Thursday 20 November 2014

SuKaReLaWan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri ini dibuat bukan untuk membangga diri,
tetapi sebagai landasan untuk Acik beritahu
bahawa kami (bakers Malaysia) ada menjalankan
kerja-kerja amal selain memanjangkan derma
atau bantuan daripada orang ramai.
Selain itu untuk memberitahu kepada penderma-penderma
bahawa derma mereka telah selamat diagihkan.

Bulan Syawal yang lepas, Group Heart2Heart Mission (FB)
telah menganjurkan satu projek.



Bukan senang Acik nak war-warkan perkara ni.
Macam-macam pertanyaan...
Ada juga yang Acik wasap, terus tak jawab-jawab.
Apa la salahnya bagitahu yang anda tidak berminat.
Acik tak ambik la duit tu...
Acik tambah lagi, ada la...Mana boleh kita beli barang, harganya sharp?
Takkan pulak Acik nak beli barang harganya kurang dari RM30?
Paling-paling kurang pun, lebih 10sen.



Fasa pertama (ada beg woven)


Kumpulan sasaran adalah mereka yang mempunyai
bilangan ahli keluarga yang ramai, pengawal keselamatan,
tukang sapu dan yang seangkatan dengannya.

Masa sangat suntuk.
Nak agihkan masa bekerja, puasa, cari orang,
beli barang, packing barang.
Memang benar-benar menuntut komitmen yang tinggi.



Fasa kedua (tak ada woven beg sebab HQ tak sempat nak pos dah)


Fasa kedua, Acik diserang demam...mungkin sebab terlalu letih.
Beli barang dan packing.
Member yang nak bantu tu, ada hal last minit.
Jadi buat la sorang-sorang.
Daripada beli barang sampai la ke serahan tangan.
Fuhh...mencabar..
Tapi seronok..dapat bantu orang.




Pak cik ni faham ke tak Acik cakap bahasa luar..


Last sekali, petang nak raya tu, dalam kul 6 petang, 
Acik gagahkan juga diri mencari pak cik-pak cik beca.
Jumpa la 2 - 3 orang...tak ramai dah sebab orang dah nak raya esok.

Acik yang pemalu ni, tebalkan muka juga,
usung plastik ni, bagi kat mereka.
Hulur sikit duit raya...suruh mereka balik.


Penerima area Ketereh


Mak cik ni pula, salah seorang yang Acik tak dapat nak bantu
agihkan kepada penerima sekitar kampung.
Kepala memang dah berat sangat.
Maafkan saya, makcik...





Penerima area Pengkalan Kubor.


Penerima di Kelantan, 110 orang.
Tu pun HQ nak bagi duit lagi, mintak belikan ayam.
Beri kepada penerima.
Bukan tak nak bagi, tapi mana nak raba ayam last minit?
Tumbang kat situ jugak Acik pagi raya tu nanti.


Dan kali ni, mereka ada buat projek lagi.
Insya Allah Acik bantu mereka.




SEKIAN..





25 comments:

  1. Bagus juga buat kerja amal macam ni acik..membantu golongan yang kurang mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bantu mereka...kita nak sedekah sorang-sorang, memang tak mampu, jadi bantu memanjangkan sedekah orang pun, seronok juga

      Delete
  2. Sati kepuasan dpt bantu org. Smg Allah kurniakan pahala berlipat kali ganda pd acik sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sue...satu kepuasan..ralat jugak bila demam hari last nak dekat raya...terlampau memaksa diri agaknya

      Delete
  3. seronok dpt bantu orang kan...alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....kita bantu orang yang nak membantu orang lain

      Delete
  4. Asalam..aktifnya acik..good luck acik..

    ReplyDelete
  5. aktifnya kak watie bantu orang.. semoga Allah kurniakan pahala dan murahkan rezeki kak watie..

    ReplyDelete
  6. akak, Eyda tag akak untuk segmen GA nih..

    http://izzeyda.blogspot.com/2014/11/simple-1st-giveaway-segment-by-beba-ifa.html

    ReplyDelete
  7. Mulia sungguh hati Acik buat kerja amal macam ni. Siannye sampai demam2.
    Semoga Allah tambahkan pula rezeki untuk Acik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala doc ni..biasa je la...jangan puji melangit..tq atas doa tu

      Delete
  8. Ade mse n tenaga mmg bgus buat kerja amal. Xmcm org lain yg suka buang mse utk kj yg xde pekdah.
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...terpikir jugak, sampai masa nanti, kita pun perlu bantuan daripada orang

      Delete
  9. ceria je muka bila dapat hadiah . alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..suka tengok mereka tersenyum

      Delete
  10. Semoga Allah membalas nya atas hasil titik peluh demam tu.. insyaAllah

    ReplyDelete
  11. akak buat sorang je ke semua tu? HQ duk area mana? xpela kak. semuanya Allah dah hitung. kalau saya mampu, teringin nak jadi macam akak :)

    ReplyDelete
  12. Seronoknye acik...
    ayu suke kalau join aktiviti amal cmni...
    Pnt mmg pent.. tp puas
    sian acik demam2 pon bkrja keras..
    smoga acik trs dimurahkan rezeki

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...