Tuesday, 30 September 2014

ProjEk MakAN TaHuN Ni.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Acik terpikir nak buat something.





In Shaa Allah...
Nantikan kemunculannya..

Sunday, 28 September 2014

Patut Beri Anak-anak Tengok...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni, Acik nak cerita mengenai
cerita yang paling Acik suka..
Cerita yang Acik akan menangis tiap kali Acik tengok.

Tapi bila dah banyak kali tengok,
Acik dah boleh lari daripada
tengok part yang menyentuh hati tu.


Sinopsis sikit-sikit la ye..
Sebabnya Acik paham-paham camtu je.
DVD yang Acik beli tu tak ada subtitle BM.
So Acik buat-buat paham je la.
(Tapi kalau paham English tu, mesti lagi seronok,kan?)

Cerita ni adalah kisah benar..
Kisah tentang seorang lelaki kulit hitam
yang ingin sangat berada dalam team Penyelam Tentera Laut.

Terlalu banyak borang yang dia dah hantar,
akhirnya dia diterima masuk.
Dia dibuli oleh orang-orang kulit putih..
Fuhh..kuatnya semangat dia.
Kuat juga mentalnya menghadapi ujian itu.




Waktu ujian dalam laut, kawan kulit putih dia tersepit
dalam kapal karam..
Orang kulit putih yang lain tak nak tolong pun kawan
yang tersepit tu.
Dia ni turun ke bawah...bantu lepaskan kawannya yang tersepit tu.
Esoknya, pada perhimpunan harian,
orang lain pula yang terima pingat keberanian 
kerana bantu kawan yang tersepit tadi.
Bukan dia.
Sakit hati tak??
Sakit hati,kan!!










Ada satu lagi..

Masa ujian menyelam, kawan-kawan dia bocorkan 
beg yang berisi skru dan peralatan kecil-kecil
dan campakkan ke dalam air, tempat dia tunggu untuk 
pasang paip. Berjam-jam dia dalam air, kutip
setiap skru, dan akhirnya siap juga paip tu.
Part ni memang Acik nangis.
Giler tak nangis...menggigil-gigil dia.
Orang lain dah naik atas darat siang lagi..
dia dah malam baru dapat naik..
Dengan tak makannya, dengan sejuknya,
dengan gelapnya meraba cari skru dalam air.
Memang hebat la semangat Carl ni..




Walaupun ia cerita motivasi daripada barat,
tapi semangat dalam cerita ni boleh dijadikan panduan,
boleh dijadikan contoh.


Memang touching cerita ni.
Tengoklah..sesuai untuk seisi keluarga.
Hari minggu boleh pasang.


Acik punya DVD dah rosak..
Nak juga cari di kedai DVD..
Simpanan untuk motivasi diri ketika diri rasa 'down'.


Kalau ada yang jumpa DVD ni, belikan untuk Acik sekali ye.

SELESAI..

PReLovED GivEAwAy By aNNuR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Acik telah di tag oleh 2 orang adik-adik 
(sorang ni memang confirm adik,
yang sorang lagi tak tahu adik ke kakak)
iaitu

Jadi senang sikit nak melunaskan kerja.



Klik di sini tau!!

Syarat-syarat boleh baca di sana.
Hadiah pun boleh lihat di sana.
Banyak...

Tengok phone yang nak diberi tu,
teringat pulak phone anak-anak Acik
yang dicuri masa rumah Acik dipecah masuk hari tu.
Kaler yang sama, model yang sama.

Add Facebook Acik ye >>
LINK AKAN DIBERI MALAM NANTI.
LINE TAK BOLEH LINK.

Acik nak tag >>
Cik Pin
Rosmiza Ali
Siti Zawiah
Nur
Wawa
Mirza Syazwina

Cukup tak tu? Cukup la..
Ada banyak lagi GA yang nak kena tag pasni.

GOOD LUCK TO ME!!




Buat Yang Mana Dulu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selalunya, bila korang buka blog, apa yang korang buat dulu??

1. Buka entri terbaru di bloglist.
2. Membalas komen di entri sendiri.
3. Join segala segmen / Giveaway / Blogwalking terbaru.
4. Tulis entri terbaru di blog sendiri.
5. Menulis komen di blog orang lain.
6. Melihat-lihat blog orang tanpa komen.
7. Baca tajuk dan cari point-point menarik,
pastu skroll sampai bawah, kemudian klik iklan.

