Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entri ini dibuat bukan untuk membangga diri,
tetapi sebagai landasan untuk Acik beritahu
bahawa kami (bakers Malaysia) ada menjalankan
kerja-kerja amal selain memanjangkan derma
atau bantuan daripada orang ramai.
Selain itu untuk memberitahu kepada penderma-penderma
bahawa derma mereka telah selamat diagihkan.
Bulan Syawal yang lepas, Group Heart2Heart Mission (FB)
telah menganjurkan satu projek.
Bukan senang Acik nak war-warkan perkara ni.
Macam-macam pertanyaan...
Ada juga yang Acik wasap, terus tak jawab-jawab.
Apa la salahnya bagitahu yang anda tidak berminat.
Acik tak ambik la duit tu...
Acik tambah lagi, ada la...Mana boleh kita beli barang, harganya sharp?
Takkan pulak Acik nak beli barang harganya kurang dari RM30?
Paling-paling kurang pun, lebih 10sen.
Fasa pertama (ada beg woven)
Kumpulan sasaran adalah mereka yang mempunyai
bilangan ahli keluarga yang ramai, pengawal keselamatan,
tukang sapu dan yang seangkatan dengannya.
Masa sangat suntuk.
Nak agihkan masa bekerja, puasa, cari orang,
beli barang, packing barang.
Memang benar-benar menuntut komitmen yang tinggi.
Fasa kedua (tak ada woven beg sebab HQ tak sempat nak pos dah)
Fasa kedua, Acik diserang demam...mungkin sebab terlalu letih.
Beli barang dan packing.
Member yang nak bantu tu, ada hal last minit.
Jadi buat la sorang-sorang.
Daripada beli barang sampai la ke serahan tangan.
Fuhh...mencabar..
Tapi seronok..dapat bantu orang.
Pak cik ni faham ke tak Acik cakap bahasa luar..
Last sekali, petang nak raya tu, dalam kul 6 petang,
Acik gagahkan juga diri mencari pak cik-pak cik beca.
Jumpa la 2 - 3 orang...tak ramai dah sebab orang dah nak raya esok.
Acik yang pemalu ni, tebalkan muka juga,
usung plastik ni, bagi kat mereka.
Hulur sikit duit raya...suruh mereka balik.
Penerima area Ketereh
Mak cik ni pula, salah seorang yang Acik tak dapat nak bantu
agihkan kepada penerima sekitar kampung.
Kepala memang dah berat sangat.
Maafkan saya, makcik...
Penerima area Pengkalan Kubor.
Penerima di Kelantan, 110 orang.
Tu pun HQ nak bagi duit lagi, mintak belikan ayam.
Beri kepada penerima.
Bukan tak nak bagi, tapi mana nak raba ayam last minit?
Tumbang kat situ jugak Acik pagi raya tu nanti.
Dan kali ni, mereka ada buat projek lagi.
Insya Allah Acik bantu mereka.
SEKIAN..
Bagus juga buat kerja amal macam ni acik..membantu golongan yang kurang mampu..
ReplyDeleteSeronok bantu mereka...kita nak sedekah sorang-sorang, memang tak mampu, jadi bantu memanjangkan sedekah orang pun, seronok juga
Deleteaktifnya acik...bestnya!
ReplyDeleteIsi masa lapang je Sofie...
DeleteSati kepuasan dpt bantu org. Smg Allah kurniakan pahala berlipat kali ganda pd acik sekeluarga.
ReplyDeleteBetul Sue...satu kepuasan..ralat jugak bila demam hari last nak dekat raya...terlampau memaksa diri agaknya
Deleteseronok dpt bantu orang kan...alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah....kita bantu orang yang nak membantu orang lain
DeleteAsalam..aktifnya acik..good luck acik..
ReplyDeleteTQ khaty...saja-saja je ni..
Deleteaktifnya kak watie bantu orang.. semoga Allah kurniakan pahala dan murahkan rezeki kak watie..
ReplyDeletebiasa je Eyda...aaminn
Deleteakak, Eyda tag akak untuk segmen GA nih..
ReplyDeletehttp://izzeyda.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html
TQ eyda...nanti jap lagi Acik pi jenguk
DeleteMulia sungguh hati Acik buat kerja amal macam ni. Siannye sampai demam2.
ReplyDeleteSemoga Allah tambahkan pula rezeki untuk Acik.
Ala doc ni..biasa je la...jangan puji melangit..tq atas doa tu
DeleteAde mse n tenaga mmg bgus buat kerja amal. Xmcm org lain yg suka buang mse utk kj yg xde pekdah.
ReplyDeleteBelog Miss Balqis
Betul...terpikir jugak, sampai masa nanti, kita pun perlu bantuan daripada orang
Deleteceria je muka bila dapat hadiah . alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah..suka tengok mereka tersenyum
DeleteSemoga Allah membalas nya atas hasil titik peluh demam tu.. insyaAllah
ReplyDeleteInsya Allah...
Deleteakak buat sorang je ke semua tu? HQ duk area mana? xpela kak. semuanya Allah dah hitung. kalau saya mampu, teringin nak jadi macam akak :)
ReplyDeleteHQ kat KL..
DeleteSeronoknye acik...
ReplyDeleteayu suke kalau join aktiviti amal cmni...
Pnt mmg pent.. tp puas
sian acik demam2 pon bkrja keras..
smoga acik trs dimurahkan rezeki