Saturday 5 March 2016

Suprise Cake For Her Daughter

Acik speaking?? Hahaha...tengok kamus je tu. Mana la Acik tahu nak speaking-speaking ni.

Nak cerita pasal birthday girl ni. Maknya whatapps kat Acik. Minta buatkan kek birthday untuk anaknya.

Maknya si Izzah ni tinggal di Kuantan. Izzah belajar di Universiti Malaya Kelantan di Pengkalan Chepa ni je.

Kak Eyda (mak Izzah) bagitahu, anaknya peminat tegar Hello Kitty.. Aduhh...masalah ni. Camne nak buat kek tema Hello Kitty. Acik bukannya pandai nak buat kek fondant. Leceh sikit berfondant-fondant ni. Nasib baik la maknya bagi cadangan, buat Edible Image je.

Acik siap tempah Edible Image yang dah siap tulis nama. Hihii..senang kerja. Tak payah lagi nak menerap huruf fondant. Tampalkan EI, deko sikit keliling kek, siap!





Jam 6 petang, call kawan Izzah, Anje namanya. Hantar sampai depan pagar UMK.





Dah selesai urusan, mensuprisekan Izzah. Malamnya tu, kak Eyda hantar gambar ni.





Happy Birthday Izzah. Belajar rajin-rajin tau.

Doakan anak Acik dapat masuk U ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...