Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Maaf jika pernyataan Acik ni buat sesetengah orang terasa.
Acik bukannya apa..
Acik tengok banyak sangat GiveAway yang ada sekarang ni.
Kebanyakkannya...WAJIB follow..
WAJIB ITU, WAJIB INI..
Tak salah kalau nak wajibkan,
tapi KALAU BOLEH, respon la balik
pada follower yang korang wajibkan tu.
Kesian mereka.
Memang betul, follower tu sebenarnya
untuk blogger-blogger lain yang minat dengan penulisan kita,
tapi kalau kita dah PAKSA mereka follow,
jadi kita pun kena PAKSA diri kita follow balik.
Mana yang kita dah memang follow,
just Blogwalking la..
Tak salah pun..
Memang masa tak cukup,
tapi kena ingat jugak masa kita zero dulu..
Tanpa kawan-kawan blogger ni,
kita tak akan sampai ke tahap sekarang.
Kita tak ingat ke masa mula-mula berblog dulu.
Buat entry yang syok sendiri.
Tulis macam-macam.
Tapi tak ada pun yang komen.
Tak ada siapa pun yang nak baca.
(Acik pun sama sebenarnya)
Macam dalam entry Mamaniza di sini,
dia dah beri pendapat dia..
Cuba korang baca.
"FOLLOW ME BACK"
Tu la yang biasa kita lihat.
kalau setakat letak link kita, tak apa.
Mungkin kita nak memudahkan owner blogger yang kita singgah tu
senang nak BW kita balik
tapi untuk harapkan orang FOLLOW kita balik tu,
itu hak dia.
Acik ni banyak sangat pikir..
Bila tak join nanti, takut dikata tak nak support kawan-kawan.
Tu sebab sekarang ni Acik slow sikit join GA ni.
Nak banyakkan entry, nak berbalik semula
ke tujuan asal Acik berblog.
Acik harap, ada yang memahami.
SEKIAN...
Well said acik. Tq for advice.
ReplyDeleteperingatan untuk Acik jugak Sue..Selalu beringat, berpijak di bumi yang nyata..
DeleteTerpulang pada blogger masing-masing juga. Ayuni pula ada masalah masa untuk join GA dan segmen yang diadakan kerana urusan kerja, sampai segmen sendiri pun terabai tak sempat hendak promote. Tetapi bila ada masa lapang Ayuni cuba blogwalking blog rakan-rakan blogger yang lain.
ReplyDeleteBukan semua macam tu Ayuni...mana yang ok, bagus la...yang tak ok ni yang susah..Kadang-kadang dah la komen tu publish kemudian..dah lama kita intai pun, tak jugak publish lagi..
DeleteSaya setuju dengan acik. Banyak yg suruh org follow blog dia tapi dia nak.singgah.blog kita pun tak nak. Saya bagi komen berkali kali kat blog dia tapi sekali pun dia tak pernah nak jenguk.blog saya. Saya tak minta dia follow balik tapi kalau saya dah datang blog dia dan siap.bagi komen lagi, singgah singgah la blog saya kejap.
ReplyDeleteEhem ehem...macam Acik pun ada sikit...blog awak apa ye? Ke dah ada dalam bloglist Acik?
DeleteKesian la kat member-member kita ni
JM suka sangat entri ni tau Acik...entah lah..tapi JM nk ckp jgk pasal GA ni..keabanyakan yg buat GA ni tujuan dorang nk tambah follower je bukan tujuan nk BW pun..sbb tu ada ayat Wajib Follow..hurmmm ntah2 yg follow tu pulak x pernah pun baca blog tu just sbb penuhi syarat join GA dan kalau nasib baik leh menang GA tu huhhu
ReplyDeleteAcik pun pada mulanya nak jugak buat macam JM cakap tu..follow pastu blah..tapi tak sampai hati pulak..komen la sikit..bagi link dengan harapan ada orang nampak yang kita 'jenguk' penulisan kita..tapi...hampeh..Tapi Acik bangga juga...Follower Acik ni semuanya bukan Acik paksa..tak pe...slow-slow..
Deleteayu sokong acik
ReplyDeleteyela nak bercakap pon ayu baru je sebulan nak kenal2 ng blogger laen
entry2 sblm ni mmg tok semakan sndri je
tapi tula,kalau jenis buat segmen ke entry yg dpt feedback dr owner senang sikit hati
ni nak jeguk pon tah..
sedih jugak
tapi ayu sdr jugak ayu pon masih baru dlm dunia nie..
wahhhh panjng lebar plak luahan hati
bukan luahan hati la Ayu...kita cakap yang benar..moga-moga ada yang baca dan terima pendapat kita.
Deletetu lah kan acik.. dah la suruh follow, kemain banyak lagi syarat nya.. kadang disebabkan itu jadi malas nak join.. sebabnya, dah kita singgah, dia tak singgah pun.. mcm SS.. tapi, mmg SS pun kan... hee
ReplyDeleteBetul...Kita bukan banyak masa nak join..Kadang-kadang tu, nak join jugak tapi line pulak macam siput..loading-loading, putus....klik balik...loading-loading...putus.itu baru suruh follow 1 je..kalau yang banyak-banyak tu ntah macam mana pulak..Acik pun rasa macam SS
DeleteBetullah tu acik. Saya pon kadang2 nk join segmen kena tgk syarat dulu sebab kalau banyak sangat wajib penat jugak.
ReplyDeletePastu saya cuba tetapkan blog saya kalau nak join segmen kena buat entry berkaitan segmen hanya pada hari ahad. So hari lain saya nak kawan2 blogger baca entry saya bukan segmen. Kalau boleh nak cuba buat entry yg kita sama2 dapat manfaat.
Nak join segmen pon kena komitmen jugak kan kak.
Hehe. Maap le dah terpanjang pulak komen.
tak apa...suka komen panjang-panjang..barulah anak-anak Acik nampak Acik macam study,,kuikuikuiii..
DeleteAhad Acik keje...camne tu ek?
acik buat la jumaat @ sabtu. kan cuti. hehe
DeleteKalau saya, Insyaallah saya akan blogwalking semula kepada yang selalu singgah blog saya. Selalunya blogwalking secara pukal sebab x sempat nak tgk sesatu.
ReplyDeleteSaya dah save nama2 untuk BW kat draft.
Bagus la camtu..kena tetapkan 1 hari untuk BW dan up entry
Deletesetuju dengan acik
ReplyDeleteBetul sokong jugak dengan kak watie.. yelah, siapa laa kita.. selalu hari cuti nak jugak spent time blogwalking blog kawan2.. tapi kekadang tak sempat sebab internet slow macam siput bila data dah cukup limit.. kekadang curi2 jugak time hari keja ushar jap.. time rest otak jap laa..
ReplyDelete