Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni Acik nak mulakan langkah
'misi bantuan' Acik hari tu
yang Acik janjikan di Segmen Abang Ben tempoh hari.
Pada yang tak selesa, jangan baca ye.
Ini pendapat dan pengalaman Acik.
Ada pengalaman yang boleh kita kongsi
untuk tujuan peringatan kepada orang lain.
Bukan tujuan untuk menghasut,
memporak-perandakan kehidupan
dan menyemai hasad dengki korang semua
tapi
PENGALAMAN ADALAH GURU YANG PALING BAGUS.
/
/
/
/
/
/
/
/
SILA BERJAGA-JAGA JIKA >>>>
1. Telefon suami / isteri anda tiba-tiba berkunci
walhal sebelum ini dibiarkan tanpa ada password.
2. Telefon suami / isteri anda tiba-tiba 'disenyapkan' bunyinya.
3. Telefon suami / isteri anda tidak berada di tempat yang
selalu di tempatkan. Kalau biasanya letak atas TV,
pastu tiba-tiba letak dalam kocek seluar,
beringatlah.
4. Suami / Isteri anda menjawab panggilan telefon jauh dari anda
samada keluar rumah atau masuk bilik dan sebagainya.
@
@
@
Jangan terus melenting..
Tanya dengan cara baik dan berhemah
kerana dia pasangan kita dunia akhirat.
Kita mesti saling percaya-mempercayai
antara satu sama lain
tapi sekurang-kurangnya,
asingkan 1% untuk ketidakpercayaan
SEKADAR PANDANGAN DARI PENGALAMAN ACIK.
~From Acik Watie with love~
mama setuju.. itu sesuatu yang pelik, kena berjaga-jaga..
ReplyDeletealhamdulillah,, henpon mama takde paswod.. sesape je boleh tengok.. hahaha
orang tak buat salah, tak takut..tapi phone Acik ada password..takut yang kecik ni main-main phone..kang dicallnya laki orang, tak ke haru..
Deletesetuju sangat, takleh percaya 100%.. hp N mmg ada password tapi husband mmg tahu :D
ReplyDeletebaguss...jangan tukar password lain pulak.kang tukar jadi hijau dia nanti
DeleteBetul betul. Kite kena berwaspada..
ReplyDeleteBerjaga-jaga sebab sayang..kalau tak sayang, lantak p la,kan?
Deletetelefon saya berpassword tapi wife saya slalu guna henpon saya :)
ReplyDeletepassword yang masing-masing tahu tak pe..jangan phone masing-masing, password pun masing-masing
Delete