Bukan nak kata la..
Acik ni memang suka kerja-kerja lasak ni.
Bertukang, repair-repair dan macam-macam lagi la.
Memasak, menyapu, basuh baju,
sidai kain, basuh pinggan..
Hallamak!!Perempuan sangat!
Bila Acik kaji, duduk bermeditasi,
apa pasal Acik suka sangat kerja-kerja macam ni,
baru Acik dapat kesan dari mana puncanya.
Acik anak sulung..Adik Acik, Si Ana, selang setahun muda dari Acik.
Bila ayah Acik nak buat apa-apa kerja dulu,
Acik la dia panggil.
Adik Acik tu, Mama Acik dah rembat dulu.
Booking dia suruh masuk dapur.
"Yang, tolong pegang lampu ni, suluh kat sini"
"Yang, tolong ambik screw-driver tu"
"Yang, tolong papa angkat ni"
Yang..itu..
Yang..ini..
'Yang' tu nama panggilan Acik - Kak Yang.
Bila dah kawin, untung banyak la suami Acik.
Ampaian kat rumah, Acik buatkan..
Rumah flat, mana ada ampaian.
Acik bertukang la..
Buat ampaian depan belakang.
Acik suruh, tak buat-buat.
Hari berganti minggu,
minggu berganti bulan.
Sudahnya Acik yang buat.
Gas dapur habis, pegi beli gas.
Angkat gas naik tangga.
Nak tunggu dia, penat baru balik keje.
Tido dulu..pastu tido sampai kedai tutup.
Mana kau nak carik
Perempuan macam ni!!
Nasib baik la anak rapat-rapat.
Kalau tak, mungkin akan jadi macam ni jugak.
Bagus jugak tu ada skill macam2...tak mengharap tenaga lelaki sahaja..
ReplyDeletesenang buat job ni lagi, Bunda
DeleteBunda pun anak sulung dari 8 beradik...umo 8 tahun dah pandai buat kerja rumah ...jaga adik2...boleh harap bile mak pergi pasar...dah pandai masak simple2...bangga jadi anak sulung...kan kan..
DeleteSaya pun anak sulung sama sis.
ReplyDeleteMungkin sebab tu kita pandai berdikari.
Tapi saya tak pandai bertukang mcm sis.
Acik suka sangat bertukang..tempat letak selipar pun Acik buat. Gergaji, paku, semua Acik punya..bukan suami.hehee
Deletebaguslah Acik. serba boleh :)
Delete