INI YANG ACIK LAKUKAN SETIAP KALI
ACIK BUKA BLOG ACIK.

Pertamanya, Acik akan buka Gmail Acik, 
pastu Acik buka 'dashboard' Acik.
Kemudian, Acik akan tulis apa sahaja yang
terlintas di fikiran Acik.

Sebolehnya Acik elakkan membaca entri orang lain,
sebelum Acik menulis kerana
Acik takut terbawa-bawa gaya penyampaian
orang dalam blog sendiri.


Kalau terlalu banyak idea atau cerita yang Acik nak ceritakan,
selalunya Acik akan simpan dalam 'draft'
supaya senang Acik postkan ketika idea tiada.



Dah menulis, Acik akan pastikan Acik menjawab segala
komen dari rakan-rakan Acik..Biasanya Acik
tengok daripada Gmail..
Kalau Acik tak jawab tu, biasanya Acik terlepas pandang
ataupun komen tu dah lama berlalu.
Jadi Acik jawab je la yang bawah-bawah tu.
Maafkan Acik jika ada antara korang, Acik tak jawab teguran.


Kemudian, kalau ada masa, Acik akan join segala Segmen /
Giveaway / Blogwalking yang rakan-rakan anjurkan.
Biasanya Acik akan bagi komitmen yang tinggi
dalam sesuatu 'projek' yang korang buat tu.
Bukan sekadar join, pastu biarkan orang cari Acik.
No...itu bukan Acik.

Acik join blog ni sebab nak cari kawan.
Bukan nak mendabik dada,
"aku bagus..sebab itu orang cari aku"
"kawan-kawan aku mesti yang dah ada nama"
Acik nak support korang yang baru macam Acik ni.

Kadang-kadang Acik 'bookmark'kan dulu,
'projek-projek' tu..
Kadang-kadang terpaksa simpan dulu,
kalau ada syarat yang meng'had'kan penyertaan
seperti perlu tag orang, perlu LIKE banyak-banyak..
Biasanya Acik akan publish bila ada masa free
dan Acik online guna laptop / komputer.
Leka tau kalau kita layan benda-benda camni.
Tu sebab ada yang ambil jalan mudah,
publish pastu biarkan..



Bila dah betul-betul free, Acik akan buka setiap blog di bloglist Acik.
Pada blog-blog yang asyik bertukar tajuk, Acik akan singgah.
Biasanya Acik baca dulu pastu keluar...
(dengan harapan, akan datang balik untuk komen)
tengok blog yang lain pulak.
Tapi sebelum keluar, klik sekali dua..
Takut tak terkomen nanti.

Sebab apa pula jadi camtu?
Nampak macam tak ada kerja lain pulak.
Dah baca, komen kemudian.
Sebabnya, Acik nak bagi kawan-kawan Acik komen dulu.
Biar Acik duduk di bawah.


WHAT NOT TO DO!!

1. Tiru idea orang.
2. Tiru cara penyampaian orang.
3. Join macam-macam tapi senyap sunyi..
Kalau tak sempat, tak payah join.
Ini tidak, kesian kat orang yang BW blog awak.
4.Jadi diri sendiri. 

SEKIAN PERKONGSIAN ACIK

Saturday, 27 September 2014

SEGMEN : Kapas Putih Oktober Bloglist

SEGMEN: Kapas Putih October Bloglist


Jom join ramai-ramai

PaRiS SouVeNiRs GivEAwAy By JINDRISSKA!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Acik telah ditag.
Maka untuk tidak menghampakan 'peminat' Acik ni
(Kak Suhailah), Acik join GA ini.



Expired Date : 28.10.2014 (11.59 mlm)

Acik tak suka copy sebenarnya,
sebab nanti entri Acik jadi tak cantik.
Tapi sebab entri ni minta copy, terpaksa la copy.
Saya Yang Menurut Perintah.

Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!

Nak Tag >>  MamaMyjaWawa Tokey ShakleeN Cik Putih

SELESAI


Handbeg Kita Boleh Basuh

Mula beli tahun 2010...sampai sekarang pakai..
yang bestnya boleh basuh..


