Monday 14 November 2016

SUKU

Jika anda ke Kelantan, pasti tujuan utama adalah MEMBELI BELAH @ SHOPPING.

Antara ayat yang anda kena tahu ialah 'suku'.



Suku dalam bahasa orang luar Kelantan (lupa pula orang Terengganu guna juga atau tidak ayat ini) bermaksud 'asing'

Situasi 1:
Nak bungkus nasi berlauk di gerai depan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Contoh ayat :
"Kak, kuah suku ke?"

Maksudnya :
"Kak, kuah bungkus asing ke?"

Jawapan korang :
Angguk je. Tapi kalau nak nampak cerdik sikit, jawab la "ha".



Situasi 2:
Masih lagi membeli (sebab dah cerita awal-awal tadi. tujuan utama datang Kelantan nak shopping,kan? Jadi banyak contoh membeli je la, haha)

Nak beli kain batik crepe kat Bazaar Tengku Anis. 5 minit sebelum anda sampai ke kedai no.30, dah ada 1 family kat situ. Jadi tawar menawar pun berlaku. Anda pun sama menyibuk mengibar-ngibar dan menyelerakkan kedai no.30 tu, konon-konon nak cari yang paling memikat mata dan harga paling murah.

Anda pun nak harga sama macam orang sebelum anda.

Contoh ayat penjual :
" Kak mari suku ko? "

Maksud ayat :
" Akak datang asing-asing ke? "

Jawapan korang:
Kalau nak muka selamat, jawab la "tak"
tapi
Kalau nak duit selamat, jawab la "ye"

Selamat mencuba!!



Welcome To Kelantan.

5 comments:

  1. Camno la kuar gambar sama ni? Adoii..rajin nanti, edit semula la

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat.
    Semuga hari ini penuh dgn kesejahteraan dan penuh dgn kebaikan.

    ReplyDelete
  3. Ooh yeke. Tak perasanlah pulak bila g sane. Maybe sbb x paham kot

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  4. heheheh.. kan acik,
    bile makin belja makin byk perkataan pelik2 yang xde kene mngene pon

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...