Sunday, 31 August 2014

TERSALAH ORANG

Jadi agen sesuatu barang, semua orang cari.
Telefon tu kadang-kadang sampai dah habis fesyen nama dah kita letak.
Fiza Kancil, Ahmad Pomen, Kak Ngah Tudung.

Ada jugak yang kita letak nama yang sama..
Cuma bezanya sikit je.
Kak Mas 1, Kak Mas 2.

Acik jadi agen ACAR IKAN MASIN TALANG, ACAR IKAN MASIN KURAU
dan ACAR BUAH keluaran ACARJUTAWAN.COM
yang berpengkalan di Kuantan, Pahang.





Malam semalam dapat call dari Kak Amy.
Bagitahu nak Acar Ikan Masin Talang 5 botol.

Pagi-pagi lagi Acik dah minta mama pegi hantar ke rumah Kak Amy.
Sepupu Acik. Mama cakap sepupu Acik tak balik lagi.
Aik, malam tadi cakap dah nak balik KL.
Tak de masalah la sebab sepupu kita.

Petang tadi, Kak Amy SMS Acik.
" Dik, bila nak hantar Acar? Akk dah nak balik KL ni."
Sah!! Acik salah hantar.

Hahahaaa...Nasib baik hantar rumah sepupu je.
Boleh jugak la pegi ambik balik acar tu.
Terus Acik tambah nama Kak Amy tu.
KAK AMY HOME-U

Nak cuba try test tak?
Acik kasi tengok ini gambar ye..
/
/
/
/
/
/
/

MY BEST TESTIMONER
~ WAIE ~

Nak ratah macam ni saja. Berpeluh-peluh pun sambung makan jugak


Ini bukan lakonan. Ini betul-betul.


Tak puas hati, dengan botol-botol sekali.






SENARAI RAKAN BLOGGER


ACik dalam usaha mengumpul rakan-rakan blog untuk 
Acik blogwalking setiap hari.
Di bawah ni adalah antara rakan-rakan blog baru.
Pada sesiapa yang belum tersenarai dan berminat untuk
menerima kunjungan Acik, mohon tinggalkan
alamat URL di bawah ni ye.
Terima kasih.

1. http://www.ayuinsyirah.my/   -   CIKGU AYU
4. http://www.mamaniza.com/   -   MAMANIZA
6.http://www.zukidin.com/   -   ABE KIE
7. http://rainfallasleep.blogspot.com/   -   HIKAYAT SEORANG BUDAK
8. http://kenny977.blogspot.com/   -   KENNY
10. http://coretancikfafa.blogspot.com/   -   CIK FAFA
13. http://sitizawiah95.blogspot.com/   -   ZAWIAH
16. http://www.mamamyja.com/   -   MAMAMYJA
25. http://puankutu.blogspot.com/   -   PUAN KUTU
31. http://norazua10.blogspot.com/   -   WAWA
33.http://fuzamusa.blogspot.com/   -   KAK FUZA (SULAMAN)
35. http://www.arzmoha.com/   -   ARZ MOHA
37. http://duniazumal.blogspot.com/   -   ZUMAL
41. http://www.mialiana.com/   -  MIA LIANA
45.http://www.benashaari.com/   -   BRO BEN
46. http://kapas-putih.blogspot.com/   -   MISS N
47. http://sepet88.blogspot.com/   -   SEPET
54. http://madey09.blogspot.com/   -   CIKGU ETUZA
56. http://yatiadam.com/   -   YATI ADAM
57. http://churalliya.blogspot.com/   -   MEKCHU
59. http://www.bicaramakdara.com/   -   MAK DARA
65. http://dielacraft.blogspot.com/   -   DIELA
66. http://cikepal06.blogspot.com/   -   CIK EPAL
67. http://mass-naim.blogspot.com/   -   MASS NAIM
69. http://kakimotong.blogspot.com/   -   PAPA HERO
74. http://redmummy.com/   -   RED MUMMY
100. http://norshamimi.blogspot.com/   -   CIK MIMIE
113. http://dilakazuha.blogspot.com   -   DILAKAZUHA
141. http://cikgufarha.blogspot.com/   -   CIKGU FARHA




MANA YANG TERLINK 2 KALI, BAGITAHU YE..
ACIK BELUM EDIT BETUL-BETUL LAGI NI

SEGMEN BT BLOGLIST SEPTEMBER



Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan semua.
Rasa macam nak blog dilistkan dalam blog Busyra Takiyudin?
Jom join Segmen ni. Manalah tahu, rezeki kita.

