Sunday 21 February 2016

Antara Nak atau Tidak

Satu yang korang akan rasa ralat ialah bila ada sesuatu yang korang nak buat tapi hati rasa antara nak atau tak nak

Bila hati kata nak, situasi tak mengizinkan. Bila hati kata tak nak, situasi mengizinkan.





Bila ada yang tahu tentang trip saya, ada la yang kirimkan skali buah tangan. Saya pergi demi amanah.





Saya rancangkan perjalanan hari Jumaat pagi. Sampaikan hari Khamis petang, saya masih berbelah bagi. Terlampau banyak hal yang datang. Terlalu pembahagian masa yang diperlukan.

Hati berkata, aku perlu sahkan pembatalan ini tapi nanti dulu la.. Bagi final result malam nanti la.

Satu persatu hal diselesaikan. Banyak bantuan datang. Paling ketara, tiada sebarang order untuk hari Sabtu dan Ahad. Cuma ada order kek pada Jumaat pagi.





Alhamdulilah..segalanya berjalan lancar dan kami pun bergerak jam 12.15 tengahari. Tinggalkan along angah di rumah. Ya Allah, jagakan anak-anakku sepanjang kami tiada di rumah.





Kami sampai Melaka jam 10.20 malam. Need rest sangat tapi ada 1 lagi temujanji wajib. Dating dengan kawan sekolah. Makan-makan di Asam Pedas Pokok Besar.

Balik cepat!! Esok nak drive jauh. Alone!

3 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah Acik come back. Tengah dok pikir camne nak update blog. Tepon ni susah nak 'link'. Rindu firah jugak

      Delete
  2. Seronoknya kak watie dah menulis kembali..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...