Dengan anak sulung dan anak bongsu
kat Teluk Chempedak, Kuantan.
Balik kerja terus singgah situ.
(Masa ni tinggal kat Kemaman, boleh la pegi camtu je)




Ini di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Dari tepi pantai, memang dah tak boleh nampak pantai
sebab mereka dah tambak dengan batu-batu besar ni.
Hakisan terlampau teruk.




Dah kotor, boleh basuh..
Acik bukannya ladies sangat..
Berhandbag, berkasut tumit tinggi..
Jadi..jangan paksa Acik jadi orang lain..




Walaupun kadang-kadang nampak tak sesuai,
pergi kerja pakai beg ni, 
pergi kursus pakai beg ni,
pedulik apa..asalkan selesa..

In Shaa Allah..satu hari Acik akan 'ladies' juga.
Doakan dan nantikan ye..


Alhamdulillah...bukan rambang mata sangat kat handbag dengan kasut.
Jimat duit..
Belanja pada mana-mana yang patut je.
Mungkin sedar diri sebab anak ramai..

LIEBSTER AWARD #12 BY YATIE FIZZY

Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Pencalonan yang ke-12 ni Acik terima daripada Yatie Fizzy

Acik jawab soalan je ye.. Kesian tengok kawan-kawan lain
tak cukup tangan nak jawab soalan dari pencalonan lain.
Bukan tak ada kawan, bukan tak ada soalan.

SOALANNYA :

1. Adakah anda seorang yang peramah?
Ye..malah terlebih peramah.

2. Tinggal kat mana, best tak area tu?
Kota Bharu, Kelantan..best la...duduk bandar.

3. Warna kesukaan ?
Hijau, Biru, Kuning.

4. Pernah pergi Krabi tak?
Tak pernah..Malaysia pun tak habis lagi.

5. Bila kali terakhir anda tengok wayang & di mana?
Tahun 2010 kat Jusco Seremban 2.

6. Perkara yang paling membanggakan yang 
pernah anda capai melalui blog anda?
Ada ramai kawan baru..

7. Siapa di hati anda & kenapa dia istimewa pada anda?
Mama Acik la..istimewanya sebab dia Ibu kita.

8. Senaraikan 5 perkara yang anda benci?
Tak terlintas pun sebab perkara yang dibenci tu
tak terjadi lagi masa entri ni ditulis.

9.  Suka filem hindustan & siapa 5 artis yang diminati?
Dulu suka la..masa zaman Shah Rukh Khan..sekarang kureng..
SRK, Aamir Khan, Kajol, Aishwarya Rai &
Rani Mukerjee (macam salah eja je)

10. Apa pendapat anda tentang entri-entri I?
Entri simple...sesuai dengan U kot..

11. Rasa-rasa, I ni comel tak?
Tengok pada gambar, MACAM COMEL JE..

SELESAI



Kenapa Minat Beto?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kembalinya Acik semula untuk menulis..
setelah beberapa hari merantau tengok tempat orang.

Sambil-sambil memandu,
macam-macam pikir.
Nak tulis apa, nak highlightkan tajuk apa.

Takkan 2-3 hari ni nak upkan cerita makan angin je.
Hari ni tukar cerita lain dulu ye.

Nak cerita pasal kawan baik tang kecik..
Eh, kawan baik ke??
Acik kenal dia ni di PULAPOL Air Hitam..
(dulu dikenali sebagai PULAPAH - Pusat Latihan Polis Air Hitam)

Masa tinggal di PULAPAH ni,
kami ni dah macam 1 keluarga besar..
Tengok muka bapak, kita boleh ingat
siapa mak dia, siapa abang, kakak, adik dia.
Sampai boleh kenal sedara-mara dia.
Bila semua dah besar ni, 
masa nak flash-back la yang paling best.

Ijat ni kawan sekelas Acik.
Tak de kelas lain dah,,
Dari darjah 1 sampai darjah 6,
semuanya 1 kelas.
Maklumlah...kawasan polis.
Mana ada orang luar sekolah kat situ.

Kelas kami masa tu ada 14 orang je..
Lelaki tu ada la dalam 6-7 orang (malas nak kira).
Ijat ni yang Acik tengok paling cool..
Tak pernah dengar lagi dia tinggikan suara.
(Mungkin jugak nak tunjuk macho kat Acik kot)
Ada jugak la yang marah Acik ni kang,
upload gambar si Ijat ni.



Sori la Jat..aku nak bagitahu aku suka tengok Beto sebab apa.
Bukan nak highlight kau sangat pun..
Lagi satu sebab nak bagi saham kau naik..
hahahha...ampun..ampun!!


