Sunday, 9 November 2014

TaBunG AYaM AtaU TaBunG CaP AyAm?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menabung..
Susahnya nak buat tabungan.
Nak-nak pulak bagi orang yang tak berapa senang
macam Acik.

Orang cakap, pupuk minat menabung ni ketika
anak-anak masih kecil.
Betul la tu.

Acik kecil-kecil dulu pun, dipupuk untuk menabung.
Acik dan adik Acik, selang setahun je.
Dia ni bagus sangat. Selalu sangat masukkan duit dia
dalam tabung.
Tak kira la tabung jenis apa pun.


Bertuah sangat la kalau tabung Acik camni.

Kalau tabung macam ni (tak transparent), 
memang malang la nasib adik Acik ni.
Sebabnya Acik akan cungkil lubang bawah tu,
untuk keluarkan duit yang dia simpan.
Dia simpan, Acik korek.
Hehehee...kesian dia.

Mak ayah Acik tukar pulak tabung pesen ni.
Yang ada kunci.


Tabung Tabung Haji.
Ada kunci tapi memang tak guna jugak berkunci pun
sebab Acik memang dah sedia kreatif.

Walaupun kunci mak ayah Acik simpan,
Acik masih boleh lagi korek duit simpanan kat dalam tu.
Boleh buka dan tutup balik dengan selamat
tanpa ada sikit pun kesan.
Hahaha...Kesian kat adik Acik lagi.
Ingatkan selamat.




Ada sekali tu, ayah Acik beli tabung kura-kura yang boleh buka
kat bawah tapi dia lekat dengan gam gajah.
Langsung tak boleh bukak.

Adik Acik macam biasa la..simpan duit dalam tabung.

Haish...jangan la korang main-main dengan budak kreatif ni.
Acik korek tabung ikut lubang atas belakang kura-kura tu.
Apa susah..
Tapi sakit leher la. Kena dongak lama-lama.




Jadi...sempena cerita pasal tabung ni, Acik nak bagi hadiah tabung
kat rakan-rakan Acik ni. Hadiah tabung Acik dah beli tapi 
Acik tak ingat berapa biji Acik beli haritu.
Konsepnya sama dengan tabung ayam ni.
Nak keluarkan duit dalam tu, kena jahanamkan dulu,
baru boleh keluarkan duit tu.
(Tapi kalau bagi kat Acik, kacang je Acik setelkan)

Jawab soalan sikit je..
1) Beza umur Acik dengan adik Acik berapa tahun?
2) Berapa jenis tabung yang Acik ceritakan di atas?

Letakkan link URL Blog korang sekali ye.
Cabutan akan Acik buat secara manual.

Tak nak la guna random 
(tak pandai nak guna sebenarnya)

Oleh sebab esok hari Ahad, korang bercuti tapi Acik bekerja,
maka penyertaan ini akan ditutup malam esok, jam 11.59 malam.
9 November 2014.

KOMEN AKAN ACIK TERBITKAN LEPAS
WAKTU TUTUP PENYERTAAN YE.
GOOD LUCK SEMUA!!

SEKIAN...




32 comments:

  1. hahahaha.. kelakar lah acik ni...
    habis semuanya dikorek...
    jawapan untuk soalan acik...

    1) beza umo acik and adik acik, setahun...
    2) acik cerita 3 jenis tabung diatas.. tabung korek dari bawah, tabung kunci tak jadi, tabung kura2 korek kat atas.. hahaha...

    http://miamorzafirah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu Firah..orang kreatif ni, jangan di bagi kerja..

      Delete
    2. sebab kreatif lah boleh jadi baker kan.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Ok..betul jugak..nantikan entri Acik buat cabutan pulak

      Delete
  3. 1) Beza umur Acik dengan adik Acik berapa tahun?
    Beza setahun.

    2) Berapa jenis tabung yang Acik ceritakan di atas?
    3 jenis.

    Kesian adik acik sebab dapat kakak yang sangat kreatif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess...betul HSB...sila berhubung dengan penganjur..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan

      Delete
  4. 1) selang setahun
    2) 4

    www.sihatitunikmat.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan no.2 tu, gambar je...Acik cerita pasal 3 jenis je..dapat jugak hadiah.tunggu ye

      Delete
  5. Jawapan no.1 beza umur acik dan adik acik 1 tahun..
    Jawapan no.2 ada 4 jenis tabung acik ceritakan dalam entry nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No.1 betul...No.2 salah...tapi dapat hadiah jugak

      Delete
    2. Thanks kak watie.. kira sekali tabung yang kak watie nak bagi skali laa tuh.. hehehe.. apapun thanks banyak2..

      Delete
  6. Alamak..wana x tempat join la..huhu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah nasib baik betul. Susah betul soalan acik. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah,kan??Kalau senang, takkan ada yang salah jawab

      Delete
  8. ni jawapan kite.
    nak jawqb jugak walaupun dah tutup! haha
    bezq setaun... and acik becakap psl 3 tabung...
    haha tak sangke betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaaa....jangan la buat Acik serba salah pulak!!Adoi!!

      Delete
    2. haha kite saje nk jawab lah acik.. jgn biarkan rase serbe salah mnyelubungi acik ye..

      Delete
  9. wah tahnaih ye yang berjaya..
    kesian kat adik acik. dia menabung, tapi acik korek pula. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan..tapi adik...dia redha je dapat kakak camni..

      Delete
  10. ala..JM terlepas entri ni maybe waktu tu masih bercuti di korea so mmg lama x terjah blog kawan2..kalau x mesti dpt hadiah dari Acik gak..

    JM lak nak tanya..berapa umur Acik skrg hih..kalau malu nk ckp kat sini boleh email ke JM hihhi

    ReplyDelete
  11. Tabung x kisah.
    Yang penting, duit dalam tabung.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...