Monday, 8 September 2014

KUCING TEPI JALAN PUN KENA KEJAR

Maaf la..Acik memilih untuk mengupdate entri 
yang tidak memberatkan fikiran korang.
Yang santai-santai tentang kehidupan Acik anak-beranak.

Kali ni Acik nak update pasal hobi Acik satu masa dulu.

Ini antara kucing-kucing yang Acik pernah bela.

BELA KUCING JALANAN / TEMPATAN..
Satu hobi yang Acik tak pernah terfikir atau idamkan selama ini.
Pada Acik, bila bela kucing, susah nak bergerak.
Susah nak balik kampung.

Satu hari, kawan Acik mintak Acik bawak balik 
sekor kucing yang datang kat rumah dia.
Colour Hitam Putih Tompok-tompok.
Anak-anak Acik merayu-rayu mintak bawak balik rumah.
Akhirnya Acik mengalah.

Masa ambik kucing ni, kuat bau petai.
Nak bagi nama PETAI.
Tapi lama-lama, bila dah hilang bau petai,
tak sedap pulak. Tukar nama kampung..
TOMPOK.

On the way balik rumah malam tu, terus singgah shopping centre.
Beli pasir, makanan kucing, bekas pasir, bekas makanan dan minuman.
Shampoo dan sikat bulu.
Fuhh..ini memang betul-betul nak jaga punya ni.

Inilah TOMPOK.
Kucing pertama yang Acik bawa masuk dalam rumah Acik

Bila dah bela, anak-anak asyik bergaduh.
Sebab kucingnya sekor. Yang nak bergurau ada 3 orang.
Kali ni, pergi balik ke rumah kawan tu.
Kebetulan kawan baru bawak balik 2 ekor kucing.
Colour Putih - Oren.
Acik mintak kat kawan tu. Dia bagi Acik bawa balik.
Sekor nama BELALANG (masa tu cerita BELALANG tengah top)
Sekor nama CORENG (sebab atas kepala dia ada coreng-coreng oren)

Ini BELALANG a.k.a ALANG.
Kecik sikit.

Ini CORENG.

Bukan senang nak baikkan 3 ekor kucing yang bukan adik-beradik ni.
Acik dan anak-anak asyik jadi referee je bila Tompok dan Coreng + Alang bergaduh.
Last-last, semua ok.

Ini KATAK a.k.a ATAK

Atak, Acik jumpa kat depan 7 Eleven di Batu Kikir.
Masa tu Atak duduk kat tayar motor.
Sekor dah mati kena gelek. Adik-beradik Atak kot.
Sebab apa nama Katak?
Sebab perut kembung macam katak kembung.
Bawak balik rumah malam tu.

Esok pagi, bawak pegi klinik haiwan.
Bagi vitamin dan ubat cacing.
Mencacak-cacak cacing kuar ikut najis.
Patut la perut kau kembung, Atak!!

Ini BLACK a.k.a LEK

Lek ni Acik lupa Acik ambik kat mana.
Tapi macam tempat yang sama je iaitu di 7 Eleven Batu Kikir.
Hitam legamnya sampai tak nampak mata.

Ini ADIK.

Sadis cerita Adik ni. Memang taubat tak nak buat dah.
Adik ni Acik dengan anak-anak memang bersungguh-sungguh tangkap.
Sampai Along dan Angah masuk dalam longkang depan 7E.
Blok jalan keluar. Mak si Adik ni ada dekat tapi kami tak ambik maknya.

2 kali dapat tangkap Adik. Masuk kereta, Adik lompat keluar.
Tangkap balik.
Sampai rumah, Adik tak nak makan.
Tak nak minum. Mengiau je. Cari mak.
Makin lama Adik makin lemah.
Acik gosok, Acik tido dengan Adik.
Acik sayang sangat sebab bulu kembang.

Bawak ke klinik. Ambik vitamin. Beli makanan yang mahal dalam tin.
Untuk Adik sekor je yang makan.
Dah hampir 2 minggu, Adik makin sihat.
1 malam, Adik ikut Acik. Nak tido sama Acik tapi Acik tutup pintu bilik.
Esok pagi, Acik cari..panggil..tak jumpa.
Pintu rumah tak bukak.Tapi tetap tak jumpa.

Dengar Along panggil..Nampak Adik dalam lubang tandas.
Acik dan anak-anak meraung.
Sekuat-kuatnya.
Acik tak jadi pegi kerja sebab mata dah bengkak.
Acik kaut Adik dari dalam lubang tandas.
Adik dah keras. Keadaan kakinya macam tengah mengayuh nak naik ke atas.
Tapi kuat manalah kederat Adik yang baru elok dari sakit tu.
Acik tengah nangis la..Serius Acik ralat sangat sebab tak bawak Adik tido sekali.
Sebabnya tiap-tiap malam memang Adik akan tido dengan Acik.
Acik peluk dia, selimutkan dia.
Acik nak bayar balik kasih sayang yang Acik rampas dari mak Adik.

ADIK..IBU MINTAK MAAF.


Ini ENYEK.
Acik jumpa di mesin ATM Maybank di Bandar Seri Jempol.

Enyek tak lama hidup. Dah bagi ubat cacing, bagi vitamin,
tak jalan jugak. Tetap kecik, kurus.
Akhirnya mati jugak lepas 1 minggu duduk dengan Acik.

Ini ADIK..ganti ADIK yang warna oren tadi.

Lepas Adik (Oren) mati, kami semua murung.
Berhari-hari murung. Kejap-kejap nangis.
Yang paling parah, Acik la.
Sebab Acik tetap merasa bersalah sebab tak bawak 
Adik (Oren) masuk tidur dengan Acik.

Kali ni terpaksa gadaikan prinsip, tak mahu beli kucing kacukan.
Pinjam duit orang, beli ADIK ni kat KL.
Tak ingat nama apa. Dalam surat beranak tulis betina.
Bila dah besar, baru tahu jantan.

Ini CORENG..dah besar.

Ini TOMEY..Suami Acik masa tu bawak balik dari tempat kejenya.

Ini UJANG..Anak kepada TOMEY.


Putih bersih kucing-kucing Acik sebab semua duduk dalam rumah.
Time Acik dan anak-anak tidur, mereka pun sama tidur celah-celah kami.
Alhamdulillah..tak ada pun asthma.

Ini TIGER..Anak TOMEY

Ini TANTEK..Anak TOMEY jugak.


TOMPOK masa di kampung. Terpaksa hantar balik kampung bila
Tompok asyik gaduh dengan kucing-kucing sekitar taman perumahan.


Ini anak-anak CORENG. Dah tak larat nak bagi nama.
Memang tak bernama la 3 ekor ni.


Ini masa ulang-alik dari Sungai Lui N9 ke Kemaman tiap-tiap minggu.

SEKARANG SEMUANYA TAK ADA.
YANG ADA HANYA TINGGAL TOMEY SEKOR.
BERANAK,BERANAK DAN BERANAK.

KUCING NI HAIWAN KESAYANGAN NABI MUHAMAD S.A.W
Sayangilah haiwan ini.

8 comments:

  1. comel-comel kucing2 tu..memang mulia apa yang acik buat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing tempatan saja..kesian tak ada tempat tinggal.makan pun ada tak ada je

      Delete
  2. Wah banyak nye kucing acik :)

    ReplyDelete
  3. comelnyaaa!

    awak di tag. =)

    http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..ok..terima kasih..akan singgah ke sana

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...