Kelebihan blog kita ada dalam list rakan-rakan blogger lain ialah
rakan-rakan blogger kepada rakan blogger kita tu
akan turut sama mengintai blog kita.
Kan ke itu salah satu cara promosi yang mudah.
Tapi ada jugak yang tak mahu dibantu.
Lebih selesa follow blogger yang memang dah ada nama.

Apa salahnya kita bantu rakan-rakan blogger kita yang baru ni,kan?


Saturday, 30 August 2014

SEGMEN I LOVE MALAYSIA BERSAMA CIK POP



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kali ini Acik join Segmen ni.
Macam-macam dah segmen sempena merdeka.
Kali ni lain sikit..
Boleh letak gambar bendera negeri pulak.


Acik dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada tahun 1979.
Dari Acik dilahirkan sampailah Acik melahirkan 3 orang anak.



Setelah 31 tahun Acik tinggal di Negeri Sembilan, Acik pindah pula ke Terengganu.
Lahirkan 2 orang anak di situ.



I LOVE MALAYSIA AND I'M FROM KELANTAN

Setelah hampir 3 tahun Acik di Terengganu, 
akhirnya Acik dapat pindah balik ke Kelantan,
ikut family Acik di sini.

Serius Acik cakap, Acik tak tahu cakap Kelantan.
Acik faham je apa mereka cakap tapi tak pandai nak balas balik.

Acik nak mintak tolong sikit ni,
BOLEH BAGITAHU ACIK APAKAH WARGANEGERI ACIK??

40 PELAJARAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W



1. Menahan diri daripada tidur di antara waktu Fajar dan ishraq,
Asar dan Maghrib, Maghrib dan Isyak.

2. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai
bau yang kurang menyenangkan.

3. Jangan tidur di antara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.

4. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.

5. Jangan memakan kembali makanan yang
telah dikeluarkan dari celah gigi anda.

6. Jangan mematah-matahkan jari anda.

7. Periksa kasut anda sebelum memakainya.

8. Jangan mendongak ketika sedang bersolat.

9. Jangan meludah di dalam tandas.

10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.

11. Duduk ketika sedang memakai seluar / kain.

12. Jangan memecahkan benda yang keras / sukar menggunakan gigi.

13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.

14. Jangan mencari kesalahan orang lain.

15. Jangan bercakap di antara waktu azan dan iqamat.

16. Jangan bercakap dalam tandas.

17. Jangan berkata dongeng (palsu) tentang rakan anda.

18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.

19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.

20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.

21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.

22. Jangan menipu sepanjang masa.

23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.

24. Berkata dengan jelas agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.

25. Hindarkan berjalan sendirian.

26. Jangan membuat keputusan sendiri tapi rujuk pada yang arif.

27. Jangan bangga (riak) akan diri sendiri.

28. Jangan mencela makanan anda.

29. Jangan bermegah (sombong).

30. Jangan menghalau pengemis.

31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik termasuk musuh anda.

32. Sabar ketika kesusahan.

33. Membantu dengan tujuan yang baik.

34. Muhasabah diri dan bertaubat.

35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.

36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.

37. Jangan tidur berlebihan - ini akan menyebabkan penyakit lupa.

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).

39. Jangan makan dalan gelap.

40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.

SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENG'UPGRADE'
DIRI KITA DARI SEMASA KE SEMASA.
INSYA ALLAH....


Friday, 29 August 2014

NAK SANGAT BLOGWALKING KAT BLOG KAWAN-KAWAN BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua.
Acik nak mintak tolong sangat ni.

BOLEH TAK TOLONG TINGGALKAN LINK KORANG 
KAT RUANGAN KOMEN DI BAWAH?

