Thursday 29 January 2015

TeRhaRuNya..

Dah 2 gift Acik terima daripada Kakak Manis kita, sis Jari Manis..Pertamanya, dapat poskad daripada Thailand...

Sambil-sambil layan lagu Gun n Roses, dapat gift kedua...chopstick dari Japan rasanya la..




Gift yang Acik pos pun entah ke mana-ma hilangnya..tak sampai pun kat sis JM ni...

Anyway..thanks kak...sudi bagi gift kat Acik..semestinya Acik akan simpan hadiah dari jauh ni..

Tuesday 27 January 2015

TouCHiNG SiKiT..

Dah lama tak update blog, intai-intai jugak Nuffnang..
Ada jugak yang sudi menjengah Acik.
Terima kasih uolls..





Siapa mereka yang rajin-rajin ni?






Terima kasih sekali lagi..

Monday 26 January 2015

BiLa NaK SIaP Ni?

Laptop Acik ni....Lambat pulak siapnya..
Juruteknik sekolah Acik ni sibuk dengan projek baikpulih komputer sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir..

Itu cerita laptop..ini cerita mata pulak.
Sejak akhir-akhir ni, mata Acik belah kiri tak boleh bukak. Kalau pagi-pagi tu, air mata meleleh-leleh keluar sebab urat mata krem. Puas gosok-gosok, tetap sakit.

Dah pergi jumpa doktor...Acik cakap mungkin stress sebab tengok komputer..ye la..sejak Acik.press buat akaun online..mata jadi camtu. Doktor cakap, awak guna 2 belah mata,kan...so apsal sebelah je yang sakit...hehehe...mano la den tahu doktor..den cakap yo..bukan confirm itu sebabnya.



Doktor check mata Acik, selaput mata koyak..aik??camne pulak boleh koyak??Koyak pun koyak la...doktor check mata..bagi ubat apa bagai...dah ok...semalam kena balik sakit mata tu..Arghh...nak gosok ke tak...gosok nanti, luka..tak gosok, mata pulak sakit.

Gambar kat atas tu, Waie sakit mata..tak nak selfie dengan Acik..nak snap sendiri...

Jaga kesihatan la...banyak penyakit pelik dah sekarang ni..

Sunday 25 January 2015

AlHamDuLillaH..

Sibuk sangat dah sekarang ni..sejak mula hantar kek ke kedai-kedai vendor seluruh Kota Bharu ni..Setakat ni, dah 4 kedai dah Acik hantar produk keluaran Chocake Waties Kitchen.Azam tahun baru ni..banyak nak guna belanja..anak-anak dah besar..nilai mata wang makin kecil.

Satu je yang family dan rakan-rakan terdekat risau kat Acik...tak kisahkan langsung pasal kesihatan..Acik akan press buat kek-kek ni untuk supply tanpa hiraukan makan minum dan rehat sampaikan ada yang tegur, Acik makin kurus? Betul ke makin kurus ni??

Siapa tak nak rehat yang cukup?Alangkah seronoknya berehat..layan anak-anak kecik, tengok anak-anak besar study..Tapi nak buat camne,kan..Duit pun penting jugak.

2 hari ni, Acik join 1 festival.. Riuh festival yang berlangsung di Kelantan Trade Centre...berdepanan dengan stadium Kota Bharu.






First time join ni...macam-macam perasaan ada...malu sebab tak penah berjual di khalayak ramai...risau takut ada yang tak nak beli.. rendah diri sebab kami cakap luar..

Acik mintak supporter dari geng vendor yang lain...susu legend dan jeruk asam boi..Alhamdulillah...Booth kami ada jugak orang nampak..







Ada tema gitu booth Acik...garden la konon...tapi rumput tu tak cukup pulak..rm55 semeter...fuhhh..berfeluh...

Alhamdulillah...akhirnya tamat Riuh Festival...Mahal betul pengalaman kali ni..biarpun meja Acik dapat ni kecik je, tak apa...at least nampak padat sikit produk kami..

Terima kasih semua..