Dear Ijat>>
Bila tengok Beto dan isterinya,
baru aku faham.. 


SEKIAN...





Thursday, 25 September 2014

Jalan-jalan Habiskan Gaji...

On the way ke Kemaman..
singgah bermalam di sini dulu, Kuala Terengganu..
Badan dah tak kuat macam dulu. 
Tekak dah perit..macam nak demam..
gagahkan jugak drive ke Kemaman esok
















Si Waie ni sibuk dengan belon.



Tengok tu..belon..



Sambil jalan pun, belon..







Jom selfie..

















Siapa-siapa ada kasut yang tak pakai, 
boleh 'tepek'kan kat sini.





Kalau you alls dah sampai Kuala Terengganu, singgah la sini.
Walaupun kat negeri lain pun ada jugak Kampung Cina
dan lukisan-lukisan camni, at least support mereka.

Bukan jauh pun...alang-alang korang bershopping sakan
kat Pasar Payang, Kuala Terengganu tu, jalan kaki je ke sini.
Betul-betul sebelah pasar payang..

*PERASAN DUTA KUALA TERENGGANU 

#via bloggeriod

Ada Jugak Bagusnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambil-sambil tunggu anak bongsu ni, Si Waie tido
dalam buaian kesayangan dia ni,
Acik pun dok godek-godek blog kawan-kawan.
Komen-komen, join tu, join ni..
klik tabung, klik link member baru.
Kaji itu, kaji ini.

Satu yang Acik perasan,
kalau kita komen di blog tu 
akan keluar bila dah dapat kelulusan,
ialah kita tak tahu siapa yang dah komen.
Jadi kita komen je la..
Bila dikeluarkan, baru kita perasan
yang ramai dah komen.
Kita ingatkan kitalah yang pertama,
ataupun "eh, tak ada orang komen?"
Camtu la lebih kurang.




Lagi satu yang Acik perasan, 
ada dikalangan member Acik,
tak akan komen kalau Acik dah komen.
Alahai..boleh pulak camtu.
Tak dapat hadiah pun kalau jadi pengomen top 3.
Tu sebab Acik lebih suka baca dulu.
Pastu datang balik untuk komen.
Kalau tak ada apa nak komen,
Acik klik je iklan yang ada.

Yang tak bagusnya bab komen disorokkan dulu ni,
ialah...komen yang sama,
akan keluar sampai 2 3 kali.
Mana tak sampai 2 3 kalinya..
klik sekali, pastu tengok, tak keluar..
tulis lagi..hantar lagi.


SELESAI


Wednesday, 24 September 2014

GiveAway Santai Bersama AzwaR, HuDa dan MamaNiza

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni Acik baru teringat nak join GA ni.
Dah lama dah nak join.
Masa mula-mula GA ni dilancarkan,
tapi Acik nak beri laluan kepada rakan-rakan blogger yang lain.

Lepas beberapa hari Acik beri can pada orang lain,
maka hari ni Acik pun join la GA ni.
Nasib baik teringat..
Kalau tak, melopong la tengok orang dapat hadiah.




GA ni adalah gabungan 3 blogger.

Jadi kalau nak join, KLIK DI SINI

GiveAway ni bakal berakhir pada 30.09.2014 jam 8 malam.


Jawab 2 soalan dan 1 slogan

1. Apa pendapat anda atau berikan sedikit komen tentang 
blog Huda dan Azwar Syuhada?
Pendapat Acik, kedua-dua blog simple, kaler pink 
dan menampakkan personaliti mereka.

2. Apa yang korang dapat dengan ber-blogging ni?
Dan apa faedahnya? 
Dapat ramai kawan..boleh kenal-kenal.

3. Lengkapkan slogan ini (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Blog Mamaniza menjadi menjadi pilihan saya kerana Mamaniza ada
auranya tersendiri..walaupun adakalanya kata-katanya pedas (bagi yang terasa la),
ia boleh dijadikan panduan dan landasan kepada blogger lain 
untuk terus menulis blog.
Teruskan usaha mama..

