Wednesday, 27 July 2016

ACIK NAIK HANTU!!

Pagi tadi, masa hantar Intan, anak Acik no.3 ke sekolah,
dia tak sempat pakai kasut di tangga sebab Acik dah start kereta.

Dia yang kelam kabut bila Acik start kereta, capai kasut,
bawa masuk dalam kereta. Nak pakai dalam kereta.

Biasanya kalau dia lambat camtu, dia akan pakai bila dah separuh jalan.

Nak dijadikan cerita, Intan pakai kasut pastu tiba-tiba dia lempar kasut.
"Macam ada benda kat dalam"

Hmm..confirm la KATAK!
Dan Acik pun berhenti tepi jalan.

Katak dah keluar dari kasut dan lompat ke arah depan kereta.
Kat wayar-wayar yang berselirat di stereng kereta. 





Masa tu, memang Acik naik hantu tau. Giler tak mengamuk.
Buatnya katak melompat kat kaki Acik masa Acik tengah drive,
apa akan jadi.

 Acik terbayangkan ini saja.

Alhamdulillah.. petangnya katak dah ditemui.
Kepanasan dalam kereta dan tak berdaya.

Selamatlah katak dan juga Acik.


11 comments:

  1. hahaha.. pernah kawan angkat kaki dari pedal minyak sebab ada katak.. bahaya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tau. Bahaya sangat. Dengan katak ni, automatik kita akan melompat. Angkat pedal, sekali dengan stereng berpusing. Nasib baik la dah jumpa katak tu. Alhamdulillah

      Delete
  2. Uish seramnya.. saye ni dh la geli ngn katak.. mau nangis saye kalo jd camtu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la..geli sgt. Dah la badan katak sejuk. Tu yang mengamuk gila kat intan tu. Risau jadi apa2 masa katak lompat atas kaki nnt

      Delete
  3. Adehh mmg terkejut klu tngh driving tu... nasib baik jugalah katak.. klu lipan ke alahai...tapi katak pun dah cukup menggeli gelemankan huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu lagi bahaya.. mau dia ketit..

      Delete
  4. pernah jadi macam tu.. nasib baik pakai stokin.. hahaha

    ReplyDelete
  5. bahaya jugak kalau terkejut masa tengah drive nak2 lagi katak ni.. Mujur la tak berlaku seperti yang dibayangkan

    ReplyDelete
  6. bahaya juga takut terkejut....

    katak memang ramai yang geli

    ReplyDelete
  7. hahaha klo saya pun geli geleman dengan katak. licin kot. nasib baik katak berjaya dijumpai. kalau tak, mesti tak tenang driving. hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...