Sunday, 26 October 2014

DaY 8 : 10 DreAm PlaCes To Visit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini adalah hari last seksaan untuk Acik.
10 perkara yang hampir tiada sasaran
dalam hidup Acik.
Hari ke-9 dan hari ke-10,
tutup mata pun Acik boleh jawab.



Jadi hari ni, cabarannya ialah
10 tempat impian yang anda nak pergi.

Sememangnya Acik seorang yang sangat simple.
Tak simpan banyak sangat angan-angan yang tinggi
atas sebab kekurangan diri, masih lagi berpijak di bumi yang nyata.
Anak-anak adalah segalanya.
Perbelanjaan anak-anak lebih penting.

Oleh sebab itulah, Acik memang tidak simpan
angan-angan yang tinggi melangit.

Jom kita tengok, cukup ke tak 10 tempat yang diminta tu.
Semuanya ikhlas dari hati..Tak tipu punya..

1. Perancangan terdekat, nak pergi ke Cameron Highlands.
Bawak anak-anak Acik ke sana.
Acik pun last pergi masa rombongan masa darjah 6 dulu.
Perghh..lama betul.

google

2. Nak ke Pulau Langkawi. Bawak anak-anak.
Acik dah 2 kali pergi ke sana sebab kerja.
Pertama masa Kursus Induksi selama 2 minggu.
Sampai boring duduk kat sana lama-lama 
sebab Acik bukan kaki shopping pinggan mangkuk.

Kali kedua ke sana, ada kursus kewangan di sana juga.
Ikut je la orang berjalan.
Acik tukang bawak pinggan mangkuk orang.


google

Nak jugak bawak anak-anak rasa
tempat tersohor di Malaysia.
Kita orang Malaysia pun tak habis melawat lagi.

3. Tempat ketiga ni, Acik tak pernah pergi lagi.
Tengok orang update gambar tempat ni. Cantik pulak.
Kalau letak pulak Acik kat tempat tu,
memang bertambahlah cantik.
Huhuu..

google

4. Aquaria KLCC pun antara yang Acik idam-idamkan 
nak pergi dengan anak-anak.
Acik pernah jugak pergi ke sana masa rombongan
Intan masa dia Prasekolah.
Jadi kali ni nak semua rasa keseronokan ke sana.


google

Tapi memanjang je terbantut.
Kos ke sana mahal. Tiket nak masuk saja dah banyak mana.

5. Mana-mana hotel dalam Malaysia.
Tak ada tempat lain dah nak pergi selain daripada
bawak anak-anak tidur kat hotel.
Bagi mereka rasa, macam mana rupanya duduk kat hotel.

Acik pernah habiskan semua 'bonus' tahunan Acik,
hanya untuk bayar harga bilik yang kami duduk tu.
RM500++ semalam.
Hah...Padan muka!!


google

Acik pun tak pernah termimpi nak check-in kat bilik 
semahal ini. Pada asalnya ada promosi kat sini.
Bila tanya kat pendaftaran, dah penuh.
Biasa la..nama pun promosi

Acik pujuk anak-anak.
Tapi Acik pulak kena pujuk balik kat Angah.
"Kita check-in je la ibu..Orang kat pendaftaran tu pandang
kita macam tak berduit."
Haish...Acik tak boleh orang bakar-bakar ni.
Hahaha...

Acik punya dressing simple je.
Selebet semacam. Naik pulak kancil berhabuk.
So, kami pun check-in la kat bilik RM500++ per night ni.


google

Ahh..melalut dah ni..sebab No.6-10 memang tak ada dah.

Time check-in tu, boleh nampak muka anak-anak gembira.
Riang semacam..poyo pun ada.
sebab check-in kat bilik mahal.
Hehehe..jahat ibu korang ni mengutuk anak sendiri.

'Bonus' yang Acik dapat tu, kongsi sama-sama
kegembiraan dapat 'bonus' tu.