Acik nak blogwalking kat blog korang
tapi tak jumpa link.
Jadi bila korang dah tinggalkan link korang nanti,
bolehlah Acik selalu jenguk korang.



Tak nak la orang cakap Acik ni jadi Follower orang
sebab terpaksa.
Orang 'follow' Acik, tapi Acik tak 'follow' betul-betul orang tu.
Nak jugak tahu perkembangan korang.
Apa cerita korang setiap hari.

Korang pun pastinya nak traffic blog korang naik,kan??

Kalau korang tak nak jadi follower Acik,
boleh tarik balik.
Tak pe..Acik tak marah pun.

Sebab Acik join berblog ni pun sebab Acik nak simpankan
cerita dan pengalaman untuk anak-anak Acik.
Bukan untuk jana income pun.

TINGGALKAN LINK DI BAWAH NI YE.
TERIMA KASIH SEMUA.

EE..KENAPA TAK BOLEH SOUND ORANG NI?

Memang pesen Acik, susah sangat nak bagitahu ketidakpuashatian
terhadap sesuatu perkhidmatan.
Asal Acik nak sound orang je,
Acik mesti letakkan diri Acik kat tempat orang tu.

Makan diri jugak tau kalau ada penyakit macam ni.

Kalau diri sendiri yang kena, tak pe la.
Kadang-kadang anak yang jadi mangsa.
Kesian..tapi Acik tak reti la nak sound orang.
Adakah ini sejenis penyakit?
Tolong sorang sahkan bahawa ini adalah salah 1 penyakit
1 orang dalam 10,000.

Terbaru..Nana jadi mangsa pada penyakit Acik tak reti sound orang ni.

Acik bawak Nana pegi kedai gunting rambut.
Nak gunting sikit rambutnya.
Dah sampai tutup mata.

Round-round bandar Kota Bharu, jumpa kedai orang melayu.
"Boleh potong rambut budak?"
"Kita tak potong rambut budak."

Mmm..ini la melayu. Demand sangat.
Susah sikit je, tak nak buat.
Kalau Acik la, buat je..Rezeki kita,kan?

Acik cari lagi..jumpa 1 saloon kecik.
Papan tanda macam saloon bangsa lain.
Orang tak ada pun.
2 - 3 kali Acik pusing kat jalan yang sama.
Nak carik parking.
Akhirnya dapat jugak.

Nana pun duduk kat kerusi.
Si Tukang Gunting tu pun tanya nak potong macam mana.
Acik cakap potong pendek.
Tak kisah la macam mana pun pesennya.
2nd time ni potong rambut kat kedai.

Mula potong..

Dah siap potong, si tukang gunting ni tanya, ok tak?
Acik dah nampak kecacatan di rambut belah kiri Nana.
Tapi Acik boleh jawab "Mmm..ok.Cantik!"

Ahh...mulut dah terlepas cakap "Ok..Cantik!"
Walhal nak suruh repair lagi.
Bayar RM5, pastu balik.

Rambut depan pendek..Rambut kiri panjang sampai telinga.

Rambut belah kanan, atas pada telinga.

Kalau Acik tahu la dia gunting macam ni,
baik Acik potong sendiri rambut Nana ni.

Ini la hasil guntingan rambut Acik pada Nana selama ni.

Side-burn sama rata





Rambut atas dengan side-burn nak dekat sama.


Sebijik macam rambut Temenggung Jugah Anak Barieng.
Tak pun macam Abu Bakar Ellah.
Puas jugak hati..

Pasni kena belajar gunting rambut pulak la.
Mesti ramai yang nak datang potong rambut dengan Acik




Thursday, 28 August 2014

MENGANTUK DALAM PEJABAT?


Macam ni la Acik sekarang.
Bestnya kalau dapat meniarap atas karpet yang tenggelam buku lali tu.
Perghh...



Sebelum boss berdiri depan komputer ni,
baik Acik buat senaman sikit.
Perkara-perkara asas je.




Kalau masih mengantuk jugak...

WAJIB TIDO DAH TU.

