Saturday, 29 November 2014

YeaY!!DaH JuMpa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tengah baking cake, Along panggil..
Bagitahu dah jumpa cerita Men Of Honour
yang Acik ceritakan di sini.





Kalau nak tengok, boleh cuba buka


Selamat menonton!!

SEKIAN...

Friday, 28 November 2014

LiEBSteR AwARD To ALL My FrieND FroM Acik WaTie

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memandangkan dah beberapa kali Acik ditag
oleh rakan-rakan blogger yang lain,
banyak kali jugak Acik mengelat..
Tak bagi soalan dan tag sapa-sapa,

Jadi kali ni Acik dengan berbesar hatinya,
nak memberi beberapa soalan.







SOALANNYA :

1. Apakah kekuatan blog korang?

2. Warna tema untuk blog korang?

3. Sebab apa warna tu? Bukan warna lain?

4. Blog korang cerita pasal apa?

5. Cakap betul-betul...cantik tak blog Acik ni?

6. Kalau tak cantik, sebab apa?
Kalau cantik, belah mana yang cantik?

7. Ada letak tak blog Acik dalam bloglist korang?
Cakap je, tak marah pun.

8. Kalau join segmen / BW / GA orang, awak update entri saja,
pastu terus tinggalkan atau buat jugak BW?

9. Setakat ni, follower dah berapa orang?

10. Rasanya, perlu tak Acik letak blog korang
dalam bloglist Acik?

11. Sebab apa perlu letak blog korang dalam bloglist Acik?



Acik nak tag semua orang yang :
1. Ada dalam bloglist Acik.
2. Singgah meninjau blog Acik dan berminat nak ada
dalam bloglist Acik.

Dah jawab, backlinkkan semula di ruangan komen ni ye.
Macam GA jugak la...
Hahahaa...ok tak syarat award Acik ni?

SEKIAN...

Thursday, 27 November 2014

LaWaK PaGi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi ni, on the way ke klinik,
dapat WA dari group..





Macam-macam..

SEKIAN...

Wednesday, 26 November 2014

DaH LaMa TinGGaLKan ZaMan ni....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni nak update perkara simple je.
Pasal KURSUS.
Dah lama sangat rasanya tak berkursus.

Kursus ni adalah untuk semua kakitangan sokongan
sekolah PTJ (Pusat Tanggungjawab)
Daerah Machang.

Pergi hari ni, balik esok.
Kejap je.
Pengisian untuk dimasukkan
dalam senarai Kursus Yang Dihadiri Sepanjang Tahun.

Tengok je la gambar ye.
Nak update rakan-rakan sekerja Acik je.
Sempena cuti sekolah ni.



Sebilik dengan CC Acik. Budak baik memang camni,kan.
Semua orang nak sebilik dengan kita..huhuuu



Abaikan tulisan doktor ni...Mengantuknya la duduk depan sekali ni.
Mula-mula je tulis, lepas tu, menyonteng...




Penceramah di Unit Kaunseling.Alamak, lupa la...




Kat Resort je...1 malam bayar RM90. 
Pastu boleh claim pulak.




Yang tudung hitam, meja belakang meja Acik,
yang tudung coklat, meja dia sebelah meja Acik.
Kami berjiran....



Pembantu Makmal yang tudung merah.
Pembantu Tadbir yang tudung hijo.







Semuanya rakan sepejabat.
Diaorang ni asyik kutuk Acik je.
Sikit-sikit ambik gambar.
Kan bagus tu...boleh Acik update gambar korang
dalam blog Acik ni.





Time nak balik tengah hari esoknya,
makan sedap la..Camni la kalau makan
Patut ambik satu, kita ambik sampai 4. 
Mana nak cukup..Kesian kat orang belakang.





Kaki pancing..orang semua berebut-rebut nak balik,
dia sorang je sibuk nak mancing.
Tahu takut..kena tinggal.
Yang lain semua dah lenyap.


SEKIAN...