THROWBACK SIKIT
(Gambar dari FB Acik)


Bilik kami atas sekali..untuk Non-Smoker.



Tengok tu, Waie dengan Nana kecik lagi.
Sampai-sampai je, terus lompat-lompat atas katil.



Angah je yang berendam..Yang lain sejuk..
Tak mahu turun

Dah la merapu meraban.
Acik nak bagitahu je yang Acik
suka bawak anak-anak ke hotel.
Tak kisah la hotel mana.
Duit boleh cari,kan?
Kegembiraan anak tak boleh cari.
Itu je la sekali mereka kecik.
Lepas ni, dah besar, tak boleh kecik balik dah..

SEKIAN DC HARI INI..



24 comments:

  1. mudah mudahan prancangan Acik dipermudahkan.. bawak anak-anak jalan..
    bila dah jadi mak memang anak-anak lah yang difikirkan.
    CT pun pelan pelan menabung baru dapat jalan.. kalau tak ada budget tak adalah jalan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menabung tu satu kelebihan...untung sangat kalau dapat menabung CT..teruskan.

      Delete
    2. memang menabung Acik tapi godaan banyak. nak maintain simpan jumllah yang sama kekadang tu semput jugak..

      Delete
  2. best la acik ni..mama yang memahami..untung2 la anak2 acik tu punya mama macam acik.moga capai impian untuk gembirakan anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa sekepala dengan anak Wana..anak-anak pun tak ada siapa dah..semuanya kat Acik..

      Delete
  3. Acik hat no 3 kalo x salah colmar tropicale.
    Smg acik dimurahkan rezeki utk ke tmpt idaman acik sekeluarga. Kagum dgn acik yg sentiasa ceria x pernah merungut dgn hidup.
    U are supermom :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la Sue..Acik google Bukit Tinggi, keluar gambar tu. Ye la kot macam yang Sue cakap tu..Zaman merungut dah lepas dah Sue. Sekarang untuk masa 'terima seadanya' sahaja.

      Delete
  4. Semoga perancangan acik dipermudahkan. CP suka gi Langkawi, bulan depan pun dah booking chalet untuk ke sana dengan mak dan anak sedara CP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah dipermudahkan..beli MPV dulu baru boleh bawak jalan-jalan

      Delete
  5. bestnyaaa... semua best best... bukit tinggi ngan aquaria tu... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Bukit Tinggi tu ada apa yang bestnya?

      Delete
  6. haritu last g Cameron masa hantar cousin balik mrsm.. pak cik saja singgah situ. hehehe

    no 3 tu apa? Fraser Hill ke?

    wow. 500++ *gulp*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tu gambar fraser hill ke bukit tinggi...lantak dia la..sama je la kot..
      500>>Acik pun gulp jugak..tu la first and last..

      Delete
    2. hahaha.. xpelah acik. yang penting ada pengalaman and yang penting best ^^,

      Delete
  7. aquaria haritu kawan cek mahal sangat *untuk student*, so x jadi pergi. adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mampu lagi nak pegi..mahal sangat..nak keluar dari pintu Aquaria tu pun dah ketar lutut..

      Delete
  8. mudah-mudahan tercapai, cn plan nk ke grand lexis yang 1 mlm je rm500 tuh..fuh ! hbs duit bonus itu mcm...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi la CN..Skali skala..Grand Lexis tu pun seronok jugak

      Delete
  9. Ayu pon trngin nk g langkwi.. tak pernah g.. adik2 sume dah pergi..
    Sob sobbb

    ReplyDelete
  10. saya pun banyak lagi tempat kat malaysia ni yg langsung tak pernah sampai lagi. hehe. maybe nanti kalau dah kerja dan mampu, memang nak pergi. mana tau kang jumpa acik kt aquaria XD

    ReplyDelete
  11. semoga impian menjadi kenyataan kak . amin . .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...