Thursday, 4 September 2014

BERUBAHLAH..

Menjadi ibu dan ayah dalam satu masa adalah 
satu cabaran yang sangat hebat.
Tiada orang yang dapat merasai perasaan ini
waima keluarga kita sendiri,
yang melihat jatuh bangun kita.

Keluarga hanya 'back-up'.
Andai kita tidak mampu bangun,
mereka hanyalah tempat untuk kita berpaut.
Untuk kita berdiri semula.

Allah tidak menguji hambaNya dengan dugaan
yang tidak mampu kita dihadapi.
Allah minta kita mencari jalan
untuk menyelesaikan dugaan itu.
Allah sudah beri pilihan.
Samada kita nampak atau tidak,
nak ikut jalan itu atau tidak.

"Dulu memang aku sangat mengagungkan ayat,
'saya sangat bahagia'
'saya serah segalanya untuk dia'
tanpa aku selitkan walau sedikit ingatan kepada Allah,
Yang Memberi aku kebahagiaan itu.
kalaupun ada, hanya untuk orang lain dengar.
'Alhamdulillah..keluarga saya tiada masalah'
Tanpa aku sedar, walau kita terlintas sedikit pun
riak bahagia itu, berdosa.

Aku terlalu sibuk dengan kebahagiaan itu.
Sibuk dengan suami,
sibuk melayan anak,
masa itu aku rasakan sangat 'ketat'.
Tak sempat pun nak tunaikan kewajipan kepadaNya.
Umpama nak ucap Alhamdulillah pun tak sempat.


Alhamdulillah..dengan niat dan semangat yang aku pasang
ketika aku bersendirian selama ini,
Allah sudah tunjukkan jalan yang sepatutnya aku lakukan
ketika masih muda dulu.

Sembahyanglah..
Biar sesibuk mana pun kita dengan kerja-kerja harian,
selambat mana pun kita dengan temujanji,
Sembahyanglah..
Ingatlah..bahagia kita, Allah yang beri.
Balaslah pemberian Allah dengan tunaikan apa yang Allah minta.

Sebagaimana kita mahu anak kita balas jasa kita,
dengan memberikan kejayaan.
Kalau kita nak anak kita membalas jasa,
kenapa tidak kita?

Allah memberi kita segalanya tanpa kita minta.
Kita tak perlu minta Allah beri kita nyawa setiap hari,
setiap kali kita tidur.
Begitulah dengan yang lain.
Rezeki, keselamatan, kebahagiaan.
Semuanya Allah beri tanpa kita minta.

Kalau ada anak kecil, mintalah suami atau isteri jaga anak bergilir-gilir.
Utamakan sembahyang.
Jangan tak sembahyang langsung
atas alasan anak-anak kecil lagi.
Tak ada orang nak jaga

Seawal mana kita tunaikan sembahyang,
seawal itu juga la Allah akan tunaikan permintaan kita.

Sebaik mana kita jaga sembahyang kita,
Sebaik itu juga la Allah akan jaga kita.

Insya Allah..




9 comments:

  1. Mohon Copy Paste.. nak tambal kat blog. nanti saya kredit kan nama awk skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah..ini pengalaman saya..perasaan malu dengan kawan-kawan pasti ada tapi untuk jadikan pengajaran pada rang lain untuk sama berubah, Acik relakan. Semoga kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Follow la blg Acik ni kerana banyak sangat pengalaman yang Acik akan kongsi biarpun membuka pekung Acik sendiri.

      Delete
  2. Btol sangat tu acik.thanks for sharing acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nak ulang balik ke zaman anak-anak kecil kerana waktu itu Acik rasakan bahawa bila kita ada keluarga yang sempurna maka anak-anak pun akan sama sempurna..tapi perancangan Allah sangat baik. Dia beri Acik pengajaran atas kelalaian Acik selama ini.

      Delete
  3. Moga acik terus kuat menempuh kehidupan :)
    Nice ayat acik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa Acik selama ini. Acik telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu orang lain tapi Acik memang tak mampu bantu dari segi pengucapan. Acik cukup kalah bila diminta bercakap..Hanya ini saja yang mampu Acik buat.

      Delete
  4. semoga tabah menjalani kehidupan.. solat itu tiang.. kalau tiang pun rongak... runtuhlah rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiang ni la orang susah nak jaga..TQ mama

      Delete
  5. Thnks for sharing ....moga jadi pedoman buat semua.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...