SELESAI



KHAMIS NI KELATE CUTI!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dengan ini dimaklumkan bahawa pada
25.09.2014 (Khamis) ini,
Negeri Kelantan diisytiharkan cuti am
sempena pilihanraya di Pengkalan Kubor




Jadi kebetulan pada hari tersebut,
gaji pekerja gomen semua akan keluar pada hari itu,
maka Kota Bharu dijangka akan mengalami kesesakan yang luar biasa.

Pada sesiapa yang berhajat nak memenuhkan bandaraya Kota Bharu ni,
adalah dialu-alukan menggunakan pengangkutan
Motosikal ataupun bas.

Tuesday, 23 September 2014

FIRST SEGMEN : Jom Tambah Kawan ! by Lieya Yaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom kita tambah kawan..
Bukan setakat tambah kawan je 
tapi terus menjalinkan persahabatan.



Add Acik di link-link kat bawah ni ye..



Segmen akan berlangsung sebulan :
21.09.2014 - 21.10.2014 (6 petang)

JOM PAKAT-PAKAT TAMBAH KAWAN.

Acik Tag

Siti Nurzafirah

Wawa


Hadiah Dah Sampey..

Pagi tadi, sampai pejabat, ada surat atas meja..buka tgk..hadiah goodies bag dari mamaniza






terima kasih mama..
*percubaan update blog guna bloggeroid.balik nnt nk tgk camne rupanya entry ni.babai...

SILA KENALPASTI FAKTA KEJADIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Misi bantuan ke-2 selepas bantuan ini

Jika anda berada dalam situasi pergaduhan dengan pasangan anda,
sila pastikan perkara-perkara tersebut :

1. Bila sesuatu kejadian itu berlaku, pastikan anda
tengok jam dan ingat pukul berapa kejadian itu berlaku.
Lihat sekeliling, kita berada di mana,
siapa yang boleh dijadikan saksi.
Selalunya kita jarang ambil tahu pasal ni,
sebab kita dalam keadaan marah.
Jadi jika anda ditampar, ditendang, atau sebagainya,
pastikan anda ingat tarikh, masa dan tempat.
Sedetail mungkin.

2. Simpan bukti. (Muka / mata bengkak - jangan tuam, 
Bibir koyak - jangan letak ubat)



3. Ingat jalan cerita kejadian. Jangan mengubah fakta
atau cerita kerana ia akan menjerat anda kembali.

4. Cari jalan untuk buat laporan di Balai Polis berhampiran.
Selalunya polis akan dengar dulu cerita kita,
pastu mereka akan olah ayat mereka ke dalam laporan mereka.
Sebelum tandatangan, sila baca semula apa yang polis tu tulis.
Kadang-kadang, kita cerita lain, dia tulis lain.

5. Dah selesai buat laporan, minta salinan laporan untuk back-up.

6. Lepas buat laporan (ambil gambar dan sebagainya),
ambil surat refer hospital dari Balai Polis.
Terus ke Hospital untuk laporan hospital pula.
Jangan lengah-lengahkan masa kerana bukti akan
berkurangan. 




p/s : Elakkan bertengkar depan anak-anak, apatah lagi 
menggunakan kekerasan kerana anak-anak akan merekod apa
yang mereka lihat. Elakkan juga menggunakan bahasa-bahasa
yang tidak elok.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


GiveAway : Blogger 1 Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Tarikh : 27 Ogos 2014 - 27 September 2014

Acik Blogger 


Kenapa jadi blogger?

Sebab nak carik kawan ramai-ramai.

Nak tag :


Simple GiveAway & Blogwalking By Yana Pink Blossom




Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)



LIEBSTER AWARD #11 BY DEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini adalah kali ke-11 Acik terima pencalonan
LIEBSTER AWARD ni dari rakan-rakan blog.
Terima kasih....
Korang memang awesome-lah!!

Terima kasih pada Kak Dee kita ni
kerana sudi tag Acik.
Jom kita berkenalan dengan KAK DEE

 


Masih lagi dalam dilemma yang sama...
Nak tag rakan-rakan yang lain
ataupun tidak.
Sebabnya majoriti rakan-rakan Acik telah ditag.
Acik nampak kesibukkan mereka
dalam menjawab soalan-soalan yang diutarakan.

Acik nak jugak merasa bagi soalan,
tapi tak apa,la...Acik slow-downkan dulu
award ni demi rakan-rakan blogger yang lain.

