Monday 30 March 2015

MajLis KesyUkuRan vs MajLis WaLimatul URus

Balik Kelantan, duduk dengan mak, baru la tahu macam-macam. Antaranya beza antara Majlis Kesyukuran dengan Majlis Walimatul Urus.

Selalunya, sebelum nak pergi kenduri, mesti tengok kad jemputan betul-betul..sama ada kesyukuran atau walimatul urus.

Kalau walimatul urus, mesti salam keruk ( salam sambil pass duit) atau datang bawak hadiah untuk pengantin.



Kalau majlis kesyukuran pulak, biasanya yang datang akan bawak gula, susu tin, biskut ke apa-apa la untuk tuan rumah. Memang banyak la kalau jadi tuan rumah ni. Selalunya, kami pass semula barang-barang yang dapat ni kepada orang lain.

Murah rezeki tinggal kat kampung ni..Macam-macam benda baru Acik belajar. Meh la datang Kota Bharu..

20 comments:

  1. pertama kali dengar istilah salam keruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa...salam keruk ni istilah orang neghori..sambil salam, keruk la tapak tangan orang tu, ambik duit..hihii

      Delete
  2. erm betul tu acik, kak ana dulu pun mula pelik juga dgn tradisi orang Kelantan, bila dtg kenduri akan bawa gula atau susu tin ni, sb mertua orang Kelantan, kak ana orang Perak, pelbagai adat baru yang kak ana pelajari hari demi hari.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu belum lagi kalau hantar menantu, bawak hantaran, balas dengan susu atau laici tin kak ana...dulu ada gak terlintas, benda camni pun nak buat balasan hantaran tapi lama2, baru paham...budi bahasa..org memberi, kita membalas apa yang mampu..asalkan kita bagi

      Delete
  3. pernah tengok masa kenduri sepupu sebelah lelaki.. malam sebelum majlis kawin, ada yang datang bawa gula apa bagai nih.. kak Watie citer baru tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak la eyda oii..bayangkan kalau sorang bawak 2 3 peket gula..kalau sekampung, berapa dah?terpaksa panjangkan sedekah kat orang pulak bila selesai kenduri

      Delete
    2. tu dia punya banyak kan.. boleh bukak kedai runcit kalau macam tuh.. hehehe.. tak pe, dapat jugak pahala bila bersedekah kat orang lain..

      Delete
  4. Assalam acik watie,
    oooooooooooooo
    gitew ghopernya he3
    iols pun xtau :P

    ReplyDelete
  5. kalau org jawa panggil becek. huhu

    ReplyDelete
  6. Murah rezeki kalau suka memberi ni..kan?/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Diana...rezeki kat tangan kita tu, bukan semuanya milik kita ..Allah jadikan kita sebagai orang tengah je untuk passkan ke tangan orang yang layak.

      Delete
  7. majlis kesyukuran memang amik duit.. last time kahwin anak buah buat majlis kesyukuran, ramai sgt dtg, mkanan cukup2 sampai tetamu last.. tuan rumah x de balance.. dinner beli mkanan kt luar huhuhuhu.. betul2 kesyukuran lah..

    ReplyDelete
  8. Di Kedah kalau majlis walimatulurus pun ada juga yang masih bagi gula, beras dan barang keperluan lain. yang tu selalunya sebelum majlis kenduri..kalau hari kenduri masih salam keruk juga..

    ReplyDelete
  9. Aha acik
    ayu pon tau mase majlis bertandang dulu
    lain majlis kesyukuran dgn kenduri kawen

    ReplyDelete
  10. masa saya balik kelantan aritu dekat panji. sedara saya x amek duit2 ni.. dia xnak.. tapi kalau kasi beras ke gula ke apa ke, baru diambil. oh, yang ni kenduri walimatulurus.

    ReplyDelete
  11. Johor ada salam keruk jugak :)

    ReplyDelete
  12. woooah ni first time CT tahu istilah2 ni.. selalu kalo apa2 kad mai tau kenduri je..
    tak hirau yang lain.. kasi duit n kalo kawan2 baru ada hadiah..

    ReplyDelete
  13. ohh.. gitu ek? bleh juga bagi brg ya. lagi best sebenarnya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...