Tuesday, 16 September 2014

BUANG SAJA LAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
(Acik lebih selesa menggunakan 
bahasa yang biasa-biasa agar lebih santai)
Harapnya gambar di bawah ni tak la besar sangat 
di paparan kalian
sebab Acik sendiri pun ngeri nak tengok.
Lebih-lebih lagi yang melibatkan darah.

Sempena Hari Malaysia hari ini,
Acik nak bincangkan pasal satu jenayah
yang kita tengah hadapi sekarang iaitu
PEMBUANGAN BAYI.





Kita marah sangat pada orang-orang yang buang bayi ni..
tapi kita sedar atau tidak, kita juga antara penyumbang
kepada kes ini.

Satu ketika dulu, apabila cadangan menubuhkan
satu tempat untuk mengumpulkan bayi-bayi yang tidak dikehendaki ini
diutarakan, maka ramailah yang bersuara.
Ada yang sokong, ada juga yang bangkang.

Sebenarnya ada PRO dan KONTRAnya
di sebalik penubuhan tempat tersebut.
Baik untuk mengurangkan kes pembuangan bayi.
Tidak baik untuk 'galakan' pelaku itu sendiri.
Umpama kita menggalakkan lagi 
persetubuhan luar nikah.

Penerimaan keluarga, sanggup berdepan dengan 
masyarakat sekeliling adalah kunci utama 
dalam menyelamatkan
bayi ini dari terus dibunuh.

Sepatutnya keluarga ini diberi pujian 
atas kesanggupan mereka 'menahan telinga' dan 
'menebalkan muka' menghadap masyarakat sekeliling,
dengan membantu anak mereka dari terus bergelumang
dengan dosa.
Dosa persetubuhan luar nikah, satu hal.
Dosa bunuh bayi pula satu hal.
Dah jadi dua hal.

Pada Acik la, mungkin remaja yang terlibat ni
lebih senang buang bayi mereka atas sebab :

1. Marah pada orang yang sepatutnya bertanggungjawab
atas kandungan itu.

2. Tak rasa letih atau nikmat mengandung itu sendiri. 
Setiap pergerakan bayi dalam kandungan itu adalah 
satu cabaran pada ibu itu sendiri. 
Maka terbitlah perasaan benci yang amat sangat.

3. Tiada sumber kewangan yang cukup. Acik rasa, kalau mereka ada duit 
dan support dari keluarga, mungkin tak la sampai jadi bayi.

4. Takut disabitkan kesalahan oleh pihak berkuasa
 atas sebab mengandung luar nikah.
Jadi, jalan paling mudah..melahirkan dan buang.
Mereka sanggup berdepan dengan maut.
Pendarahan selepas bersalin, baikpulih diri secara sendirian.

Banyak lagi perkara yang kita perlu ubah.
Ubah fikiran anak-anak.
Ubah semangat ibu bapa.
Ubah persepsi masyarakat.
Yang penting diri remaja itu sendiri.
Jangan mudah terpedaya dengan 
janji-janji manis pasangan korang

Salah remaja kerana melakukan perkara itu 
dan tidak mahu mendengar nasihat.

Salah ibu bapa kerana tak pantau anak 
dan terlalu menjaga aib sendiri.

Salah masyarakat kerana tidak menegur mereka 
dan takut dengan ugutan mereka.

Salah negara kerana tidak bertegas 
dan menyekat anasir luar

Semuanya salah..
Tiada yang terselamat.

SEKIAN PENDAPAT SAYA.
APA PULA PENDAPAT ANDA?

8 comments:

  1. Astagfirullah ..ampunkanlah dosa2 kami ya Allah. Tak sanggup tengok. Saya mohon semoga genarasi kita terselamat dari kemurkaanNya ini.Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..sama-samalah kita didik anak-anak kita..

      Delete
  2. tak bley fikir cmna la sanggup buang baby tak berdosa,klu takmau bg je kt org..biasanya mmg kerana terdesak kot..tipisnya iman dlm diri,ni yg berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..apa yang mereka fikir masa buang bayi tu?

      Delete
  3. apa sekalipun dosa mak bapak budak tu, anak tersebut adalah suci.. kelahirannya bersih tanpa dosa.. janganlah kejam membunuh beliau.. allah... sayu sangat hati ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama...dosa mak bapak budak tu..kalau tak nak, tinggalkanlah kat mana-mana..jangan sampai bunuh. Bagi budak tu hidup.

      Delete
  4. Nasib baik Acik letak gambar tu kecik2.
    Kalau x, saya dah nangis.
    Bodoh punya orang yang buang baby ni.
    Kalau taknak, hantar kat rumah kebajikan!!!
    Ko dah jadi PEMBUNUH, tau tak?
    Azab api neraka jawabnye untuk PEMBUNUH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi...Acik pulak takut Doc marah ni

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...