Thursday 22 January 2015

SoRanG jE LaGi..

Kalau ikutkan, dah banyak post Acik..tapi sejak update guna phone ni, asyik tak lepas je..berat sangat ke...line lembab sangat ke...Acik pun x tahu.

Nak cite pasal anak la hari ni.. Tahun ni agak mencabar jugak pada Acik..



Along SPM tahun ni...

Kewangan betul-betul mencabar..Acik pun dah malas dah nak bertekak dengan orang...nak bagi belanja, bagi...tak nak bagi, sudah...Tumpu pada study Along je..apa dia mintak, Acik cuba bagi..



Angah pulak kelas Add Math dan Prinsip Akaun.. Risau dia tak boleh bawak..nak hantar tuisyen, nak tumpu pada Along dulu.



Intan...tak boleh kacau dah dia malam-malam..sebab tiap2 hari, dia akan ke sekolah pukul 6.50 pagi.



Nana...hantar tadika sebab dah pandai sangat bercakap...jadi, alang-alang dah pandai cakap, bagi dia berkawan dengan orang pulak.



Tinggal la Waie sorang..tahun depan, ibu hantar sekolah jugak sebab pandai sangat bercakap.

Saturday 17 January 2015

CaLLinG For THe PeRSoN Who TaK DaPaT LaGI HaDiah

Maaf la korang, lama sangat dah tak update blog..
Kalau update pun, tak konsisten macam dulu..
Sejak tanggungjawab bertambah, jadi pembahagian masa tu dah tak macam dulu.

Cerita pun tak banyak..Idea apatah lagi.
Asyik-asyik cerita anak-anak.
Meluat pulak korang nanti.
Tak pe la...asalkan Acik intai-intai korang, jadi la.
Nak komen memang tak sempat dah..
Sebab kalau bukak je Laptop,
alamatnya berjam-jam la hadap..
klik sana, klik sini.





Hari ni Acik paksakan diri juga buka laptop sebab nak tengok-tengok,
siapa lagi yang tak dapat hadiah lagi.
Bukak guna phone, susah sikit nak link-link,kan.

Jadi di bawah ni, antara yang Acik dapat trace,
sapa-sapa yang tak dapat lagi.
So mintak korang WA / SMS Acik ye di 017-2954897.
Sapa yang rasa nak menanya khabar Acik,
rasa nak mengacau Acik dating,
boleh la WA Acik..
No phone pun dah bagi terang-terangan tu.

http://natikah1997.blogspot.com/  -  Hadiah GA Acik pos arini.
http://sitizawiah95.blogspot.com/  -  Hadiah GA Acik pos arini.
http://imaneeda.blogspot.com/  -  Hadiah GA Acik pos arini.
http://kylifa.blogspot.com/  -  Hadiah GA (dah hantar reminder)
http://kasut-rantau.blogspot.com/  -  Hadiah GA (dah hantar reminder)
http://www.sihatitunikmat.com/  -  Hadiah GA Acik pos arini.
http://wani-siulatbuku.blogspot.com/  -  Hadiah GA (dah hantar reminder)
http://drshikinzainal.blogspot.com/  -  Hadiah GA (baru nak WA jap lagi)
http://aunidenovella.blogspot.com/  -  Hadiah Segmen Cik Balqis
http://blogcikbelbel.blogspot.com/  -  Hadiah Segmen Cik Balqis
http://ladiesingreen.blogspot.com/  -  Hadiah Segmen Cik Balqis
Sorang lagi pemenang Peraduan Kamamimi - Hadiah pos arini.

Acik nak tulis alamat..rasa macam dah salin, tapi tak ada pulak
dalam simpanan...ni mesti kerja budak kecik 2 orang ni.
Acik bukannya ada almari baju...cuma rak baju je.
Tu yang senang sangat mereka ni mengumbah
barang-barang Acik.

Harapnya, Acik dapat hantar juga hadiah ni kejap lagi.
Selamat bercuti semua!!Sayang uolls!!

