Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semenjak dua menjak tiga menjak ni,
lepas demam baru-baru ni,
Acik slow sikit mengupdate blog.
Tak tahu kenapa..
Sebab sejuk agaknya.
Mungkin juga terpaksa berkejar dengan
hari-hari last di pejabat.
Nak berurusan dengan guru-guru di sekolah.
Maklumlah, jika dah start cuti sekolah,
cikgu-cikgu ni memang Acik tak jumpa dah..
Hingga lah ke tahun depan.
Bila urusan kewangan ni masih tak setel lagi,
jadi terpaksalah Acik mengejar mereka.
Nak tunggu mereka mengadap Acik, memang tak la.
Mereka sibuk dengan 'print-out' result peperiksaaan
yang sekarang ni semuanya online.
Sekarang ni, rata-rata pantai timur tengah mengalami
hujan sepanjang hari.
Pagi-pagi nak pergi kerja, hadoiii....sejuk wey!!
Macam mandi air batu.
Rumah Acik tak ada water-heater.
Memang ketap bibir la mandi.
Sekali sehari je mandi.
Cukup la tu. Alhamdulillah badan kecik je.
Kurang berpeluh..
Memandu ke pejabat, 1 jam tu macam-macam perasaan ada.
Mengantuk tu tak payah cerita la.
Memang 'layan' je drive.
Lampu memang kena sentiasa nyala.
Perhatian tu 200%.
Jalan licin, pemandangan terhad.
Tu yang badan jadi bertambah letih.
Ingat memandu tak letih ke?
Jangan main-main...fokus lebih tu yang buat mata mengantuk.
Rumah Acik ni, asal hujan je, penuh la rumah.
Segala jenis besen keluar.
Daripada anak besen sampailah ke bapak besen.
Beratur sepanjang jalan.
Ruang tamu pulak penuh dengan pakaian.
Nak sidai kat luar, alamat tak kering la.
Jadi sidai dalam rumah je.
Tak nak hapak?? Guna jenama 'Haiyaaa...'..
(Tetiba terbaik hati nak promote)
Jadi, bila dah hujan ni, cuti banyak mana pun, tak guna jugak.
Tak boleh nak ke mana.
Nak keluar Kelantan, takut keluar boleh,
nak masuk Kota Bharu semula tak lepas.
Pergi kerja balik kerja la nampaknya.
Sepanjang perjalanan Acik ke pejabat,
memang tak de langsung tempat yang dinaiki air.
Kalau ada tempat naik air, ada can jugak la
kerja dekat-dekat dengan rumah.
Lapor diri di sekolah yang berdekatan dengan rumah.
Oklah...berhenti la membebel Acik Watie oii...
Tak reti berhenti pulak macam hujan ni.
Jangan main hujan...nanti demam.
Jangan berendam dalam banjir...nanti hanyut.
Kepada blogger-blogger yang bekerja sebagai guru,
SELAMAT BERCUTI YE..
SEKIAN...
Betul kalau hujan sejuk sungguh.. nak mandi pun sejuk sesangat.. harap2 tak banjir laa yaa.. risau plak musim tengkujuh nih..
ReplyDeleteInsya Allah tempat Acik tak naik air..cuma longkang-longkang je la banyak yang tersumbat. Alhamdulillah...nak habis sekolah dah ni...kurang sikit la risau anak-anak ke sekolah
Deletesini pun sejuk gak. mandi pun sekali sehari ja. harapnya tak banjir la kat sana..
ReplyDeleteSejuk....nak masak air panas, tak rajin...insya Allah tak banjir kawasan Acik..tempat lain, ada potensi..
DeleteKt kl pun hujan acik..kt klntn mmg musim. Mg tiada betlaku banjir di sana. Mil ada di kb. Tmpt tu pun mmg selalu banjir.
ReplyDeleteKena jaga-jaga la musim hujan ni
Deletesekarang musim hujan kan.. jadi, nak kemana-mana payah sikit..
