Lama dah tak update blog secara konsisten sekarang ni.
Sejak Acik melibatkan diri dalam aktiviti MEMBERANAKKAN DUIT
di butik-butik vendor sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian ni.
Acik lakukan ini semua demi anak.
Orang nampak senangnya Acik..berniaga..dapat duit banyak.
Perbelanjaan dan taraf hidup semakin naik.
Pendapatan anak-anak je tetap camtu..tak naik-naik.
Jadi terpaksa korbankan masa dan tenaga.
Seronok lihat orang lain ada duit.
Boleh luangkan masa dengan keluarga,
pergi sana, pergi sini, buat itu, buat ini.
Tak perlu banyak fikir.
Tak perlu susahkan hati.
Wahai anak, melangkahlah dengan berhati-hati.
Ibu tak mampu lagi nak
serahkan kudrat ibu untuk kalian.
Apa yang berlaku, jadikan panduan hidup.
Lihat dengan mata hati..Nilai mana yang elok, mana yang buruk.
Ibu akan bantu selagi mampu.
Ibu akan terima segala pandangan orang demi kalian.
Sedikit pun tidak pernah terlintas di hati ibu untuk
lalui jalan ini..berseorangan membela kalian.
Along, banyak sangat tanggungan kamu..
Angah, tugasan kamu lebih besar daripada Along, tanpa kamu sedari..
Intan, kelembutan kamu diperlukan untuk ganti tugas ibu.
Nana, kamu hanya berdua dengan Waie andai Along, Angah
dan Kakak Intan melangkah pergi..Jaga Waie sebaiknya..
dan akhir sekali, Waie...kamu tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah,
terima saja apa yang diberi oleh Along dan Angah..
Segala apa yang telah ibu buat pada kalian, ibu minta maaf.
Terpaksa ibu lakukan demi mendidik kalian.
Tugas 2 orang tak mampu ibu tangani dengan baiknya.
Ibu harap kalian faham kenapa ibu terlalu cepat tersentuh.
Tekanan datang dari segala sudut, biarpun ramai yang membantu.
Alhamdulillah..walaupun tingkah laku kalian tak se'perfect' mana,
sekurang-kurangnya ibu mampu buatkan kalian hormat ibu sebagai ibu kalian.
Masih lagi menurut arahan walaupun dalam keadaan terpaksa.
Acik bina blog Acik ini untuk Acik titipkan segala apa
yang Acik rasa nak kongsikan dengan anak-anak Acik..
Segala suka duka kehidupan dengan mereka.
Tak mampu Acik ceritakan semuanya pada mereka.
Acik tiada teman berbicara..nak kongsikan detik-detik manis
dalam membesarkan anak-anak.
Anak-anak Acik adalah antara anak-anak yang membesar
dalam keadaan yang tidak sihat.
Hanya mereka saja yang tahu, betapa tertekannya mereka,
mempunyai keluarga yang tidak lengkap.
Melihat kebahagiaan yang sepatutnya milik mereka.
Di waktu-waktu mereka meningkat dewasa ini,
ada teman yang boleh mendengar apa mereka bualkan.
Jangan menilai orang lain jika anda bukan dalam kategori yang sama.
Acik nak kongsikan ni pun sebab korang kenal Acik kat alam maya ni je.
Takkan nak ceritakan yang baik-baik saja,kan??
Tak mencapai matlamat berblog la..
Kata nak bantu orang..Ini je cara Acik bantu orang..
i feel u acik, smg dimurahkan rezeki buat acik sekeluarga.
ReplyDeletemoga acik terus tabah menghadapi cabaran hidup.
sedih saya dengar kisah acik. acik ada pengalaman sama macam ummi saya juga. kena jaga 5 orang anak masa arwah abah pergi meninggalkan kami dulu. saya tahu ummi menangis dalam diam. saya tahu ummi kerja sekuat yang boleh sebab nak tanggung anak-anak dia. nak pastikan anak-anak dia sentiasa dijaga dengan sepenuh perhatian. even sibuk mana, anak-anak yang tetap dia fikir.