Thursday 15 January 2015

SisTem BarteR

Sistem barter ni, last dengar pun masa sekolah dulu.. tak penah guna lagi sistem ni...

Tapi malam tadi, Acik dah gunakan sistem ni dengan Mama3Farhanah kita..Acik join Segmen anjuran Cik Balqis..

Acik sponsor hadiah, mama pun sponsor hadiah..
Acik menang hadiah dia, dia menang hadiah Acik..
Jadi inilah pemberian hadiah paling pantas dan menjimatkan.




Dah ku gantung keychain ni tinggi-tinggi..Jangan nak mintak-mintak nak guna.Banyak lagi keychain lain.

Pada uolls yang pegi jalan-jalan tu, jangan la lupa bagi Hadiah kat Acik...saja nak memenuhkan sliding door terbaru Acik dalam bilik masak Acik ni...




Maaf ye, Acik masih tak sempat nak pos hadiah birthday dan hadiah Cik Balqis..Sekarang tengah bertungkus lumus menyiapkan penyata audit tahun lepas..Bergasak dari pagi sampai malam buat akaun...Nak reply komen pun tak sempat..

Insya Allah, keadaan dah stabil nanti, Acik akan kembali...

Tuesday 13 January 2015

TaHaN PeDass..

Malam tadi beli kerabu maggi..Pedas tau kerabu maggi ni..

Dua beradik ni sibuk nak mengecek..nak makan jugak..Tahan pedas budak-budak ni..Si Waie, berpeluh-peluh makan tapi nak jugak.











Nana pun sama..




Kita yang tua ni makan pun berasap telinga, inikan pulak budak kecik.

Memang la korang ni darah orang neghori...

PakSaReLa..

Nak tahu cerita lanjut pasal telur burung merpati tak? Mama Acik rebus lagi telur burung merpati tu..Acik tanya mama, apa khasiatnya...dia cakap untuk bagi otak cerdik, dengan izin Allah..




Balik dari sekolah Nana semalam, tengok atas meja, mok Nana dah siap rebus telur merpati 3 biji..Telur ni susah nak kupas...isi putihnya lembik-lembik...jernih sikit warnanya..

Acik makan jugak telur merpati tu...siap snap gambar lagi..tapi...dah hilang...mesti budak Waie yang delete masa dia main POU..

Rasanya tak tahu nak cakap sangat sebab Acik tak makan sepenuh hati..mama suruh makan..banyak kali dia suruh makan...terpaksa la makan jugak..

Harapnya lepas ni Acik akan cerdik macam Nana...

Sunday 11 January 2015

1st TiMe CaMni..

Entri ni simple je sebab dah kali ke 3 tulis cerita yang sama tapi tak jugak lepas di keudarakan..

Nana ke tadika hari ni..Senang je kejut..




Akhirnya...tewas...




Tak pernah lagi anak-anak Acik nangis masa masuk sekolah..ni la 1st time ada kes camni..Selalu senyum tengok anak orang..



Petang balik sekolah dengan senyuman.

"Ibu, Nana dah tak nangis"

Friday 9 January 2015

TaHuN BaRU, BeG BaRU..

Asyik cerita pasal anak je..kali ni nak buat entri pasal lain pulak la..
Kita lari sikit daripada kebiasaan..

Selama ni, Acik tak guna ‘handbag’ sebab Acik ni jarang nak melawa.
Susah betul nak berjalan kalau ber’handbag’ ni..

Jadi, dengan masuknya tahun baru, Acik pun tanamlah azam baru,
iaitu nak melawa..
Tahun ni nak cuba kurangkan penggunaan track-suit dan t-shirt
kalau nak jalan-jalan dengan anak.
Kesian pulak kat diaorang. Mak orang lain kemain lawa.
Ada ‘handbag’ bagai..

Acik bukan seorang yang suka shopping..belek-belek barang,
try 2 3 helai baju pastu tukar, belek lagi, tukar..
eee…itu bukan Acik la.
Dulu, masa tak ada ‘online’, siapa jual barang kat Acik,
Confirm Acik akan beli..sebab ni la..
Malas nak bersesak dengan orang ramai.
Sekarang ni dah senang sangat. Acik suka cara ni.