ReplyDeleteMama Niza
Memang susah sikit. Acik jarang pakai payung...ladies sangat nampaknya...selalu lari je..tu yang jadi susah sikit nak bergerak
DeleteErm..semoga cpt smbuh achik..
ReplyDeleteTerima kasih...lambat sangat nak sembuh..
Deletehati2 ye kak . nasib saya tengah cuti lagi ni . kalau tak taj tau la mcam mana prgi kolej
ReplyDeleteok Parihh...bawak motor tu slow2
DeleteHehe.. mandi sekali sehari.. der org kata petua awek muda. Hahaha. Ntah betul ntah idak.
ReplyDeleteAwet muda ke??Hmm..kena kekalkan mandi sekali sehari ni..
DeleteSkrng ni dah masuk musim hujan.. sejuk je. Seronok juga utk bermalas2an waktu cuaca sejuk berbanding keadaan masa musim panas terik dulu hehee. Harap2 musim hujan kali ni tak sampai membawa bencana spt banjir teruk & sbgnya. Tp mmg betul.. bab nk mandi tu uhhh... sejukkk.. :D
ReplyDeleteMemang seronok bermalasan ni KK...ndak2 pulak, nak makan, siap semua...tak payah cari..
Deleteskrg musim hujan dah kan.. banyak dah kawasan yang naik air.. huhu..
ReplyDeleteair pun macam air ais da.. hehe
Tu la...air macam ais...badan jadi kebas je mandi pagi2
DeleteJelesssss.. cikgu cuti dah.. selamat bercuti walaupun post ni panjang tapi tersenyum saya baca.. best layan blog ni memalam..
ReplyDeleteSalam perkenalan Saya Aula penulis di blog aulawrites.blogspot.com, semoga Watie akan dapat sedikit ilmu dari perkongsian saya di blog.
Terima kasih menyinggah di blog Acik...Acik ni memang suka mengarut-ngarut..jadi la panjang berjela. Insya Allah, Acik akan jenguk ke sana
DeleteMesti banyak kerja nak kena settle sebelum cuti kan, Acik.
ReplyDeleteJangan lupa rehat cukup2 ye :)
banyak keje kak...cikgu dengan hal mereka, kita pulak nak kejar mereka...
DeleteBunda baru dengar berita tv pagi tadi ..dah ada sesetengah tempat dah naik air/banjir...
ReplyDeletetu la...belakang rumah Acik dah naik air dah Bunda..
Deletesaya suka hujan!! sejuk!! boleh hibernate.. ekeke. harap2nya tak banjir teruk lah yer..
ReplyDeletealangkah seronoknya kalau dapat hibernate tu...
Deletepatut sunyi... sobbb....
ReplyDeleterest well.. eat well Acik..
eat well....rest not very well
DeleteKat Seremban pun sejuuuukkk sangat pepagi kalau nak mandi memang nak cepat2 je.
ReplyDeleteSejuk ke tulang.
Orang kurus macam kita ni memang sejuk sampai tulang
Deletesini dah x hujan acik.... sini start panas terik. nak buka mata pun susah. sobs T___T saya suka hujan. hujan bawa rahmat...
ReplyDeletesaya ingatkan acik cakap pasal rain penyanyi tu. hehehe
ye la Amy J...masa mula2 dapat idea nak tulis pasal rain, ada terlintasgak nak cite pasal Rain tu..tapi terlupa
DeleteHehe. Moga acik sabar tempuh hujan tu.
ReplyDeleteSy x bcuti..sob3
Belog Miss Balqis
Sama la...Acik pun tak cuti jugak
Deleteamboi kak jimat sungguh air mandi sekali je sehari. hehe
ReplyDeleteSejukkkkk la HSB...Mama Myja cakap Awek muda..
DeleteTp skg ni on off je hujan acik.. badan pon nk demam sbb cuaca xtentu.. kejjap panas kejap hujan... kadang2 mandi berkali2 kadang2 mmg mandi skli je.. berketar2 badan.. hhehehe
ReplyDelete