Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Memandangkan dah cuti sekolah ni,
tentunya ramai yang nak jalan-jalan, melencong dengan anak-anak.
Biasanya anak-anak, naik kereta je,
lelap..sampai ke destinasi.
Masa anak-anak Acik kecik dulu,
Acik selalu bagi diaorang 'kerja kereta'
sebab Acik memandu sorang.
Mana aci kalau Acik sorang je yang berjaga.
(Jahat ibu korang ni,kan?)
Biasanya Acik suruh diaorang catat segala nombor plat
yang diaorang nampak.
Tak kira la kereta, motor, van, bas dan lain-lain.
2 orang baca, sorang salin.
Meriah la kereta. Bergegar-gegar.
Tapi bila dah lama-lama, pening jugak orang yang menulis tu.
Acik bagi diaorang rehat dulu.
Pastu sambung 'kerja' lain pulak.
Tengok nombor plat kereta depan,
pastu tambah.
Apa jawapannya?
Selalunya abang la yang dapat jawab cepat.
Acik pun kadang-kadang terikut-ikut jugak habit tu.
Tambah angka kat nombor plat kereta orang.
SELAMAT MENCUBA!!
HAPPY HOLIDAY!!
Haha good idea ni acik :)
ReplyDeletecuba la untuk anak awak nanti
Deletewow.. memang menarik ni. sangat sesuai nak latih anak matematik
ReplyDeletenak buat latihan menambah kat rumah, memang tak sempat.jadi kita latih dalam kereta. Kalau nak brain wash pun senang sebab diaorang takkan lari kemana dah..nak tak nak kena dengar jugak la
DeleteHehe.. Macam2 idea nak kasi anak2 stay awake dalam kete ye.. Tak pernah pulak terpikir nak wat macam ni.. Hehehe.. Nanti leh try cuba kat anak2 buah.. Hiks!
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
harap-harap mereka akan lebih enjoy dengan subjek Mate
Deleteasalamualaikum..ini mendidik anak belajar matematk..rasanya kena slow ketika catat no ..bagus pendidikan yang baik..
ReplyDeletewaalaikumussalam...Acik sendiri pun rasa teruja bila memandu kereta..time nak catat tu, sepatutnya memang kena slow..tapi kalau slow, kita pulak yang mengantuk. Jadi, Acik suruh mereka salin balik ke dalam buku tetap di rumah..pastu check semula.."no.plat tu dah pernah jumpa ke belum sebelum ini?"
ReplyDelete