Pssttt...tolong kejutkan Acik pukul 2 petang nanti tau.
Acik menyorok kat surau.

Babai..



SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA REDBELLAS




Assalamualaikum...
Selamat Pagi..
Jam 11.15 pagi, 28.08.2014, 
Acik join Segmen BlogWalking Bersama RedBellas pula..

Selamat berkunjung ke blog Acik.
Selamat berkenalan.

Pada kawan-kawan baru, mohon follow Acik dulu
Kemudian baru la tinggalkan link blog korang ye.

Pada kawan-kawan yang dah follow Acik,
jangan malu-malu..
Tinggalkan juga link blog korang.
Senang Acik nak balas kunjungan korang.

Selamat berblogwalking ye.

Nak tag siapa pulak kali ni?

SEGMEN MRS.MUSTACHE BLOGLIST

Kali ini Acik di'invite' oleh Ani untuk sama-sama join segmen ini.
Terima kasih ye.

Jom join segmen ini pulak.
Harap Acik dapat kawan baru pula.



Klik di sini ye

Syaratnya..
kena tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan.
Mmm..nak tag siapa ye?

Ok..Apa kata Acik cuba tag

Miss N
Bella Din
Wawa

Harapnya mereka rajin macam Acik

Selamat bersegmen!!


Wednesday, 27 August 2014

WORDLESS WEDNESDAY #1

Sebagai blogger baru, Acik follow je apa yang majoriti blogger lain buat.
Acik perhatikan, setiap hari Rabu, hari WORDLESS WEDNESDAY.
Jadi untuk pertama kalinya, Acik nak buat jugak la macam blogger lain.
Tak nak cakap banyak..Wordless kan..

Sebagai permulaan, ini yang perlu kita update :



Tuesday, 26 August 2014

PEREMPUAN MELAYU

Adriana...
Lepas bangun pagi, mandi, cari baju kurung.
 Petang, lepas mandi,cari baju kurung.
Ntah macammana dia dapat ilham pakai baju kurung sepanjang masa ni pun
aku tak tahu.

"Ibu, Nana nak pakai baju korong"
Kalau kita tak bagi, dia pegi carik sendiri dalam laci almari dia.

Kadang-kadang (2x) nak jugak tengok dia pakai skirt,
ada reben-reben, sepit-sepit rambut, pakai cekak rambut.
Tapi tu semua tak kekal lama.
Sekejap je hilang. Yang patah tu, patah la.
Yang sepit tu pulak, terjuntai sampai depan mata.

Bila dah 3 kali kadang, kadang-kadang-kadang pikir,
elok jugak dia nak pakai baju 'korong' dia tu.
Sekurang-kurangnya dia dengan rela hati nak pakai.
Kita pun dah boleh ajar dia tutup aurat seawal mungkin.
Kadang-kadang siap bertudung bagai..

Ini anjuran Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan.

Aku dah ada sijil KEMAS bahagian jahitan masa di Serting N9 dulu..
tapi dah lama sangat.
Jadi aku masuk balik Kelas Jahitan Baju Kurung.
Khas untuk jahit baju kurung Nana ni.

Tengok...siap bagi kain. Bayaran murah je.
Boleh la..Ilmu kan..tak payah la nak berkira sangat.

Balik rumah, selongkar tong-tong lama,
mana ada kain-kain perca yang besar-besar,
terus praktikkan.
Panggil Nana. Ukur badan kecik dia tu.
Si Waie pun suruh ukur badan dia sekali.
Sibuk la awak ni Waie..Nanti ibu belajar baju melayu pulak ye sayang.


Nampak gaya, macam jadi je leher baju kurung ni.


Akhirnya siap..baju kuning tu mama yang buat.


Baju kurung Nana yang warna kuning tu, 
kain orang bagi kat aku zaman 90-an dulu,
aku gunting-gunting tak jadi.
Aku pun sorokkan.
Mama kemas-kemas bilik menjahit dia, terjumpa la kain ni.
Sudahnya aku kena bebel.
Bebel yang tertunda daripada tahun 90-an tu.