Acik intai-intai handbag kat handbag murah online
Rambang pulak mata nak pilih.
Harga pun ok…
Mampu jugak Acik beli handbag tu..sebab murah..


Dah murah tu, mesti ada tips-tips nak jaga untuk tahan lama.







  1. JANGAN RENDAM ATAU BASUH HANDBAG



Cukup sekadar dengan basahkan kain bersih, perah, dan lapkan kotoran yang terkena pada handbag..habuk ke, coklat ke, lumpur ke dan sebagainya.
Dah bersihkan tu, anginkan la kejap supaya kering.


  1. KALAU TERKENA KOTORAN YANG MEMERLUKAN TEKANAN / GOSOKAN YANG KUAT


Berus dengan berus gigi lama…yang dah kembang-kembang tu..
Berus perlahan-lahan..Insya Allah hilang la kotoran tu.


  1. YANG NI PALING PENTING




Elakkan daripada menyumbat terlalu banyak barangan dalam handbag ni..
Kalau nak tahu sebab apa, buat la..
Kalau sayang, jangan buat.

Segala mak nenek nak letak dalam handbag.
Yang wajib ada pun dah berat..
Inikan pulak nak tambah lagi.

Purse tu dah la berat dengan duit syiling..
Masuk pulak telefon yang besar penampar orang..
Dah guna telefon besar penampar orang, nak kena kawan dengan power-bank pulak.
Bukan yang koman-koman punya power-bank tu..
Ini power-bank yang berat macam batu bata..

Yang tu saja dah dekat 10kg..
Nak tambah lagi??Tak payah la..
Cukup dengan yang basic tu je.

Peringatan untuk Acik jugak tu sebab Acik suka letak semuanya
dalam handbag..buku bank, buku conteng, diari,
charger, earphone dan macam-macam yang tak terjangka lagi.

Nak tengok handbag baru Acik??
Nanti Acik buat entri khas ye..
Nak buat tribute untuk handbag lama yang banyak berjasa kat Acik sekali.

sEGmEn MaMa MenCaRi BLoGLiST




Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!


WISH ME LUCK!!

SeGMeN KemBaLi Ke SekOLaH BeRSaMa CiKGU Ayu

http://www.ayuinsyirah.my/2015/01/segmen-kembali-ke-sekolah-bersama-cikgu.html

Geram pulak tengok kaler warna-warni ni..
Seronoknya jadi kanak-kanak semula.

Jom kita semarakkan semangat kesekolahan kita ni dengan

Cikgu Ayu,
Semoga akan lebih bersemangat lagi 
mengajar di sekolah baru lebih-lebih lagi
dengan murid-murid tahun 1.
Semoga sabar memujuk mana yang menangis, melalak
meraung nak tengok mak ayah kat tepi tingkap.
Kuatkan hati, dan ketapkan bibir.

AnAk DeN DaH MenOnGaH AteH...

Anak saya dah menengah atas....itu tajuk di atas dalam loghat Negeri Sembilan...
Siapa yang lulus cakap dengan lenggok NS, syabash!!

"Ibu, esok pagi ada pendaftaran tau" kata Along.
"Laa..apsal baru bagitahu?Ibu kerja la esok" kata ibu pula..
(Hihiii...saja buat ayat cerpen.)

Ini la yang anak-anak Acik akan buat kalau ada apa-apa program kat sekolah.
Selalu bagitahu last minit..Diaorang ingat Acik keje kat sekolah bapak Acik agaknya..
(Eh..kasar tak bunyinya tu?Ala...ayat biasa guna tu..macam tak biasa guna pulak korang)



Sekolah pun berselut lagi..

Acik ikut je la budak berdua ni pergi sekolah sebab terpikirkan nak ambik buku teks..
Sambil tu nak tengok Angah dapat kelas apa.