TeRiMa KaSih DauN KeLaDi #5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Acik nak update hadiah yang Acik terima
sempena TEKA TEKI TEKA TEKUK
Kak Farrah Tower
mengenai KENAPA SIPUT BABI JALAN LAMBAT

Acik bertuah kerana jadi orang pertama
yang berjaya jawab soalan tu
dan rasional jawapan siput Vavi tu dalam kehidupan kita.

Jom kita lihat apa yang Acik dapat...



Kad Handmade tu...




Ucapan daripada Kak Farrah..




Fridge Magnet Seoul..


Terima kasih ye kak Farrah..
Pasni boleh la buat Teka Teki Teka Tekuk,
Ular Mati Dalam Mangkuk ye..

SEKIAN..

Tuesday, 25 November 2014

NuFFNaNG Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyaknya..bersusun-susun.
Nak study apa benda yang diiklankan ni,
tak sempat.
Jadi mampu nak berterima kasih
saja la kepada NuffNang.





SEKIAN..



PaDaN MuKa Aku....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni orang kerja kerajaan dah gaji..
Macam biasalah...
transaksi semuanya di hujung jari.
Bayar itu, bayar ini,
yang lebih tu baru buat belanja.





Sambil bayar, sambil buat kerja..
Pandang buku kerja, pandang komputer.
Nak transfer semua duit ke akaun yang lain.
Akaun Acik jugak..

Dah taip semua amaun, pandang balik buku kerja.
Tengah-tengah menulis kat buku,
terlintas nak bayar duit pakcik.

Pandang komputer, terus tukar nama penerima.
Pastu klik OK..
Dah sucsess, tengok baki tinggal sikit.

Uwaa....lupa nak tukar amaun!!!

Terlampau canggih sangat pulak..



LuPa Lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam semalam Acik dah ingat dah nak update entri special ni.
Tapi dek berebut dengan peminat Upin Ipin ni,
Acik tangguhkan..
Nak update kat pejabat la konon-kononnya.

Sampai pejabat, lupa lagi.
Sibuknya Acik bekerja hari ni.

Acik nak wish 
HAPPY BIRTHDAY 
kepada rakan kita
iaitu




Wink...Wink..(apa maksudnya, entah..orang buat,Acik nak buat jugak)

SEKIAN...


Monday, 24 November 2014

PeNDeRMa-PeNDeRMa YaNg DeRMaWan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak kali jugak Acik tengok Nuffnang ni,
baru nak update, dah tukar orang lain pulak.
Insya Allah Acik akan update dari semasa ke semasa.

Kali ni paksa diri jugak,
update rakan-rakan blog yang lain.
Masa free Acik ni banyak kat pejabat.
Jadi bila buka blog di pejabat,
ada iklan-iklan yang korang cakap menari-nari tu,
tak nampak dek Acik.
Bukan tak nak klik tau.

Jadi, jom kita jenguk mereka-mereka 
yang rajin dan baik hati.
Terima kasih ye..






Kalau Acik rajin lagi memerint screen,
Acik akan update lagi.

SEKIAN...

SeGMen : BLoGWaLkiNg By SyaHiRaH VaLiaNT #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Acik join yang ni pulak..







TARIKH TUTUP DICEPATKAN
30 NOVEMBER 2014

SEKIAN...

GiVEAwAy RM100 UnTuK SeORaNg PeMENaNG BerTuaH

GIVEAWAY November . Bermula hari ini sehingga 30 November 2014.


Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.



Sunday, 23 November 2014

FiRSt GiVEAwaY By KaMaMiMi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Acik join ye...



First Giveaway by Kamamimi

Jom lah join bagi meriah. 50 + + pemenang dicari!

Ditaja oleh :
Kamamimi | Nur As | Kasut Kusut | NaD Dea | Mohd Noor Shawal | BudakVanilla | Syahirah  Valiant | Cik N.A | Kemanyerla | Mrs. A | Norihan bt Yusuf | Allene | Chocake watie's kitchen | Iola | Budak | Frau Lisa | Nurashikin ZA |


23 November 2014 - 23 Disember 2014

BiG HoLiDay GiVeAwaY By WaNi



Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/big-giveaway-by-wani.html
Big Holiday Giveaway by Wani

Senarai Hadiah.

