripada Acik keseorangan, tak ada kawan,
Acik terjun ke dunia blog ini,
mencari kawan-kawan baru.
Acik bersyukur kerana ada yang rajin melayan Acik.


Inilah Acik...setiap komen korang,
pastinya Acik akan jawab..umpama kita berbual.
Cuma ada 2-3 komen yang Acik tak terjawab.
Sibuk la tu.


Kalau tengah blogging, azan je, boleh hold dulu.
Bukan hold blogging, tapi hold sembahyang!!
Acik pasti, ramai juga yang macam ni.

Lebih-lebih lagi yang ada anak-anak kecik.
Bila masa la urus sembahyang, makan minum keluarga,
urus anak-anak, urus kerja rumah.
Acik yang single ni, anak-anak dah besar,
lauk mak yang masak pun terasa
tak sempat-sempat nak berblog.






Tak nak la leka lagi.
Pahala kita tak tahu banyak mana.
Dosa pun kita tak tahu dah banyak mana.


Penceramah kursus cakap, para isterilah
yang paling ramai akan masuk neraka.
Semua perkara yang dia buat, mesti dapat restu suami.
Termasuklah di medan sosial.


Kalau kita bekerja, minta izin dengan suami
nak pergi kerja, maka, kena pergi kerja.
Kalau pergi pejabat, tapi tak bekerja,
ponteng, melencong, dah kira berdosa
kerana suami izinkan kita keluar untuk bekerja.


Ya Allah..mudahnya kita nak dapat dosa dengan suami
wahai para isteri sekalian.
Itu dosa kita dengan suami sahaja.
Aurat kita, hubungan kita sesama manusia,
pertuturan kita dengan manusia,
detik hati kita dengan aturan hidup.
Banyaknya penyumbang dosa.





Jom kita sama-sama tutup aurat.

- Tinggalkan baju yang ketat-ketat.
- Tinggalkan baju yang ikut bentuk badan.
- Tutup aurat sepenuhnya.
- Pakai handsock walaupun dah pakai baju kurung
sebab kita tak tahu, bila lengan baju akan terselak.
- Pakai stoking. 
- Pakai kain dalam.
- Pakai tudung walaupun keluar sekejap jemur kain

Selain tu, mari kita sama-sama jaga detik hati kita.
Walaupun orang lain tak dengar apa yang kita cakap,
tapi Allah dengar apa yang terdetik dalam hati.
Kalau kita nak ke Mekah, kenapa kita mesti jaga hati kita?
Sebab takut Allah bayar cash kat sana,kan.
Jadi tak salah,kan kalau kita jaga hati kita?
Sebab kita masih lagi berpijak di bumi Allah.
Jauhkan maki-memaki, caci-mencaci,
herdik-mengherdik kerana kita HAMBA ALLAH saja.




* Berapa ramai la yang memaki hamun pemain-pemain
bola sepak malam ni.. Bola tu 1 je..memang la susah nak kejar.

Sekian perkongsian Acik malam ini.
Semoga kita sama-sama sedar akan tanggungjawab kita.
Banyakkan amalan untuk kita tambah pahala.
Kuatkan iman supaya kita tidak terpedaya dengan fitnah Dajjal.

LANCARKAN AYAT AL-KAHFI UNTUK
PERSEDIAAN KITA MENGHADAPI DAJJAL DURJANA.

SEKIAN..








Sunday, 28 September 2014

Patut Beri Anak-anak Tengok...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni, Acik nak cerita mengenai
cerita yang paling Acik suka..
Cerita yang Acik akan menangis tiap kali Acik tengok.

Tapi bila dah banyak kali tengok,
Acik dah boleh lari daripada
tengok part yang menyentuh hati tu.


Sinopsis sikit-sikit la ye..
Sebabnya Acik paham-paham camtu je.
DVD yang Acik beli tu tak ada subtitle BM.
So Acik buat-buat paham je la.
(Tapi kalau paham English tu, mesti lagi seronok,kan?)

Cerita ni adalah kisah benar..
Kisah tentang seorang lelaki kulit hitam
yang ingin sangat berada dalam team Penyelam Tentera Laut.

Terlalu banyak borang yang dia dah hantar,
akhirnya dia diterima masuk.
Dia dibuli oleh orang-orang kulit putih..
Fuhh..kuatnya semangat dia.
Kuat juga mentalnya menghadapi ujian itu.




Waktu ujian dalam laut, kawan kulit putih dia tersepit
dalam kapal karam..
Orang kulit putih yang lain tak nak tolong pun kawan
yang tersepit tu.
Dia ni turun ke bawah...bantu lepaskan kawannya yang tersepit tu.
Esoknya, pada perhimpunan harian,
orang lain pula yang terima pingat keberanian 
kerana bantu kawan yang tersepit tadi.
Bukan dia.
Sakit hati tak??
Sakit hati,kan!!










Ada satu lagi..

Masa ujian menyelam, kawan-kawan dia bocorkan 
beg yang berisi skru dan peralatan kecil-kecil
dan campakkan ke dalam air, tempat dia tunggu untuk 
pasang paip. Berjam-jam dia dalam air, kutip
setiap skru, dan akhirnya siap juga paip tu.
Part ni memang Acik nangis.
Giler tak nangis...menggigil-gigil dia.
Orang lain dah naik atas darat siang lagi..
dia dah malam baru dapat naik..
Dengan tak makannya, dengan sejuknya,
dengan gelapnya meraba cari skru dalam air.
Memang hebat la semangat Carl ni..




Walaupun ia cerita motivasi daripada barat,
tapi semangat dalam cerita ni boleh dijadikan panduan,
boleh dijadikan contoh.


Memang touching cerita ni.
Tengoklah..sesuai untuk seisi keluarga.
Hari minggu boleh pasang.


Acik punya DVD dah rosak..
Nak juga cari di kedai DVD..
Simpanan untuk motivasi diri ketika diri rasa 'down'.


Kalau ada yang jumpa DVD ni, belikan untuk Acik sekali ye.

SELESAI..

Sunday, 14 September 2014

MAAF YANG KETERLALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Acik kembali semula selepas beberapa hari Acik di'brain-wash'
oleh 'penasihat-penasihat' Acik.
Sejak Acik pertama kali berseorangan, Acik memang
sudah ada orang yang akan mengangkat semangat Acik.
Dia sajalah yang tahu segalanya.
Dialah yang Acik peecaya.
Kerana dia ada ketika Acik susah dan senang.

Allah sudah pastinya tetap nombor 1.

Selain itu, ada juga yang emel Acik.
Bagi kata-kata semangat.
Terima kasih kawan..
walaupun kita baru berkenalan.




Buat kali ini, kebangkitan semula Acik,
maka Acik akan laksanakan beberapa misi berblog Acik
iaitu membantu ataupun lebih senang Acik katakan,
Acik akan bantu dari segi 'apa yang perlu dibuat'
jika kita berada di sesuatu situasi.

Di samping tajuk-tajuk yang merapu-rapu.
Maklumlah..Acik tak ada teman nak berbual.
Jadi di sini la Acik merapu.
Kalau tak suka, tak apa.

Haa..lagi satu, Acik nak klik-klik la korang punya tabung.
Terpikir jugak nak ada akaun tabung-tabung tu,
tapi tak pernahnya jadi.
Sebabnya 1 je. 
Acik tak paham apa yang Cik Nuffnang tu cakap.
Jadi Acik sedekah je la kat korang.
Lagi banyak korang update blog,
makin banyak kali la Acik singgah klik tabung.

Oleh itu, Acik minta maaf kepada semua.
Bantu Acik jika Acik tersasar.

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...