ACIK JAWAB SOALAN YANG DIBERI YE :

1. Nama panggilan manja dan kenapa dipanggil begitu ?
KAK YANG sebab anak sulung.
Kakak Sayang

2. Tinggal kat ner?
Kota Bharu Kelantan Darul Naim.

3. Aktiviti paling giler yang pernah dibuat?
Bawak kereta laju berseorangan dan masih memandu
di atas jalan raya jam 1-5 pagi.
Boleh buat? Kalau tak boleh buat, kira giler la ni

4. Dah berapa lama berblogging?
Baru beberapa bulan je.

5. Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan?
Lebih kurang di atas. (Rujuk jawapan no.3)

6. Kalau diberi peluang untuk melancong, kat mana dan kenapa?
Dalam Malaysia je sebab tak tahu berbahasa Inggeris

7. Aktiviti sukan yang suka buat / join?
Hampir semua : Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton,
Sukan lasak

8. Pelakon yang paling nak jumpa sangat?
Beto Qusyairi

9. Kalau di beri pilihan, nak jadi apa?
Baker Homemade yang berjaya.

10. Harapan sebagai blogger?
Harapan : semoga cita-cita nak berkongsi pengalaman hidup
berjaya dan ada yang jadikan pengalaman Acik
sebagai panduan mereka.

11.Apa pendapat tentang blog?
Simple, cepat loading..

SELESAI..



     

SEGMEN WALKING WITH USRAH

Assalamualiakum dan salam sejahtera,

Pertamanya, terima kasih kepada owner segmen ni kerana sudi
men'tag' Acik untuk turut serta berkongsi
pengalaman hidup sepanjang bergelar umat Muhammad.

http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/segmen-walking-with-usrah.html


Di sini, Acik nak berkongsi pengalaman.
Harapnya beri pengajaran dan panduan untuk semua yang lain.

SEMBAHYANG TIANG AGAMA

Memang sangat benarlah, sembahyang itu tiang agama.
Perkara utama dalam hidup ni ialah sembahyang.
Kalau sembahyang tak kukuh, bagaimana yang lainnya nak stabil?

Acik dah pernah kongsikan pengalaman Acik di sini.
Biar Acik terangkan sikit.
Dulu memang Acik tidak jaga sembahyang.
Sibuk menguruskan rumah tangga,
sampaikan nak sembahyang pun tak sempat.
Dalam hati nak sangat sembahyang,
tapi Acik selalu sangat gunakan alasan,
"Ah, suami aku pun tak nak sembahyang".
Kadang-kadang 
"Aku nak sembahyang tapi suami tak nak tolong langsung
jagakan anak-anak time aku sembahyang"

Macam-macam alasan Acik gunakan,
tapi percayalah, Allah itu Adil.
Apa yang Acik berikan kepada Allah,
itu yang Acik dapat balik.
Apa yang Acik jaga selama itu,
tidak kekal.

Aturan hidup telah tertulis.
Sekuat mana kita menjaga perhubungan dengan manusia,
ia takkan menjadi jika kita 
TIDAK MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Allah tidak kejam.
Kita yang tidak bersyukur dengan apa yang Dia beri.

Terima kasih Allah kerana Engkau telah
jauhkan aku dari kelalaian.
Niat untuk sembahyang tetap ada.

Kali ini Dia duga pula dengan kehidupan bersendirian
membesarkan anak-anak kecil 3 orang ni.
Sudah mula sembahyang, cuma masih tak cukup 5 waktu.
Nampak sedikit perubahan.
Anak-anak makin pandai berdikari.
Tabahnya hati mereka melihat orang lain 
ada keluarga yang lengkap.
Tiap-tiap hari ke sekolah,
hanya bersalam dengan ibu.

Allah...Cantiknya pemberian Engkau padaku...
Apa yang Acik beri, itu yang Allah pulangkan.

Along, Angah, Intan..
Alhamdulillah..terang hati.
Budi bahasa baik.
Tutur bahasa masih lagi boleh dikawal.
Mungkin juga sebab Acik selalu
ingatkan mereka tentang kehidupan mereka
yang tidak sempurna, kehidupan mereka sebagai adik-beradik.

Kali kedua cabaran hidup bermula lagi,
berumahtangga dengan orang yang kita cintai
dan menyintai kita.
Sekali lagi Acik gagal untuk bertahan
dalam memperkukuhkan sembahyang.
Kami sembahyang sekali sekala.

