Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semua pasangan yang dah berkahwin
pasti mahukan anak.
Janganlah bersedihnya andainya kamu tidak dikurniakan
anak lagi setelah lama mendirikan rumahtangga
kerana sesungguhnya mendidik anak itu sangat mencabar.
Jangan menyesali nasib hanya kerana tidak mempunyai anak.
Bersyukur kerana pastinya anda mempunyai kelebihan
yang tidak ada pada orang lain.
Mungkin anda mempunyai pekerjaan
yang menuntut sepenuh perhatian anda.
Jika Allah kurniakan anak, maka anak tersebut akan terabai.
Mungkin juga dengan sebab anak, anda mungkin tidak dapat
fokus pada pekerjaan anda sekarang.
Mungkin juga dengan tahap kesabaran anda sekarang,
Allah tidak berikan lagi anak.
Jika dikurniakan anak ketika ini, mungkin 1 hari
anak itu akan menjadi mangsa penderaan anda.
Semuanya boleh jadi DENGAN IZINNYA.
Mendidik anak sangat banyak cabarannya.
Dengan didikan yang betul, kita mampu untuk membina
kehidupannya yang lebih baik.
Apa yang kita buat, apa yang kita tuturkan
semuanya jadi ikutan mereka.
Jika kita selalu gunakan ayat-ayat yang kasar,
maka mereka juga akan menggunakan perkataan yang kasar.
Jika kita asyik merungut, maka anak akan ikut.
Tersepak batu, merungut.
Lambat dapat makanan, merungut.
Rantai basikal putus, merungut.
Bukankah itu situasi yang tidak elok.
Ketika anak-anak masih kecillah
kita perlu mendidik mereka dengan kelembutan berbahasa,
kekuatan hati dan ketahanan melawan cabaran hidup.
Jadi, marilah kita sama-sama bentuk peribadi anak-anak kita.
Kita mulakan dengan pemakaian harian mereka kepada
yang lebih sopan dan menutup aurat.
Ada yang tak sanggup nak membantu anak menutup aurat
atas alasan kasihan anak panas.
Sememangnya pada awalnya anak-anak akan panas
tetapi jika setiap hari mereka tutup aurat,
maka akan menjadi kebiasaan.
Kita patut kasihan pada mereka di akhirat nanti.
Bukan sekarang.
Setakat ini sahaja perkongsian PENDEK Acik.
Semoga ia dapat membantu kalian
ke arah yang lebih baik
dalam usaha menguruskan anak-anak.
Peringatan untuk Acik juga.
Insya Allah..
SEKIAN...
JM setuju dengan nukilan Acik ni..mmg betul cabaran begitu banya kdalam mendidik anak2...terdapat pasangan berkahwin berusaha utk mendapatkan anak bagi menambah keceriaan dalam rumah tangga. JM ada kenalan after 10 year bercerai dgn alasan tiada anak..suami mahukan anak..pelbagai cara dan ikhtiar di lakukan tetapi tidak berhasil...setiap pasangan berkahwin dalan minda dorang ingin kan anak..bila lambar sikit mula resah...ada segelintir x dpt berfikir bahawa itu adalah kehendak Allah..perancangan Allah lebih baik kan Acik
ReplyDeletefuhh,..nukilan..Acik tak pandai mereka ayat..rasa macam skema sangat pulak. perancangan Allah...pasti ada sebab.
DeleteSemoga perkongsian ni dpt memberi kesedaran..
ReplyDeleteMungkin tak ade rezeki anak tp rezeki laen allah berikan...
Ye...banyak dah contoh kat luar sana...ada kerja yang bagus, tapi anak tak ada. antara sabar dengan tak je
Deleteanak adalah rezeki... setiap perancangan Allah kita tidak tahu, maka bersangka baiklah..
ReplyDeleteMama Niza
Betul...anak adalah rezeki...bersangka baik dengan Allah maka kita tak akan tertekan. Banyak cara lain lagi
DeleteAnak itu anugerah Allah... Jika ada jagalah amanah Allah sebaiknya. Jika belum, bersabarlah. Insha Allah, adalah rezeki nanti ^_^
ReplyDeleteAmanah ni paling berat..membentuk manusia jadi manusia
Deleteakak! sorry dah lama x singah sini... dah masukkan akak dalam BL, baru nak menyinggah -.-
ReplyDeleteye betul. kalau saya pun, saya selalu bayang macam ni. eh, tapi bukan pasal anak lah. pasal jodoh. kalau saya berpakwe sekarang, mesti saya lupa kawan dan lupa study agaknya.
kalau saya kahwin sekarnag, mesti saya akan abaikan family saya pula ke. maybe saya malas nak cari kerja ke...
bkan fikir kenapa kita x dapat lagi, tapi fikirlah apa akan jadi kalau kita dapat sekarnag ni...
Lebih kurang je..cuma dalam konteks yang berbeza...betul macam awak fikir tu Amy J..fikir apa akan jadi, bukan fikir kenapa tak dapat lagi
Deletemendidik anak di zaman sekarang , penuh dengan cabaran...
ReplyDeletesemoga kita semua, berjaya mendidik anak anak kita ke arah yang betul
Aaminn...anak lelaki dengan anak perempuan..sama je cabarannya tapi perempuan leceh sikit.
DeleteAnak mesti copycat semua yg parent die buat. Sbb tu kite sndri kne jge tingkah laku dpn anak2
ReplyDeleteBelog Miss Balqis
ye...tu sebab kena beringat. kadang2 kita marah anak kita buat itu ini, tapi kita tak perasan yang mereka ikut apa yang kita buat
DeleteBetul....pendidikan melalui tauladan, kene selalu beringat sebelum melakukan sesuatu di depan anak-anak.
ReplyDeleteSalam kenal :)
Selamat berkenalan puan riang ria..
DeleteAnak anak zaman sekarang beruntung, bukak je mata, terus merasa kesenangan, eveb tak kaya, tapi senang. Dan cabaran sudah ada disitu. Kena ambik port, silap hari bulan, kalau tak ambik peduli, mau anak anak terjebak dengan benda yang tak betul atau berkawan dengan kawan yang salah.
ReplyDeleteZaman sekarang lagi mencabar..semuanya dihujung jari..
DeleteRezeki tu luas...rezeki anak..rezeki kesihatan,harta benda dan banyak lagi...sekiranya kita masih tak ada rezeki anak...asalkan ada rezeki kesihatan dan wang...bolehlah kita laburkan untuk manfaatkan untuk orang tua kita atau mereka yang memerlukan...
ReplyDeleteBetul tu Bunda..rezeki ada macam-macam..cuma orang je tak paham pasal rezeki ni
DeleteSaya tiada anak. Tapi ibubapa yg perlu pilih sama ada nak didik anak bagaimana. Yg sepatutnya, jadikanlah anak itu aset syurga kerana semua nya akan Allah soal di sana nanti.
ReplyDeletebetul..kerana kita yang membentuk mereka..kalau mereka tak tutup aurat, kita akan ditanya..
Deletea very good reminder, watie.
ReplyDeletebagi aida yg ber anak 3 ni, sungguh byk dugaan dlm mendidik anak.
kekuatan dlman amat perlu :)
(aida menerjah dari mamaniza.com)
salam perkenalan aida...banyak cabaran didik anak ni..semuanya di tangan kita
DeleteKehadiran anak-anak membawa kepda kehidupan yang berbeza berbanding sebelumnya..
ReplyDeleteYang x merasainya takkan mengerti.
Itu saja yang ingin saya katakan.
Betul Doc...apa-apa saja yang kita nak buat, kita akan fikirkan anak dulu
Delete