Top Refferal (1 pemenang)

~1 Helai Halfmoon Bead Shawl x1 by Norhana Marsom
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina

Random.org

~Topup RM5 x2 by Wani
~Mini Notebook x1 by Nurin Aqilah
~Topup RM10 x2 by Yana Afi
~Chewable Vitamin C Shaklee x2 by Fara Fadzil
~2 Brooch x2 by Buttons And Cuteness
~Hadiah Misteri x3 by Ruqaiyah Amanina
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina
~Topup RM5 x4 by Hazrina Halim
~Topup Celcom/Maxis x1 by Idah Rashid
~Novel Remaja x2 by Anie
~Set Loom Bands x1 by The Lolly Shoppe
~Topup RM5 x1 by Yun Sing
~Cash RM10 x1 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Budak Bandung Laici
~Topup RM5 x1 by Syafiqatunnissa
~Voucher 10% Baju Ladya Shops x1 by Irah Syazirah
~Voucher RM5 di Cayesha Kpop Shop x2 by Shaira
~Voucher RM5 di Hijrah Malaika x2 by Shaira
~Review Blog x3 by Yun Sing

TARIKH TAMAT : 15 Disember 2014



KuHaRuNG JuGaK AiR LiNTaS iTu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari Khamis lepas, 20 November 2014,
Acik tak plan langsung nak ke rumah Hidayu Ayumie
Kebetulan Acik tak hantar anak-anak Acik
ke rumah pengasuh, jadi panjang sikit la
langkah Acik.

Kalau ada Nana dengan Waie, memang huru-hara la 
perjalanan Acik.

Acik mulakan perjalanan Acik daripada Machang,
dengan WAZE..Letak nama kampung Hidayu,
tak ada...jadi Acik search saja jalan ke Jelawat.
Kira gambel la ni.





Guna WAZE ni memang bagus...segala short-cut dia akan tunjukkan.
Jalan kampung, jalan lori semua lalu.
Acik berani sebab ada 2-3 biji kereta pun lalu di laluan yang sama.
Mangsa WAZE jugak la tu.

Jalan nak ke rumah Hidayu banyak air lintas.
Disebabkan Acik tak tahu jalan pintas, atau jalan lain
nak balik ke rumah Acik, terpaksa redah jugak la.

Sampai je rumah Hidayu, macam biasa la,
pemalu ni lebih sangat.
Segan nak ambik gambar dengan Ayu.
Apatah lagi dengan Heronya tu.
Dengan alasan menghormati orang yang tengah pantang.

Ada orang tak selesa nak update gambar masa dalam pantang.
Berborak pun macam orang tua.
Macam-macam cerita la keluar.
Nak tunjuknya peramah..

Anyway..tahniah kepada Hidayu dan suami
atas kelahiran baby yang nama nak dekat-dekat dengan nama
anak bongsu Acik..
Hidayu anak sulung, suaminya anak sulung,
jadi babynya pun cucu sulung.

Ngilu pulak tengok Hidayu
duduk atas kerusi dengan ganasnya.
Selamat berpantang ye.

Lain kali boleh bergambar dengan baby ye.

SEKIAN...

Saturday, 22 November 2014

SaPa SeZaMaN DeNgaN Acik??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah main video-game?

Acik dulu kecik-kecik, ayah Acik tak beli video-game ni.
Balik sekolah, tukar baju, menepek rumah orang.
Main game sampai kena halau.

Kadang-kadang tu, rumah member siap tutup pintu,
nampak Acik kayuh basikal dari jauh.
Kesian,kan..
Bukan ayah Acik tak mampu,
tapi malas nak layan kot.




Bila Acik dah kerja, pertama sekali yang Acik beli,
benda ni la....nak tebus zaman kanak-kanak
yang tak puas main benda ni.