Baju ni aku buat,ngam-ngam badan dia.


Baju ni mama buat sebab penyakit malas dah sampai.
Tak tercantum sebab sibuk dengan kuih.




Ada banyak lagi gambar Nana berbaju kurung.
Semuanya dalam tepon.

YA ALLAH..
PELIHARALAH PERIBADI NUR ADRIANA NATASHA 
SEBAGAIMANA DIA MEMELIHARA TUBUHNYA.
AMINN..





Monday, 25 August 2014

TELUR KU TELUR MU JUA

Tajuk pun dah lain macam..
Hahahaa...saja je.

Sebenarnya nak cerita pasal telur ayam ni je.

Rutin homemade baker.
Selalunya beli telur ayam dalam 2 - 3 tray.
Sebab banyak nak guna.
Lagipun tak payah nak pegi kedai banyak kali.

Sebelum guna, Acik akan rendam kejap. 
Kasi tahi-tahi ayam yang keras tu lembut sikit.


Sebab apa basuh telur?
Sebab telur kan keluar dari punggung ayam (ayat sopan sikit).
Kadang-kadang sekali dengan tahi. (Ayam terkincit masa teran tu)
Kan ke kotor tahi ayam tu.

Memang ler tahi ayam tu kat kulit telur, 
tapi kadang-kadang masa kita pecahkan telur, 
kulit tu terjatuh dalam telur. 
Kalau dah basuh, confirm selamat.

Sebab apa Acik basuh semua? 
Sebabnya Acik pakai banyak dalam satu-satu masa,
jadi tak payah kejap-kejap pegi basuh.



Sebab apa pula tajuk TELUR KU TELUR MU JUA?
Sebabnya kadang-kadang Mama masuk jugak dalam dapur aku ni,
ambik telur Acik. Jadi sama-sama la pakai telur.
Cepat sikit habis.
Kalau tak, telur cepat masuk angin.

Jom kita semak info di bawah :



Macammana nak tahu telur masuk angin?
Masa kita masak tu, telur meletup-letup macam ada air,
maknanya telur tu dah masuk air la.

JOM KITA MULA BASUH KULIT TELUR SEBELUM GUNA.

DHIYA'S FIRST GIVEAWAY

COPY & PASTE SEPENUHNYA DARIPADA PAGE DHIYA DAHLIA

Assalamualaikum wbt

Rakan-rakan blogger yang dikasihi, 

Saya sedang menjalankan satu kempen giveaway pertama dalam blog Dari Diri Dhiya ini. Sebelum ini saya tak pernah anjurkannya sebab saya takut tidak mendapat sokongan (oh pesimis nya sayaaa!)

Tetapi sekarang saya sedar. Kempen sebegini, walau giveaway nya mungkin tidak seberapa, saya sebenarnya sedang cuba menjalinkan persahabatan dengan anda.

Oleh itu, atas nama persahabatan, sudilah kiranya anda mengambil bahagian dalamgiveaway saya yang pertama ini. Hadiah tak mewah, tapi terdiri daripada koleksi cenderamata dari tempat-tempat yang saya pernah pergi. Untuk Giveaway ni, tiada cendermata dari Korea. Tapi Insya Allah jika berjaya ada sambutan, saya akan cuba menganjurkannya dengan hadiah yang lebih menarik. Mungkin saya boleh pertimbangkan koleksi buah tangan Korea saya tu. (P/S: Cenderahati dari Korea saya masih banyak, tau! Memang dibawa pulang untuk DDD)

Syaratnya sangat mudah, kerana saya memang berniat untuk memberi sambil bersahabat. Wallahi :)

1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya 
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau! 

Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Pengumuman pemenang akan dibuat pada minggu pertama September 2014 bersempena dengan edisi istimewa entri terbaik bulan tersebut.

Pengeposan hadiah adalah secepat mungkin, sebaik mendapat maklumat dari pemenang :)

SEMAK PENYERTAAN ANDA DI SINI 

*Saya perlukan 15 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal. 

Saya mengharapkan sokongan dan penyertaan anda :)
Salam sayang,
Dhiya 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...