Monday, 15 September 2014

PERNAH RASA TAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Galak sangat si Acik ni dok jawab soalan peminat-peminat Acik
2 3 hari ni sampaikan entri untuk tajuk-tajuk pilihan
tak tertulis.

Pernah dengar tak Terapi Mandian Ais?
Idea ni timbul pagi tadi,
masa tengah mandi.
Sejukk gilerrr.
Malam tadi hujan, agaknya air hujan masuk dalam tangki rumah
sebab tangki rumah Acik kat luar rumah.

Perghhh...rasa macam nak gosok gigi je.
Nak cuci muka, ambik air, basahkan ketiak,
pastu keluar.

Tapi ada ke patut nak buat camtu.
Kita bukan main lagi marah kat anak.
Suruh mandi basah kepala.

Yang kecik 2 orang tu, Acik jirus je air kolam.
Bila diaorang menggigil cakap "sejuk ibu..."
Kita marah pulak..suruh tahan sejuk.
"Kejap je..tunggu jap"
Sampai turn kita, kita nak buat camtu.
Tak malu ke?

Terapi Ais ni memang sangat tak sesuai dengan Acik
sebab Acik kurus.
Memang kalah la..
Orang baru nak tuang ais, Acik dah lompat dulu.


Kalau nak tahu apa kebaikannya, boleh KLIK SINI

Lagi satu Acik memang tak boleh sejuk.
Orang kata meroyan ke hapa..
Kena masa Acik dalam pantang anak nombor 3.
Tak jaga pantang betul-betul.

Leka berbual dengan orang yang datang melawat,
sampai terlajak ke Maghrib.
Sampai la sekarang.
Betul...tak tipu punya.





Nak cerita pasal sejuk je pun..

SELAMAT MANDI PAGI ESOK!!
SELAMAT HARI MALAYSIA!!

19 comments:

  1. Sama laa kat sini pun sejuk.. malam semalam hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masuk musim hujan ni..boleh la jimat air..tak yah mandi

      Delete
  2. akak tiap hari bgn pukul 5 sbb suami akan pergi kerja pukul 5.30..so tiap hari mandi pukul 5...kalau malam tu hujan..air jadi sejuk..akak tibai guna water heater ja...
    anak2 pun guna air panas kalau mandi utk kesekolah...
    bil letrik mmg mencanak naik la musim hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mandi water heater macam tak segar pulak badan,kan?lepas mandi, nak kuar bilik air tu, perghh..sejuk

      Delete
  3. terapi ais? :O dah macam ice bucket challenge lak. hahaha...

    saya memang x tahan sejuk ni.... boleh sakit perut. lol~ x tahu kenapa -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit perut macam nak periksa SPM tu ke?

      Delete
  4. insha Allah akan datang jenguk blog ni jg dalam bloglist perhatian etuza ya..tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..rasa macam nak sorok muka dalam paper bag sambil jalan-jalan kota bharu je

      Delete
  5. terima kasih ya letak blog Etuza dalam lisblog sebaris dengn blogger terkenal Malaysia Mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..bila Acik dah letak di situ, senang nak BW tiap2 hari

      Delete
  6. Kamu di TAG
    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2-by-siti-yang-menaip.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..terima kasih..jap lg saya singgah

      Delete
  7. muahahaha... takutlah ais.. sejuk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau musim panas pun tak mampu nak berendam dalam ais

      Delete
  8. Acik, sama lah.
    Saya bentan masa anak ke 2 - sebab x jaga pantang. Buka kipas kuat2, x pakai stoking, x pakai sweater.
    Azab betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..bentan namanya..bukan meroyan..kalau tiba time menggigil tu sampai, masuk dalam toto pun tak jadik jugak..otak rasa jem, krem..

      Delete
  9. Tuang skali jus oren kat dalam bath tub...sambil berendam boleh minum air oren ais..perghhh sejukkk..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...