Top sekali, yang Acik akan main,
game ni la..
SUPER MARIO BROS.
Selalu pilih si Mario la,
sebab boleh jalan dulu.
Tak suka pilih Luigi..sebab kena tunggu orang.
Lambat!!
Bertahun-tahun main, tak pernah la selamatkan puteri tu,
asyik sampai ke naga je..
Pastu mampus!!
Sampai la sekarang...




No.2 pilihan Acik selepas asyik mampus je main Super Mario tu,
ialah TWIN BEE.
Layan jugak main twin bee ni..
Tembak-tembak awan, keluar loceng..
Tembak-tembak loceng, sampai tukar kaler..
kelip-kelip.
Kalau dapat kelip-kelip tu,
kira handal la sebab ada bayang-bayang..
jadi peluru tu banyak la.
Tembak busut masa busut tu ternganga,
jadi buah epal..boleh la ambik.




CONTRA...
Yang ni best jugak..
Selalu ambik Kaler biru.
1st player...tapi jalan sama-sama.
Selalu duduk kat atas sebab boleh dapat kuasa S.




Dah pernah sampai kat level ni,
tapi tak lepas..sebab selalunya
bila dah sampai sini,
peluru mesti yang cikai-cikai.
Camna nak menang?



B-WINGS ni pun sama.
Lama betul tak layan game ni.
Acik selalu pilih HAMMER ni 
sebab kapal terbang dijaga oleh besi hitam
2 biji yang berputar keliling kapal.
Yang lain tu memang Acik tak pernah try.
Sebab macam tak best je.




Korang yang sezaman dengan Acik,
mesti game yang korang suka jugak
Circus, Mario yang ada ketam hijau merah,
Kereta Kebal, Motorcross, 
Racing Car yang ada Superman melintas.

Seronok kalau imbas zaman kecik-kecik dulu ek??

SEKIAN...





KaLaU Dah MeManG DaRahNya BeGitu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni Acik nak throwback balik zaman Acik kecik-kecik dulu.
Orang kata, kalaau baik sangat, tak banyak pengalaman.
So Acik ni duk kat tengah-tengah.
Antara nakal dengan tak berapa nakal.

Masa Acik lebih kurang darjah 4, tahun 1989,
sewaktu dengan kes menabung..
Acik suka sangat berjual.
Seronok dapat duit hasil titik peluh sendiri.

Mama Acik akan beli biskut timbang,
tak kira la biskut apa pun..
Biskut coklat kapit, biskut jem yang lekat celah gigi tu,
biskut yang ada aising warna warni kat atas tu la.
Macam-macam lagi.


credit


Tiap kali nak pergi sekolah, Acik dah standby malam tu,
ambik biskut-biskut yang Mama dah beli tu.
Masuk dalam beg.

Esoknya, masa rehat, Acik pergilah jual biskut tu.
Seposen 2 keping ke, ikut suka Acik.
Ada yang nak beli pulak tu.

Kadang-kadang, kalau biskut dah habis,
mintak jambu air kat rumah orang.




Esoknya tu jual...2 biji 50 sen rasanya.
Hahaha....buat duit betul.

Satu hari, Mama tanya, mana pergi biskut dia?
Rupanya cikgu dah bagitahu dia,
yang Acik jual biskut-biskut dia kat sekolah.
Ada mak bapak komplen.
Hehehee...

Pengalaman ni, walaupun masa tu pedih
kena marah, tapi manis bila kenangkan semula.
Mana nak dapat dah...

SEKIAN...





TeRiMa KaSih DaUn KeLaDi #4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas Acik terima hadiah
daripada Farida RedBellas

Alhamdulillah..tak jangka pun menang
sebab terlampau banyak sangat join GA, BW
Segmen dan macam-macam lagi
sampaikan tak boleh nak fokus sangat.








Macam tahu-tahu je Acik suka kaler hijau.







Terima kasih ye Farida..
Tapi nak tanya sikit, ini apa benda?
Tak pandai nak guna la..
Sekali tengok macam tempat letak baju
yang gantung kat palang almari.
Entah iye ke tidak.
Orang kampung maa...