Bajet hensem budak-budak ni

Angah dapat kelas yang ada subjek Prinsip Akaun, Perdagangan dan Ekonomi Asas. 
Ok la tu ngah...belajar rajin-rajin pasni...
SPM nanti pengalaman pertama periksa dalam dewan..
masa PT3 tak rasa semua tu.




Along je dapat buku teks dulu.

Ahad ni dah start sekolah..Acik cuti sebab nak hantar Nana sekolah tadika..
Excited gilerr..Tu yang Acik risau ni..dah la hari Khamis, waktu bekerja sampai jam 3.30 ptg, 
nak harung jem ke pejabat dah la sejam...nak pegi bank lagi..
nak ambik statement bank..sebab bayaran Bantuan Awal Persekolahan 
dah mula diagihkan..jadi pengetua nak pastikan duit betul-betul dah ada dalam bank.

Dah setel semua, beli buku tulis bagai, hantar diaorang balik rumah, 
Acik pun terus pecut kereta ke pejabat.

Wednesday 7 January 2015

MerPaTi Dua SeJoLi..

Mama Acik ada bela burung merpati..masa banjir baru ni, mama harung air..bagi makan merpati dia ni..




Rajin sangat bertelur..sampaikan penuh sangkar tu..Start daripada banjir tu, mama tak bagi,mengeram dah..mama ambik telur tu. Bawak masuk dalamm rumah.




Dia rebus, bagi kat Waie dengan Nana makan telur burung merpati tu...mama cakap biar dia pandai...haa...nak umpan Along Angah Intan la tu...suruh makan telur burung tu...

Acik suka mencuba tapi yang ni, tak tergamak lagi nak cuba..

TeBaLKaN MuKa...

2 hari lepas, Acik ke bank...nak bank-inkan duit kawan.
Dah lama tertangguh sebab mesin-mesin ATM di Kota Bharu ni
dah lama tergendala..Tak kira la mesin nak keluarkan duit ke,
masukkan duit ke..

Macam biasa, mesin CASH DEPOSIT akan beratur lama..
sebab semua orang nak bayar hutang kereta la, bayar hutang rumah la,
bayar hutang Along la..


credit

Acik pun beratur la..sambil main-main telefon...bukak wasap,
gelak sorang-sorang..senyum..
Kemudian, ada sorang pakcik tegur..
"Nak withdraw beratur sini ke?"
Sambil tunjukkan barisan ATM, nak keluarkan duit.
Acik pun jawab, 
"Tak pak cik, beratur kat sini.."
Tunjuk kat belakang Acik..Acik pun sambung balik main telefon.

Acik pandang semula kat belakang, pak cik tu dah tak ada..
Rupanya dia tengah keluarkan duit kat mesin yang dia beratur tadi.
Dah selesai urusan dia, Acik pandang dia.
Bukan main lagi dia jeling.
Acik pandang senarai urusan kat atas mesin ATM tu,
ada tulis 'CASH WITHDRAW'..adoii...

Hahaha...Pakcik, sori la...saya bukan nak aniaya pakcik,
tapi saya confius antara CASH WITHDRAW dengan CASH DEPOSIT.



Tuesday 6 January 2015

PanTaNg ORanG RamAi SikIt...

Orang kita ni, kalau berkerumun tu mesti la tak lain tak bukan...

a) accident
b) orang bergaduh
c) tangkap pencuri
d) lelong
e) semua di atas...(hahaha...gurau je yang ni)




Sekarang, kat Kelantan, musim orang berkerumun la...sebab apa?Sebab jualan murah la...Jual karpet, jual kain pasang, jual barang dapur...macam-macam lagi..

Semuanya sebab banjir baru ni la...Kain sepasang yang 4meter tu, RM10 je...karpet tak tahu harga sebab nak terlibat dalam perkumpulan tu..murah la tu kalau dah berkerumun, bersesak-sesak.

Kena rajin sikit je la...basuh kain dan karpet yang kena lumpur tu...bukan susah pun..pastu time tak de duit, jual balik kat bangla.

