Tuesday, 23 September 2014

SEGMEN WALKING WITH USRAH

Assalamualiakum dan salam sejahtera,

Pertamanya, terima kasih kepada owner segmen ni kerana sudi
men'tag' Acik untuk turut serta berkongsi
pengalaman hidup sepanjang bergelar umat Muhammad.

http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/09/segmen-walking-with-usrah.html


Di sini, Acik nak berkongsi pengalaman.
Harapnya beri pengajaran dan panduan untuk semua yang lain.

SEMBAHYANG TIANG AGAMA

Memang sangat benarlah, sembahyang itu tiang agama.
Perkara utama dalam hidup ni ialah sembahyang.
Kalau sembahyang tak kukuh, bagaimana yang lainnya nak stabil?

Acik dah pernah kongsikan pengalaman Acik di sini.
Biar Acik terangkan sikit.
Dulu memang Acik tidak jaga sembahyang.
Sibuk menguruskan rumah tangga,
sampaikan nak sembahyang pun tak sempat.
Dalam hati nak sangat sembahyang,
tapi Acik selalu sangat gunakan alasan,
"Ah, suami aku pun tak nak sembahyang".
Kadang-kadang 
"Aku nak sembahyang tapi suami tak nak tolong langsung
jagakan anak-anak time aku sembahyang"

Macam-macam alasan Acik gunakan,
tapi percayalah, Allah itu Adil.
Apa yang Acik berikan kepada Allah,
itu yang Acik dapat balik.
Apa yang Acik jaga selama itu,
tidak kekal.

Aturan hidup telah tertulis.
Sekuat mana kita menjaga perhubungan dengan manusia,
ia takkan menjadi jika kita 
TIDAK MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Allah tidak kejam.
Kita yang tidak bersyukur dengan apa yang Dia beri.

Terima kasih Allah kerana Engkau telah
jauhkan aku dari kelalaian.
Niat untuk sembahyang tetap ada.

Kali ini Dia duga pula dengan kehidupan bersendirian
membesarkan anak-anak kecil 3 orang ni.
Sudah mula sembahyang, cuma masih tak cukup 5 waktu.
Nampak sedikit perubahan.
Anak-anak makin pandai berdikari.
Tabahnya hati mereka melihat orang lain 
ada keluarga yang lengkap.
Tiap-tiap hari ke sekolah,
hanya bersalam dengan ibu.

Allah...Cantiknya pemberian Engkau padaku...
Apa yang Acik beri, itu yang Allah pulangkan.

Along, Angah, Intan..
Alhamdulillah..terang hati.
Budi bahasa baik.
Tutur bahasa masih lagi boleh dikawal.
Mungkin juga sebab Acik selalu
ingatkan mereka tentang kehidupan mereka
yang tidak sempurna, kehidupan mereka sebagai adik-beradik.

Kali kedua cabaran hidup bermula lagi,
berumahtangga dengan orang yang kita cintai
dan menyintai kita.
Sekali lagi Acik gagal untuk bertahan
dalam memperkukuhkan sembahyang.
Kami sembahyang sekali sekala.

Dengan 'sekali-sekala' itu lah,
maka 'sekali-sekala' juga kami berpisah.
2 kali kami berpisah..
akhirnya kami ambil jalan untuk berpisah selamanya.

Alhamdulillah, setelah Acik berpisah buat kali kedua,
Acik dapat tukar balik ke kampung,
tinggal dengan mama,
kerana Acik telah berniat
jika Allah benarkan Acik untuk tinggal di kampung,
In Shaa Allah, Acik akan kerjakan SEMBAHYANG sepenuhnya.

Alhamdulillah...doa Acik diterima.
Akhirnya Acik dapat juga tunaikan perintah Allah yang paling utama ini.
Doa Acik, terangkanlah hati bekas-bekas suami Acik,
untuk sama-sama menjaga SEMBAHYANG mereka
kerana Allah akan beri kehidupan yang lebih baik.

Jika mereka rasa kehidupan mereka sudah baik sekarang,
mereka perlu ketenteraman hati.
In Shaa Allah, Allah akan beri lebih baik dari sekarang

Pengalaman Acik yang lain :


Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,
IN SHAA ALLAH....






10 comments:

  1. alhamdulillah acik, satu segmen yang bagus dan diulas juga dengan baik sekali... semoga berjaya acik ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mama...Kita yang sebenarnya memilih jalan kita sendiri.Allah beri ikut apa yang kita pilih.

      Delete
  2. alhamdulillah acik.. sebalik hujan yang lebat, ada pelangi nan indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, pelangi tu dah hampir menampakkan diri

      Delete
  3. Terbaik!!! Penyampaian usrah bdasarkan pngalaman. Cara ni lagi mudah utk orang terima sbb kmgkinan besar akan terkait dengan khidupan orang.. Syabas. Betul gak, solat tu pkara awal yg ditanya kt kubur nnt, kalau yg solat kita kuat, inshaa Allah urusan kita sesama mnusia pun kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tebalkan muka, mengaku kelemahan diri selama ini demi orang lain berubah...

      Delete
  4. Oh..jangan lupa tag kawan lain k.. Atau share usrah awak kt facebook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik try share kat FB je la...tak tahu nak tag siapa.ramai sgt kawan.

      Delete
  5. Acik, sedih nye bace....
    Takpe, Acik kuat and tabah.
    Betul tu Acik, jaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu :)

    ReplyDelete
  6. moga Acik terus istiqamah dijalan Nya :)

    ReplyDelete