SEKIAN...

Friday, 21 November 2014

LiEBsTeR AWaRd #16 - AmY J

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah malam-malam ni, baca entri kawan-kawan.
Baca entri Amy J,
ternampak nama Acik..
Buat muka tak malu la...jawab ke soalan adik kita ni.






Soalan nampak susah. Nak jawab sesimple mungkin.
Tapi boleh ke? Acik ni suka melalut-lalut.

1.  1 tabiat buruk tak boleh ubah.
Buat kerja last minute.

2. 2 benda mengingatkan korang dengan Amy J
- Serigala berjalan
- Perempuan berSpek mata

3.  3 orang penting dalam hidup.



Carilah sendiri 3 orang penting tu.


4.  4 ciri-ciri lelaki yang berjaya mencuri hati.
- Setakat ni tak ada lagi.
(Bagi soalan cepumas ye...)

5.  5 makanan tak boleh tolak
- Double Cheese Burger Mekdi
- Spagetti
-  Lamb Chop
-  Laksa Penang
-  Ayam Goreng Cap Atok Tua

6. Terbang atau baca fikiran orang?
Terbang la...fikiran sendiri pun bercelaru,
inikan pulak baca fikiran orang...Malas..

7.  Wahai (nobody)...saya sayang awak sebab
AWAK SAYANG KAT SAYA.
(mungkin tu kot Acik akan cakap nanti...huhuuu)

8.  Binatang paling menakutkan.
ULAU MELINGKAU ATAS PAGAU

9.  Kenapa korang suka / tak suka pergi kenduri kawin?
Suka kalau kenduri kawan-kawan sendiri.
Tak suka kalau ikut mak pergi kenduri rumah kawan dia.
Kejap suka kejap tak suka kalau pergi kenduri kawin
rumah sedara mara..Lama sangat.

10.  Apa perasaan korang hari ni?
Perasaan hari ni KOSONG KOSONG..biasa saja.

11. Rumah Idaman.
Rumah yang bersih dan kemas.
Bangun tidur, tak payah menyapu,
tak payah nak basuh pinggan,
tak payah nak tolak kerusi suruh lurus..

Dah selesai jawab soalan.
Macam biasa, tak sempat nak pikir nak buat soalan apa.
Nak tag orang tu, lagi la takut.
Takut kena marah kat orang.

Harap Amy J terima jawapan dari Acik.

SEKIAN...


Thursday, 20 November 2014

SuKaReLaWan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri ini dibuat bukan untuk membangga diri,
tetapi sebagai landasan untuk Acik beritahu
bahawa kami (bakers Malaysia) ada menjalankan
kerja-kerja amal selain memanjangkan derma
atau bantuan daripada orang ramai.
Selain itu untuk memberitahu kepada penderma-penderma
bahawa derma mereka telah selamat diagihkan.

Bulan Syawal yang lepas, Group Heart2Heart Mission (FB)
telah menganjurkan satu projek.



Bukan senang Acik nak war-warkan perkara ni.
Macam-macam pertanyaan...
Ada juga yang Acik wasap, terus tak jawab-jawab.
Apa la salahnya bagitahu yang anda tidak berminat.
Acik tak ambik la duit tu...
Acik tambah lagi, ada la...Mana boleh kita beli barang, harganya sharp?
Takkan pulak Acik nak beli barang harganya kurang dari RM30?
Paling-paling kurang pun, lebih 10sen.



Fasa pertama (ada beg woven)


Kumpulan sasaran adalah mereka yang mempunyai
bilangan ahli keluarga yang ramai, pengawal keselamatan,
tukang sapu dan yang seangkatan dengannya.

Masa sangat suntuk.
Nak agihkan masa bekerja, puasa, cari orang,
beli barang, packing barang.
Memang benar-benar menuntut komitmen yang tinggi.



