Thursday, 7 August 2014

2nd MOMENT

Mengandungkan angah, macam mengandungkan along.
Tak ada alahan, tak ada mengidam.
Tak ada morning-sickness.
Mungkin sebab suami aku ni jenis tak percaya benda-benda camni.

Tak percaya adanya mengidam, alahan..
Bagi dia semuanya "MENGADA-NGADA"
Kita sakit pun dia cakap kita ngada-ngada,
inikan pulak yang mengarut-ngarut ni.
Alhamdulillah...aku terlepas seksa itu.

Sakit nak bersalin angah macam along.
Sakit sikit tapi 'nanti la dulu'.

Naik motor ni, pegi klinik. JM Mardiana suruh balik rumah.
Tunggu kat rumah, nanti ambulan datang ambik.
Mama dah datang rumah, ambik along.

Ambulan sampai rumah je, ramai la jiran-jiran terjenguk-jenguk,
terhendap-hendap..Macam kena tangkap polis.
Keluar je la..Tak pun jerit dari celah langsir rumah..
"Nak bersalin dah ke??"

Naik ambulan paling tak suka.
Kena baring atas katil. Sakit la..terhentak-hentak.
Jalan kat PULAPAH ke Kuala Pilah bukannya cantik.
Beralun-alun..Berlubang-lubang.
Sudahnya aku duduk je kat katil tu.
JM Mardiana suruh aku baring. Mungkin sebab ambulan dah pasang siren.
Takut orang kata saja-saja on siren.
Dari PULAPAH ke Kuala Pilah pun bukannya dekat..
Lebih kurang 56 km tu.

Sampai di Hospital Kuala Pilah, terus ke kaunter pendaftaran
Nak masuk labour-room.
Rasa macam nak bersalin dah..masa tu leaking air.
Kakak yang buat pendaftaran tu pulak, nak kirim nasi lemak la..
nak kirim air teh o la..
Kakak..tahu tak saya nak bersalin dah ni.

Tengah-tengah buat pendaftaran ni, aku tanya dia..
"Lama lagi ke?"..aku dah nak bersalin sangat ni.
Muka macam tak percaya je aku nak bersalin.
Tengok la buku merah tu kak...
Saya nak bersalin anak ke-2 dah ni.

Dia suruh aku tukar baju, ambik baju baby,
kain lampin, pampers, kain batik.
Masuk dalam..nak check bukaan.

Masa check tu, menggelebah masing-masing.
"Cepat!!Dah bukak 9 cm ni"
Haaa....padan muka. Aku ni senang bersalin.
Bak kata Kak Lin Kamal " Kau tu bersalin macam kucing"
Kelam kabut orang tolak aku.

Naik katil je, siap-siap...
Bersalin..keluarlah baby boy lagi.
Rambut lebat...kecik je. Nak pegang pun takut.

Terus teringat kat anak kak Lin Kamal yang no.3 tu.
Ayah si Angah ni selalu panggil anak kak Lin tu 'kecik'..
Haaa....kan dah kena kat anak sendiri.

Petang tu, along datang tengok adik dia.
Gembira sangat tengok muka along masa tu.
Aku dah ada 2 orang anak la!!
Bangga jugak...muda lagi dah ada 2 orang anak.
Kawan-kawan aku semua tengah sibuk belajar.

Sekali lagi nama anak jadi taruhan.
Ayahnya cari nama anak mula huruf H.
3 buah buku tu..Semua pinjam kat Kak Lin.
Tak banyak pun nama huruf H.
Akhirnya dia pilih HIFZHAN.
Bermaksud pemuliharaan.
Pemuliharaan apa? Pulih la apa-apa angah.
Asalkan jadi orang.

Dah buat surat beranak, terlintas pulak di dalam kepala hotak aku ni..
Hilmi sama dengan adik dia Hazmi.
Hifzhan sama dengan adik dia jugak Hafizan.
Mmm...lepas ni aku akan pastikan 
tak ada lagi nama iras-iras adik-beradik dia.

WELCOME MUHAMMAD NURHIFZHAN BIN HALIM!!

Anak no.2 ni selalunya lain dari yang lain.
Ibu harap yang lain tu yang baik-baik saja ye Ngah.
Wish you luck!
Pandai jaga diri..Pandai jaga adik-adik yang lain.

Manual saja la...nak scan,x de scanner..
Angah yang kecik, along yang besar tu.


No comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...