Bismillahirrahmanirrahim..
Semoga Allah merestui perkongsian ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sekali lagi, Acik nak berkongsi pengalaman
sepanjang Acik dalam proses mengenal Allah.
Dalam proses mempertingkatkan diri ke jalan Allah.
Sejak Acik bersendirian, jiwa Acik sering tidak stabil,
kerana terkenangkan balasan yang Acik dapat
bila sepenuh harapan dah Acik beri
pada kehidupan berumah tangga
tanpa menitik-beratkan suruhan Allah
hancur begitu sahaja.
Acik pernah buat perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Menyalahi, memarahi Allah.
Malah lebih dari itu.
"Kenapa Engkau buat aku macam ni?"
"Aku sembahyang pun sama jugak"
Tanpa Acik sedar bahawa kita perlu istiqomah
dalam mengerjakan suruhannya.
Ini tidak..
Sembahyang jika ada apa-apa nak minta.
Sembahyang bila dalam kesusahan.
Pastu nak minta Allah tunaikan segera apa yang diminta.
Memang Acik betul-betul silap.
Dah minta, Allah tak tunaikan, marah pula.
Ampun Ya Allah!!
Allah,
Begitu cantik aturanMu.
Kau pisahkan kami kerana kami
tidak menjagaMu.
Acik dan dia sama-sama sibuk
dengan urusan dunia.
Bak kata Acik sebelum ini.
Sibuknya kami umpama nak ucapkan Alhamdulillah pun tak sempat.
Sekarang ini...
Alhamdulillah.
Allah sudah jauhkan Acik dari kelalaian kali pertama itu.
Allah,
Kali kedua Kau beri aku jodoh,
dengan orang yang menyayangi aku,
sangat memahami aku,
mampu beri aku kehidupan yang baik.
Mampu menerima anak-anak aku bersama suami pertama.
Aku masih lagi dalam kelalaian.
Sekali lagi aku mohon ampun dariMu.
Sembahyangku 'lekat' sikit daripada perkahwinan yang pertama.
Mungkin sebab itu Allah beri jodoh yang ok sikit.
Tapi atas sebab kami tidak istiqomah
dalam menjaga sembahyang dan amalan-amalan lain,
maka keputusan yang sama Acik terima.
Acik dah berusaha sebaik mungkin,
menariknya ke arah keluarga Islam
tetapi apa yang boleh Acik buat?
Pasanglah niat untuk berubah,
Insya Allah, Allah akan bantu.
Satu persatu Allah beri 'hint' pada Acik.
Antara yang Acik perasan ;
1. Rambut Acik mula ditumbuhi uban
dalam usia yang boleh dikatakan muda.
2.Rambut tak panjang-panjang bertahun-tahun lamanya.
Tak perlu bersangka buruk dengan Allah.
Allah nak bagitahu, 'kalau malu, tutup la rambut tu.'
Bukan Acik tidak bertudung tapi bertudung
cuma bila keluar ke kedai atau bekerja.
Kalau keluar rumah nak sapu depan beranda ke,
nak jemur baju ke, Acik tidak bertudung.
3. Dah 2 kali Acik jemur kain, lengan Acik tersangkut di pagar kawat.
Panjang juga lukanya.
Acik rumuskan bahawa Allah bagitahu ;
"Tutuplah lengan tu..kan lengan tu aurat"
Sebab Acik pakai T-shirt lengan pendek.
Istighfar banyak-banyak.
Allah tak kejam. Dia bagi 'hint' yang manja-manja dulu.
Tidaklah Dia bagi 'hint' yang kejam-kejam.
Contoh : Tengah cantas pokok depan rumah,
tercantas lengan sendiri.
Allahu Rabbi..jauhkanlah dari kami.
4. Drive kereta, mengantuk.
Terhuyung hayang kepala. Pastu anak mengamuk-ngamuk
kat belakang. Acik marah.
Bila kita dah marah, automatik tak mengantuk dah.
5. Dah beberapa kali, Acik nak update status kat FB
yang berbaur perli-perli.
Bila nak post je, line tak ada.
Loading-loading tak boleh jugak.
Tunggu line, sampai fed-up.
Nak marah juga tapi bila dah mula bersangka baik dengan Allah,
Acik rumuskan bahawa Allah tak benarkan ayat itu dipostkan.
Pilihlah rakan-rakan yang boleh
membawa kita ke arah kebaikan.
Pilihlah rakan-rakan yang bahasanya elok-elok.
Tidak memaki hamun orang,
tidak mencerca setiap aturan Allah.
SETAKAT INI DAHULU PERKONGSIAN
PENGALAMAN ACIK.
SEMOGA JADI IKTIBAR UNTUK RAKAN-RAKAN SEMUA.
Terima kasih Allah kerana memilih aku
untuk berada di sini sekarang.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah..moga kita terus diberi kesempatan untuk bertaubat di atas segala dosa-dosa kita yg banyak..tak kira dosa zahir mahupun dosa batin.
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga Acik dapat upgrade diri sebaiknya.
DeleteCerita kita hampir sama walau tidak sepenuhnya.
ReplyDeletewish u tabah dan sabar juga
DeleteBetter late than never :)
ReplyDeleteNice sharing acik.
betul tu budak..better late than never
Delete