Fasa kedua (tak ada woven beg sebab HQ tak sempat nak pos dah)


Fasa kedua, Acik diserang demam...mungkin sebab terlalu letih.
Beli barang dan packing.
Member yang nak bantu tu, ada hal last minit.
Jadi buat la sorang-sorang.
Daripada beli barang sampai la ke serahan tangan.
Fuhh...mencabar..
Tapi seronok..dapat bantu orang.




Pak cik ni faham ke tak Acik cakap bahasa luar..


Last sekali, petang nak raya tu, dalam kul 6 petang, 
Acik gagahkan juga diri mencari pak cik-pak cik beca.
Jumpa la 2 - 3 orang...tak ramai dah sebab orang dah nak raya esok.

Acik yang pemalu ni, tebalkan muka juga,
usung plastik ni, bagi kat mereka.
Hulur sikit duit raya...suruh mereka balik.


Penerima area Ketereh


Mak cik ni pula, salah seorang yang Acik tak dapat nak bantu
agihkan kepada penerima sekitar kampung.
Kepala memang dah berat sangat.
Maafkan saya, makcik...





Penerima area Pengkalan Kubor.


Penerima di Kelantan, 110 orang.
Tu pun HQ nak bagi duit lagi, mintak belikan ayam.
Beri kepada penerima.
Bukan tak nak bagi, tapi mana nak raba ayam last minit?
Tumbang kat situ jugak Acik pagi raya tu nanti.


Dan kali ni, mereka ada buat projek lagi.
Insya Allah Acik bantu mereka.




SEKIAN..





CuTi SeKoLah....SeNang HaTi AtaU SusaH Hati??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kejap je kan dah hujung tahun?
Rasa macam baru je masuk tahun 2014.
Terkelip-kelip mata Acik memandang,
cikgu-cikgu di sekolah ni,
ke hulu ke hilir, serahkan macam-macam buku,
macam-macam kunci di pejabat.






Ramai yang cakap, cuti sekolah pun kerja jugak ke?
Kami kerja pejabat di sekolah, bukannya kerja dengan anak murid.
Sekolah je yang tutup, pejabat bukak.
Kalau time cuti sekolah, kami pun cuti jugak,
seronok sangat...melampau-lampau seronoknya.






Bagi ibu kepada anak remaja, Acik sangat susah hati
bila tiba time cuti sekolah ni.
Maklumlah...macam-macam sangat aktiviti
dalam kepala mereka.
Semua dah dirancang..Lainlah dulu,
masa kecik, Acik rancang masuk program tu,
program ni..Mereka ikut je.

Bangun tidur entah pukul berapa.
Bangun awal pun bersebab.
Jogging la, nak ke sana la, ke sini la..
Paling tak best, anak-anak tak tengok buku langsung.






Jadi, tahun ini, mama Acik dah rancang nak hantar
anak-anak remaja Acik ni ke sekolah pondok.
Biar terisi sikit ilmu agama.
Ni tidak...asyik nak berseronok je.
Kalau mereka ikut bapak mereka bercuti,
sembahyang entah ke mana.
Susah sangat nak lekat sembahyang
bila tak ada penekanan daripada orang tua.

Jadi, rancanglah aktiviti untuk anak-anak
supaya masa mereka tak terbuang begitu saja.
Kalau nak hantar ke kampung tu,
pantau juga la...
Lagi satu, hujan-hujan ni,
jangan leka...kang kok berendam macam buaya pulak.

Selamat berholiday la ye kengkawan.
Acik ada je kat pejabat sekolah ni..
Kerja...Cuti tahunan tak banyak dah..
Tinggal 4 hari jer...
Sob..sob...
Lagipun nak ke mana?
Dah tinggal dengan orang tua,kan..
Bercucuk tanam je la  kat sini.

SEKIAN....

Wednesday, 19 November 2014

SeGaLaNya LeMBaB....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri simple je ni...curi-curi masa sikit.


CALLING FOR ALL MY BELOVED FRIENDS..


Kepada rakan-rakan Acik yang
menunggu hadiah daripada Acik,
Acik mohon maaf,
kerana hujan-hujan ni,
nak pijak lantai pun takut.
Apatah lagi nak berdiri, balut hadiah.