Kota Bharu dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya memang kehabisan duit dalam ATM...tak payah la nak cuba-cuba berhenti...Lalu slow-slow je depan bank, confirm nampak kertas A4 tertampal kat pintu..tak payah gatal-gatal nak baca...buat menyusahkan diri je.

Korang ada duit lebih?Meh la ke sini...tolong peniaga habiskan barang mereka..Nak reload barang baru pulak

SemPoi....

Selebetnya..Intan gosokkan shawl untuk ibu pakai pegi kerja harini.

Kerongsang memang masalah besar bila ada anak dara ni...beli segenggam, segenggam la hilang.

Tak jumpa kerongsang, pinkan dengan jarum je. Turun kereta, sandang handbag belah kanan. (pstt...Acik dah ada handbag baru tau). Pastu tercicir la jarum tu..

Masuk pejabat, dah terkulai tudung belah kanan..kejap-kejap selak naik balik atas bahu..

Hmm..takkan nak camni je sampai petang..so idea timbul..





Tadaaa.....cuba teka apa yang Acik guna tu??

Map pin yang Acik ambik kat papan kenyataan..hahahaa...habis cerita..selesai masalah..orang bukan perasan pon..

Nanti pulang la balik map pin tu...hak kerajaan malaysia kan tu...

MaCaM TaK PeRCaYa Je..

Azam tahun baru...
1.Nak pegi keje awal.
2.Nak pegi keje awal.
3.Nak pegi keje awal.




Tengok!!Awalkan?
Bagus Acik ni...awal tahun pun dah tercapai azam tahun baru.

Hehe...sebenarnya jam kereta ni 1 jam lambat...maknanya..masih lagi sama macam tahun lepas...bertuah sangat kalau dapat pergi kerja time tu.

Semalam, 5.1.2015, lagi parah...Acik terjaga jam 8.15 pagi..melompat!!Terus bersiap pegi keje tapi decide untuk rekod sebagai Cuti Rehat..

SeGMen : HaPpY BirThdaY By SyaHiRaH VaLiaNt

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 1st segmen untuk tahun ini.




Segala syarat-syaratnya ada di sana.


Dear Syahirah..

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga diberi kesihatan yang baik.
Semoga Acik dapat dilistkan di blog awak..
HiiiiiiiHiiii..

SEKIAN..



Tak KiRa Apa Nak Jadi, JaDi La..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga menaip dengan lajunya,
dengan pantasnya dan dengan poyonya
di dalam blog sendiri
setelah hampir sebulan
Acik dok terkial-kial menaip,
menekan button kat telefon cerdik
yang tak berapa cerdik sangat
sebab tak dapat baca hati Acik,
apa nak tulis dalam blog.
Kita tekan lain, keluar lain.

Rindunya Acik nak berbual dengan korang semua.
Mesti banyak cerita yang Acik terlepas.
Nak beli laptop lain, tak mampu.
Nak repair laptop yang rosak, kena tunggu duit berlebih
yang setakat ni tak ada yang berlebih.





Kali ni Acik tekad, pinjam laptop pejabat,
bawak balik..nak buat akaun yang tak tutup lagi.
Sepatutnya tutup dah hujung tahun lepas.

Bayangkan, tempat Acik kerja, masih lagi tak ada liputan internet
bila Tanah Merah masih lagi slow.
Buka internet, loading-loading, mati..
Loading-loading mati.

Ni pun Acik tak tahu nak hapuskan data (history) kat mana.
Puas la menjawab dengan CC Acik esok ni.
Tak pe la...asalkan Acik boleh update blog.
dan cuba jenguk semuanya malam ni.

Pada yang dah terlepas birthday tu, Acik wish Happy Birthday.
Nanti Acik send hadiah ye.
Poslaju pun tak berapa nak laju ni.
Van baru nak kering..Jalan pun berdebu lagi.
Tu yang tak berapa nak sampai sangat surat menyurat di sini.

Camne pulak dengan niat nak tutup akaun malam ni?
Ahh...mana ada diaorang nak bayar overtime,kan..
So kita enjoy!!
Hahahaaa....saya suka..saya suka..

SEKIAN..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...