Friday, 15 November 2019

Gunung Tok Nenek DayHike

Lama dah nak panjat gunung tapi saya tak suka berkhemah. Rasa macam susahnya nak mandi, solat, nak lepas hajat, tido. Memandangkan saya juga mudah hypo. Kesejukan dengan ketar yang susah nak hilang.

Kebetulan ada kawan ajak hiking. Ke Gunung Tok Nenek, Loging. Balik tanpa bermalam. Saya On kan ajer. Pada tarikh yang sama, saya telah mendaftar larian HSN Proton di Putrajaya. Tapi tak ada pulak yang nak drive sampai ke sana.

Pendakian dimulakan lebih kurang jam 3.30 pagi. Dengan tak cukup rehat, beg berat, saya mula dengan langkah semangat. Saya menggendong beg rakan yang penuh dengan 2 liter air. Pada saya berat tu biasa.

Ada banyak kem untuk persinggahan. Minum, makan, rehat, sembahyang. Tidak la saya ingat semua nama Kem tu. Yang saya ingat Kem Lengkuas dan Kem Berlumut. Haha..Otak letih. Tak mampu nak save

Waktu jalan dalam gelap, tak la mental sangat. Tapi bila dah cerah, nampak gunung tu pacak, hadoiiii...Rasa menyesal giler.

Kami berlima je dari Kelantan. Yang lain dari NS, KL, Selangor, Perak.

Lebih kurang jam 1.30 petang, sampai peak. Tu pun saya bertiga dengan Kak Asiah ditemani Gogo Azran. Tukang sweeper. Kesian kat dia.

Mereka bertiga ni geng padu. Siap tinggalkan megi untuk saya yang dah calar mental nak saMpai ke atas.

Sampai atas, bergambar sikit, pastu semua berbondong-bondong turun. Kami tak mampu nak kejar. Lenguh kaki, badan tak kuat. letih yakmat. Sampai seret kaki. 

Orang lain punya la laju. Waktu Maghrib orang lain semua dah keluar hutan. Kami bertiga masih dalam hutan. Lebih kurang jam 9.30 malam, baru la kami dapat keluar sampai ke starting point.

Pengalaman pertama dah kena dera..

Cukup la pengalaman ini.

3 comments:

  1. ya ampun! kalo sy mmg xnaik laaa..
    terasa letih tu nk naik.. haha

    ReplyDelete
  2. minat juga nak hiking..tapi takut pacat...

    ReplyDelete
  3. Tahniah! walaupun 1st time sampai juga ke puncak.
    Baca cerita je dah ferfeeling penat adoii...
    By the way Gunung Tok Nenek tu kat mana?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...