ReplyDeletesaya kagum dengan seorang ibu macam acik. saya yakin acik boleh. betul. ALLAH takkan sesekali uji kita kalau kita tak kuat. kita jaga anak dengan kasih sayang, anak-anak akan nampak. and satu hari nanti, dia akan balas jasa ibu dia even tak sehebat seperti yang ibu sendiri lakukan.
sabar ya acik..smga Allah mudahkan kehidupan dan perjalanan hidup acik skga..
ReplyDeleteJangan sedih2..Allah sentiasa ada di sisi..
Eyda memahami apa yang kak watie lalui kini.. hanya semangat dari keluarga dan rakan2 sebagai kekuatan kita dalam menjalani kehidupan ini.. Eyda harap kak watie tabah, dan sentiasa dekatkan diri padaNya, agar kehidupan kak watie lebih baik selepas ini.. in shaa Allah kak watie.. kalau ada apa2 kak watie boleh jer whatsapp Eyda.. mungkin ianya dapat meredakan sedikit perasaan kak watie..
ReplyDeletesabar dan kita masih ada Tuhan. Insyaallah segala urusan acik dipermudahkan...
ReplyDeleteyang penting sesusahmanapun kita...bersedekahlah walau sediikit...banyak ganjaran.
sabar ye acik. banyakkan berdoa. mungkin ada benda lain yang allah nak bagi ^^
ReplyDeleteSabar ye Acik..ALLAH bagi ujian dekat kita sebab dia sayang dan ingt dekat kita..semoga apa yang Acik lalui sekarang ni akna mendapat balasan yang bermanfaat dari DIA kelak :)
ReplyDeletetabahkan hati acik :-)
ReplyDeletewana memang tabik ngan acik sebab gigih cari duit demi kebahagiaan anak2..acik wajar dijadikan contoh pada ibu tunggal di luar sana...harap acik terus sabar dan tabah..pasti ada kegembiraan yang menanti pada akhirnya..insyaallah..
ReplyDeletehuurm terkesan bace citer Acik.. insyallah Allah mudahkan jalan.. moga rezeki makin melimpah ruah buat Acik sekeluarga.
ReplyDeleteMoga Allah jaga anak acik ketika acik keluar mencari rezeki. Rezeki Allah itu sangat luas. Moga akak terus kuat melangkah :)
ReplyDeletesabar ye acik..
ReplyDeleteinsyallah ade rezeki kat mane2..
semoga usaha acik dlm perniagaan acik tu akan bertambah maju..
ayu je belum merase kek acik tu..
nanti balik sane ayu nak carrot cake versi dlm bekas tu nak 3 tau acik
ibu tunggal banyak dugaannya. dan inshaaAllah pahala yg besar juga menanti mereka. yg penting ikhlas kerana Allah. be strong acik :')
ReplyDeleteAcik.. kesabaran Acik, kegigihan Acik, insyaallah akan dibalas dengan kejayaan anak2.. anak2 Acik pun pandai2 belaka.. alhamdulillah.. anak2 kan rezeki... stay strong Acik ~
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segalanya acik!
ReplyDeleteSabar yer Acik ...
ReplyDeleteSemoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ...
Salam singgah mendoakan Acik Watie! Moga dipermudah segalanya nanti...niat ikhlas acik tu penting! Fighting!!
ReplyDeletehttp://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/
orang yg memandang dgn mata.. begitulah.. orang yg pernah merasa, dia memandang dgn hati maka dia mengerti.
ReplyDelete*sebak*
sabar yer ... pernah rasa juga
ReplyDeletepernah dulu berhenti kerja, dan buka kedai. time tu anak satu. agak susah untuk naik, kena promosi sana sini. duit banyak belanja pun banyak, memang asyik busy. tapi dah stop time ekonomi down 2009.
sekarang anak dah tiga, tak kejar dah semua tu, wpun duit sikit tapi cukup untuk perbelanjaan. banyak masa berkualiti untuk anak.
eh.. baru perasan, tersalah tulis. sekarang anak dah empat. tertinggal sorang :p tertinggal semasa menulis ok, kalau tertinggal time jalan-jalan naya ;p
Deletesy suka ayat tu....Jangan menilai orang lain jika anda bukan dalam kategori yang sama...sbb kita selalu salah dlm menilai org lain.
ReplyDeletesemoga sentiasa dimurahkan rezeki akak :)
ReplyDeleteIn Sha Allah...murah & mewah rezekimu...
ReplyDelete