Sunday, 14 September 2014

MAAF YANG KETERLALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Acik kembali semula selepas beberapa hari Acik di'brain-wash'
oleh 'penasihat-penasihat' Acik.
Sejak Acik pertama kali berseorangan, Acik memang
sudah ada orang yang akan mengangkat semangat Acik.
Dia sajalah yang tahu segalanya.
Dialah yang Acik peecaya.
Kerana dia ada ketika Acik susah dan senang.

Allah sudah pastinya tetap nombor 1.

Selain itu, ada juga yang emel Acik.
Bagi kata-kata semangat.
Terima kasih kawan..
walaupun kita baru berkenalan.




Buat kali ini, kebangkitan semula Acik,
maka Acik akan laksanakan beberapa misi berblog Acik
iaitu membantu ataupun lebih senang Acik katakan,
Acik akan bantu dari segi 'apa yang perlu dibuat'
jika kita berada di sesuatu situasi.

Di samping tajuk-tajuk yang merapu-rapu.
Maklumlah..Acik tak ada teman nak berbual.
Jadi di sini la Acik merapu.
Kalau tak suka, tak apa.

Haa..lagi satu, Acik nak klik-klik la korang punya tabung.
Terpikir jugak nak ada akaun tabung-tabung tu,
tapi tak pernahnya jadi.
Sebabnya 1 je. 
Acik tak paham apa yang Cik Nuffnang tu cakap.
Jadi Acik sedekah je la kat korang.
Lagi banyak korang update blog,
makin banyak kali la Acik singgah klik tabung.

Oleh itu, Acik minta maaf kepada semua.
Bantu Acik jika Acik tersasar.

Wassalam..

18 comments:

  1. salam acik, singgah pagi

    takpe, nak merapu ke, nak luah perasaan ke, ni blog kita, so tulis je, sape suka baca, sape tak suka, takyah baca, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. merapu Acik pun ok lagi..sebolehnya nak citer pendek-pendek je. tak membazir masa orang.

      Delete
  2. salam acik,

    smg acik terus tabah ye. dan smg Allah murahkan rzk acik sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. insyallah Acik.. kita sama-sama berusaha :D memperbaiki diri kita dari masa ke semasa.

    Anda ditag penuh kasih sayang :D
    --> Liebster Award By Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut pulak dengar ditag dengan penuh kasih sayang..terima kasih ye.

      Delete
  4. sama la kita tak mampu nak buat tabung nuffnang tu. Ada je yang tak kena sampai dah give up nak buat. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. La..Acik ingat Acik sorang je..jeles pulak tgk org ada iklan tu. tapi tak pe la...rezeki dari arah lain pulak.

      Delete
  5. Inikan blog acik..tulis saja apa yang nak tulis. Merapu ke tak terserah kepada pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP..nak tulis pun kena fikir jugak..takut ada orang meluat nak baca. Langsung tak ada yang nak BW nanti. Insya Allah Acik tak melalut-lalut lagi.

      Delete
  6. Acik, walau kenal acik kat alam maya tp mcm rapat plak rasa.geng2 klate kot.hehe.

    Xpe acik,be strong ok, dugaan tu biasa, cuma cara kita hadapi dugaan tu yg berbeza stiap org. Acik kan kuat so cheer up acik! Senyum!

    ReplyDelete
  7. Zumal singgah balas sini... Selamat berhujung minggu dan selamat Hari Malaysia yer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik keje Zumal..Kelate Darul Naim..Selamat Hari Malaysia!

      Delete
  8. Salam, Acik.
    Semoga acik terus bangkit dan bersemangat.
    Jgn sedey sedey OK...

    ReplyDelete
  9. Yeayy acik watie kembali ceria, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berkat doa awak jugak

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...