Insya Allah, bila Acik dah pos nanti, Acik akan bagitahu.


Antara yang tunggu nak dipos ialah :
i) Hadiah Peraduan Tabung
ii) Hadiah HariLahir Fasa Ke-2
iii) 1 orang penerima hadiah GA 2nd  Birthday Waie
 yang direturn balik kepada Acik. 


Kepada penerima Hadiah Birthday Fasa Pertama
yang dapat tu, sila maklum ye..Nanti ada pulak
yang merajuk tak pasal-pasal.
Takut orang kata Acik tak tepati janji.


Tunggu ye..Hadiah akan dipos jugak.
Ada je kat Acik ni..Dah niat nak bagi kat korang.
Manalah tahu...kok-kok beranak jadi kereta pulak.





Sabar ye kawan-kawan...
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan (hahahahaaaa)
Emel Acik layan.

SEKIAN...


Tuesday, 18 November 2014

RaiN RaiN Go AwaY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semenjak dua menjak tiga menjak ni,
lepas demam baru-baru ni,
Acik slow sikit mengupdate blog.
Tak tahu kenapa..
Sebab sejuk agaknya.

Mungkin juga terpaksa berkejar dengan
hari-hari last di pejabat.
Nak berurusan dengan guru-guru di sekolah.
Maklumlah, jika dah start cuti sekolah,
cikgu-cikgu ni memang Acik tak jumpa dah..
Hingga lah ke tahun depan.

Bila urusan kewangan ni masih tak setel lagi,
jadi terpaksalah Acik mengejar mereka.
Nak tunggu mereka mengadap Acik, memang tak la.
Mereka sibuk dengan 'print-out' result peperiksaaan
yang sekarang ni semuanya online.




Sekarang ni, rata-rata pantai timur tengah mengalami
hujan sepanjang hari. 
Pagi-pagi nak pergi kerja, hadoiii....sejuk wey!!
Macam mandi air batu.
Rumah Acik tak ada water-heater.
Memang ketap bibir la mandi.
Sekali sehari je mandi.
Cukup la tu. Alhamdulillah badan kecik je.
Kurang berpeluh..

Memandu ke pejabat, 1 jam tu macam-macam perasaan ada.
Mengantuk tu tak payah cerita la.
Memang 'layan' je drive.
Lampu memang kena sentiasa nyala.
Perhatian tu 200%.
Jalan licin, pemandangan terhad.
Tu yang badan jadi bertambah letih.
Ingat memandu tak letih ke?
Jangan main-main...fokus lebih tu yang buat mata mengantuk.





Rumah Acik ni, asal hujan je, penuh la rumah.
Segala jenis besen keluar.
Daripada anak besen sampailah ke bapak besen.
Beratur sepanjang jalan.

Ruang tamu pulak penuh dengan pakaian.
Nak sidai kat luar, alamat tak kering la.
Jadi sidai dalam rumah je.
Tak nak hapak?? Guna jenama 'Haiyaaa...'..
(Tetiba terbaik hati nak promote)




Jadi, bila dah hujan ni, cuti banyak mana pun, tak guna jugak.
Tak boleh nak ke mana.
Nak keluar Kelantan, takut keluar boleh,
nak masuk Kota Bharu semula tak lepas.

Pergi kerja balik kerja la nampaknya.
Sepanjang perjalanan Acik ke pejabat,
memang tak de langsung tempat yang dinaiki air.
Kalau ada tempat naik air, ada can jugak la
kerja dekat-dekat dengan rumah.
Lapor diri di sekolah yang berdekatan dengan rumah.







Oklah...berhenti la membebel Acik Watie oii...
Tak reti berhenti pulak macam hujan ni.
Jangan main hujan...nanti demam.
Jangan berendam dalam banjir...nanti hanyut.

Kepada blogger-blogger yang bekerja sebagai guru,
SELAMAT BERCUTI YE..

SEKIAN...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...