Thursday, 26 February 2015

DalaM SuKa, AdA SeDiHnYa

Alhamdulillah..rumors yang selama ni Acik dengar start bulan lepas, akhirnya jadi kenyataan. Ya Allah..tak tahu nak gambar macam mana sukanya hati dapat pindah dekat dengan rumah..




Tiada lagi bergaduh dengan Waie pagi-pagi dalam kereta, tiada lagi mengantuk masa drive, tiada lagi isi minyak keta yang banyak (tak tahu banyak mana sebab setahun lebih ni, Acik tak pernah kira berapa sebenarnya belanja minyak kereta sebulan).

Dalam suka, ada jugak risaunya..Acik dikhabarkan tak buat kewangan di tempat baru. Acik menguruskan bahagian perkhidmatan. Tu la yang paling Acik lemah sekali iaitu yang melibatkan data dan tarikh. Susahnya hati...

Sedih tinggalkan Pengetua yang nak pencen tahun ni. Beliau cakap kat Acik yang dia nak tahun last dia berkhidmat ni, pengurusan kewangan cemerlang. Maafkan saya, saya tak mampu bantu cikgu. Insya Allah orang baru akan lebih baik dari saya.




Terima kasih Seri Intan atas tolak ansur selama ini..terima kasih Seri Intan atas pengalaman ini..terima kasih Seri Intan atas peluang ini. Insya Allah kita akan jumpa lagi..

Alhamdulillah.......

17 comments:

  1. semoga kak watie berjaya di tempat baru.. kalau kerja berkaitan perkhidmatan memang banyak berkaitan data dan tarikh.. semoga kak watie dapat melakukannya dengan baik..

    ReplyDelete
  2. selamat bertugas di tempat baru ^^

    ReplyDelete
  3. Selamat bertugas di tempat baru acik

    ReplyDelete
  4. selamat bertugas di tempat baru acik , hadapilah apa juga cabarannya, adat sesuatu yang baru akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri, all the best .

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Selamat bertugas di tempat baru ye acik. Smg dipermudahkan sgl urusan acik insyaAllah...

    ReplyDelete
  6. tahniah! dan selamat bertugas di tempat baru..
    saye ni ntah bile la dpt tukar..
    ='(

    ReplyDelete
  7. kehidupan sentiasa ada imbangannya. agar kita pandai dalam menghargai sesuatu. ^__^ lama x jengah blog jiran2

    ReplyDelete
  8. wah best nye.. congratulation...

    ReplyDelete
  9. selamat menjalani tugas di tempat baru. in shaa ALLAH semoga mudah segala-galanya

    ReplyDelete
  10. Selamat bertugas di tempat baru ... Jangan susah hati sangat, pelan pelan nanti sukses ler tu ...

    ReplyDelete
  11. hai acik, dah bace x http://belladin92.blogspot.com/2015/03/pemenang-segmen-raya-2014-by-bella-din.html
    bella pilih acik as pemenang hihi tahniah. camne nak cntact acik ye?

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, senang Acik nak pergi kerja sekarang. Selamat bertungkus-lumus di tempat baru, Acik. Moga Allah permudah segala kesulitan :)

    ReplyDelete
  13. tahniah acik ye.. semoga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  14. Semoga dipermudahkan Acik di tempat baru :)

    ReplyDelete
  15. dpt jugak kewangan kan..
    dekat dgn rumah acik tu dekat mane ye

    ReplyDelete
  16. eeh.. rasa mcm dah lama x dtg sni tapi sikit je entri AW. bz ya? semoga x berhenti menyebar kebaikan ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...