Sunday, 28 September 2014

Buat Yang Mana Dulu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selalunya, bila korang buka blog, apa yang korang buat dulu??

1. Buka entri terbaru di bloglist.
2. Membalas komen di entri sendiri.
3. Join segala segmen / Giveaway / Blogwalking terbaru.
4. Tulis entri terbaru di blog sendiri.
5. Menulis komen di blog orang lain.
6. Melihat-lihat blog orang tanpa komen.
7. Baca tajuk dan cari point-point menarik,
pastu skroll sampai bawah, kemudian klik iklan.

INI YANG ACIK LAKUKAN SETIAP KALI
ACIK BUKA BLOG ACIK.

Pertamanya, Acik akan buka Gmail Acik, 
pastu Acik buka 'dashboard' Acik.
Kemudian, Acik akan tulis apa sahaja yang
terlintas di fikiran Acik.

Sebolehnya Acik elakkan membaca entri orang lain,
sebelum Acik menulis kerana
Acik takut terbawa-bawa gaya penyampaian
orang dalam blog sendiri.


Kalau terlalu banyak idea atau cerita yang Acik nak ceritakan,
selalunya Acik akan simpan dalam 'draft'
supaya senang Acik postkan ketika idea tiada.



Dah menulis, Acik akan pastikan Acik menjawab segala
komen dari rakan-rakan Acik..Biasanya Acik
tengok daripada Gmail..
Kalau Acik tak jawab tu, biasanya Acik terlepas pandang
ataupun komen tu dah lama berlalu.
Jadi Acik jawab je la yang bawah-bawah tu.
Maafkan Acik jika ada antara korang, Acik tak jawab teguran.


Kemudian, kalau ada masa, Acik akan join segala Segmen /
Giveaway / Blogwalking yang rakan-rakan anjurkan.
Biasanya Acik akan bagi komitmen yang tinggi
dalam sesuatu 'projek' yang korang buat tu.
Bukan sekadar join, pastu biarkan orang cari Acik.
No...itu bukan Acik.

Acik join blog ni sebab nak cari kawan.
Bukan nak mendabik dada,
"aku bagus..sebab itu orang cari aku"
"kawan-kawan aku mesti yang dah ada nama"
Acik nak support korang yang baru macam Acik ni.

Kadang-kadang Acik 'bookmark'kan dulu,
'projek-projek' tu..
Kadang-kadang terpaksa simpan dulu,
kalau ada syarat yang meng'had'kan penyertaan
seperti perlu tag orang, perlu LIKE banyak-banyak..
Biasanya Acik akan publish bila ada masa free
dan Acik online guna laptop / komputer.
Leka tau kalau kita layan benda-benda camni.
Tu sebab ada yang ambil jalan mudah,
publish pastu biarkan..



Bila dah betul-betul free, Acik akan buka setiap blog di bloglist Acik.
Pada blog-blog yang asyik bertukar tajuk, Acik akan singgah.
Biasanya Acik baca dulu pastu keluar...
(dengan harapan, akan datang balik untuk komen)
tengok blog yang lain pulak.
Tapi sebelum keluar, klik sekali dua..
Takut tak terkomen nanti.

Sebab apa pula jadi camtu?
Nampak macam tak ada kerja lain pulak.
Dah baca, komen kemudian.
Sebabnya, Acik nak bagi kawan-kawan Acik komen dulu.
Biar Acik duduk di bawah.


WHAT NOT TO DO!!

1. Tiru idea orang.
2. Tiru cara penyampaian orang.
3. Join macam-macam tapi senyap sunyi..
Kalau tak sempat, tak payah join.
Ini tidak, kesian kat orang yang BW blog awak.
4.Jadi diri sendiri. 

SEKIAN PERKONGSIAN ACIK

19 comments:

  1. Saya sekarang ni terlalu bergantung dgn Google+ sebelum start enjin blogwalking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni boleh belajar gantung kat tempat lain pula..

      Delete
  2. kite selalu nya akan buka dashboard > tengok entry orang
    Lepas tu kalau rajin bls komen orang
    Lepas tu.......... HAHA okay annoying.
    Bubye Acik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus...lepas tu, kita buat ini pulak..bubyee..

      Delete
  3. heee same lahh acik...
    kalau nk join segmen2 tu mesti simpan dulu dlm draft
    kene cari masa free yang panjang untuk BW..
    tapi kalau buka2 dashboard terus pergi kt enrty bloglist
    bace and komen.
    BAru sebulan aktif dlm dunia blog ni
    Rase seronok pulak layan dari dok layan fesbuk tuu...
    amboii sori lah acik terpanjng lebar pulak mengomen nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik ayu tertag acik la
      http://hidayuayumie.blogspot.com/2014/09/preloved-giveaway-by-annur.html
      sori
      hehehe

      Delete
    2. elok la panjang-panjang komen...dah terlebih rajin,kan.

      Delete
  4. selalunya ain balas kunjungan dulu dan komen blog orang lain.entri banyak autopublish je.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. balas kunjungan tu mesti..baru orang rasa kita hargai mereka..

      Delete
  5. sue biasanya akan tulis entry dulu kemudian reply komen di blog.
    komen,blogwalking, baca entry orang biasanya guna phone sambil breastfeed baby ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik tak pandai baca entry kat phone..phone kecik..lenguh tangan nak pegang phone kalau tengah BF baby..sebab Acik BF 2 orang sekali..jadi kena baring la..

      Delete
  6. saya ikot mood. mana2 boleh mula dulu :)

    sy tag acik --> http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/preloved-giveaway-by-annur.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang Acik ikut mood jugak.semuanya rasa nak buat dulu..excited la katakan..

      TQ tag Acik..rasa macam retis pulak..

      Delete
  7. Acik WAtie : JM singgah sini ..nampak tak heheeh
    kalau tanya JM...memang akan buat semua list 1-7 tu tetapi tak up entri hari2..cuma BW je hari2 tapi x semua blog sempat..

    ReplyDelete
  8. saya 1-5. hehe. kalau boleh, saya buat entry diri sendiri dulu baru blogwalking. kalau xde idea, baru saya blogwalking. sebab kadang2 dari situ, idea boleh tercetus.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik KADANG-KADANG je..JARANG-JARANG pun iye jugak

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...