Wednesday, 24 February 2016

MAJLIS SARAPAN PAGI BERSAMA ADI PUTRA, MIRA FILZAH DAN BLOGGER

Tazabarnya nak cerita.....

Pagi tu, 20.02.2016 (Sabtu), Acik terlambat bangun.
Mama pun sama. Sebabnya kami tidur rumah adik
jadi semuanya janggal. Dah la tersedar lambat, 
cari jam dinding pun tak jumpa. Nak lilit shawl pun rasa nak bertempik je
sebab tak jumpa cermin besar.

Jam 7.10 pagi, Acik bertolak dari Melaka. Dengan tak tahu berapa kilometernya
dari Melaka ke Bangi, Acik gerak dari rumah adik
dengan rasa geram. Geram sebab tudung tak jadi. Grrr..

Makan tak sempat. Lapar giler. Kalau dilayan makan, bertambahlah lambat.
Masuk highway, tengok signboard, 100km++. 
Maknanya ada 1 jam lebih nak sampai ke Bangi.
Takut dah nak wasap kat KK (Khir Khalid) . Nanti ditanyanya Acik kat mana,
susah jugak nak jawab tu.
Takkan nak jawab baru naik highway sedangkan mereka dah start berkumpul

Acik nak cerita ni pun seriau lagi ni.

Disebabkan dah lambat, penganjur pun dah banyak kali bagitahu jangan lambat,
Acik tekan minyak sampai 140km sejam tau.
Fuhhh... memang tak pernah Acik cecah selaju tu.
Tobat dah.. tak nak buat camtu lagi.

Tapi tetap sampai jam 8 lebih jugak sebab 140km tu pun kejap-kejap je.
Datang pikir yang bukan-bukan, slow balik.. 
Masuk lorong tengah.
Bila pikir balik orang dah start majlis, tekan minyak semula sampai 140km.
Camtu la sampai la ke Bangi.

Dipendekkan cerita, dapat la jugak sampai dengan selamat.
Tapi eee... itu la last rasanya Acik pergi majlis camtu sorang-sorang.
Tengok la sebab apa?





















Semuanya gambar ambik sendiri tau. Tak ada kawan.
Takkan nak berkawan dengan KK pulak.
Dengan blogger lain, Acik tak kenal.

Akhirnya, Acik mintak tolong sorang blogger, tak tahu nama apa,
snapkan gambar Acik. Biar la dia nak cakap apa pun,
asalkan dapat bergambar.




Sorry Abang Adi..Acik terpegang sikit siku. Bukan sengaja tau.





Dalam banyak-banyak gambar mereka bersama blogger,
gambar ni je Acik ada sebab kepala ting tong sangat.
Badan letih. Tak daya nak lawan peminat fanatik Adi Putra.
Acik pandang je la gelagat mereka.

Terima kasih kepada Tuan Haji Denaihati dan team kerana
memberi peluang Acik merasa indahnya hidup berblogger.
Sekurang-kurangnya Acik dapat peluang ini atas nama BLOGGER.










25 comments:

  1. tak bergambar dengan KiD pun... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik kan pemalu..hihiii..nak snap tapi takut.

      Delete
  2. best nyer, janji dapat jumpa dengan artis gitu.. :)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. punya tekan sampai 140 kmh.. ish2

    ReplyDelete
  4. pergh adi putra tu..in real....wasemen acik..jelesnya rasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeles sikit2 sudah la..Acik pun jeles jugak

      Delete
  5. perghh acik, beraninya pecut sampai 140km/jam, alhamdulillah semua selamat. cantik jer terletak shawl acik pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani jugak speeding camtu. Harap tak kena speed trap je. Shawl tu pulas2 time kat traffic light

      Delete
  6. Ishh laju pecut tu Watie... syukurlah smpi dgn selamat. Pengalaman yg ceria dan mmg seronok bila dpt berkumpul ramai2 mcm ni apatah lagi bila ada retis yg mmg ngetopss kan... in shaa Allah, moga dpt berkumpul lagi dlm acara2 spt ni lagi nnti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketar jugak tangan ni KK..stereng gegar. Tak pernah buat. Tu la last. Seronok jugak dapat jumpa blogger lain live

      Delete
  7. Laaa...nape tak berkawan gan kita, kita sanggup snap gambar tau. Lain kali kalau nampak akak tegur2 lah ya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time ni kak..seat pun Kid yang carikan. Sebelum tu intai dari luar je. InsyaAllah kalau jumpa lagi, saya tegur. Anyway, akak cantik hari tu.

      Delete
  8. wah seronoknya acik..dah la dapat makan malam..pastu dapat gambar dengan adi putra pula tu...alahai bertuahnya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pun tak habis tau wana..sampai-sampai, orang dah nak makan. Makan dulu la sebab lapar pastu baru intai retis

      Delete
  9. Untungnya acik sebab dapat pegang sikut adiputra hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. siku je pun..alahai..ralat pulak rasa. TERpegang

      Delete
  10. itulah untungnya Blogger.. kalau tak susah jugak nak jumpa artis bagai nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang Acik bersungguh sangat ke sana. Bukan senang dapat sedekat itu

      Delete
  11. Nanti hati2 tau, jangan speed macam tuh.. nasib selamat sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
  12. Wah, acik! Bukan main lagi bergambar dengan hero heroinnya :)

    ReplyDelete