Dengan 'sekali-sekala' itu lah,
maka 'sekali-sekala' juga kami berpisah.
2 kali kami berpisah..
akhirnya kami ambil jalan untuk berpisah selamanya.

Alhamdulillah, setelah Acik berpisah buat kali kedua,
Acik dapat tukar balik ke kampung,
tinggal dengan mama,
kerana Acik telah berniat
jika Allah benarkan Acik untuk tinggal di kampung,
In Shaa Allah, Acik akan kerjakan SEMBAHYANG sepenuhnya.

Alhamdulillah...doa Acik diterima.
Akhirnya Acik dapat juga tunaikan perintah Allah yang paling utama ini.
Doa Acik, terangkanlah hati bekas-bekas suami Acik,
untuk sama-sama menjaga SEMBAHYANG mereka
kerana Allah akan beri kehidupan yang lebih baik.

Jika mereka rasa kehidupan mereka sudah baik sekarang,
mereka perlu ketenteraman hati.
In Shaa Allah, Allah akan beri lebih baik dari sekarang

Pengalaman Acik yang lain :


Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,
IN SHAA ALLAH....






Monday, 22 September 2014

Apa pasal tak boleh pulak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertama kali Acik berpindah ke Terengganu,
seronok ada, sedih pun ada.
Apa tidaknya..30 tahun lebih Acik di Negeri Sembilan.

Dapat meja baru, Acik hias cantik-cantik.
Beli kain nak buat alas meja..
Gabungan warna Hijau Pucuk Pisang dan Pink..
Cantik,kan??
Dah siap jahit, Acik pasang kat meja.
Dah siap pasang, ramai la yang tegur.
Kenapa guna warna hijau (***) ni?
Eh, bukan hijau *** la..
Itu hijau lain.


Begitu juga halnya kalau kita berpakaian 
warna hijau ni masa bekerja..
Ada je yang tegur..
"Amboi...hijaunya..."

Kertas pelekat fail, tak boleh warna hijau.
Langsir tak boleh warna hijau.
Cat dinding tak boleh warna hijau.
Apa pasal tak boleh pulak??

Menyampah betul la dengan mereka ni.
Jangan kaitkan fahaman politik la.
Tak suka..

Tak semestinya orang suka warna hijau tu 
sokong ***
dan tak semestinya yang tak suka warna hijau tu
sokong **

#katademokrasi

Sunday, 21 September 2014

Dari Nama Dah Tahu Group Mana

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nama Acik ada 13 huruf..
Jap-jap..nak kira balik.
Haa...betul..ada 13 huruf.
Maka, macam-macam la orang boleh panggil Acik.



Kalau kat rumah, nama panggilan KAK YANG.
Jiran-jiran atau geng-geng masa kat PULAPAH dulu
panggil 'Ayang'.
Suami panggil 'Ayang' pun dah tak rasa apa.
Rasa macam biasa je.
Tak feel romantik langsung.
Panggil la Darling ke, Anje ke..


Kawan-kawan kat sekolah rendah
panggil Nor.


Masuk sekolah menengah di SMKA SHAMS, Seremban,
orang still panggil Nor.


Form 4 pindah SMK Batu Kikir,
orang panggil Ideq.
Sebab nama Nor dah ramai sangat.
Diaorang panggil Ida, Acik buat dek je,
jadi diaorang ubah panggil Ideq.




Masuk alam kerja 
di Negeri Sembilan..orang panggil Watie.
Pindah Terengganu orang panggil Ti.
Last di Kelantan ni pun orang panggil Ti.


Ada sorang je Cikgu Baking Acik panggil Acik, Hidayah.
Memang tak ada orang lain.
Dia je la..


Sampaikan Acik terpaksa tanya ;
"Awak panggil saya apa?"
semata-mata nak tahu kenal di mana.


Papa, Mama & adik-adik semua boleh cam,
kalau ada yang call nak cakap dengan Ideq,
itu geng-geng dari Batu Kikir.


Kalau nak cakap dengan Nor, itu geng-geng sekolah agama
atau sekolah rendah.


Kalau panggil Ayang, mereka kenal semua orang yang
panggil Acik Ayang.


Dan yang terbaru...kalau ada yang panggil Acik
masa Acik tengah jalan-jalan,
Acik tahu yang itu kawan-kawan blogger Acik..
Hehehe..


Acik mencipta group Acik sendiri..
BEST!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...