1. Menahan diri daripada tidur di antara waktu Fajar dan ishraq,
Asar dan Maghrib, Maghrib dan Isyak.
2. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai
bau yang kurang menyenangkan.
3. Jangan tidur di antara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
4. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
5. Jangan memakan kembali makanan yang
telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
6. Jangan mematah-matahkan jari anda.
7. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
8. Jangan mendongak ketika sedang bersolat.
9. Jangan meludah di dalam tandas.
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
11. Duduk ketika sedang memakai seluar / kain.
12. Jangan memecahkan benda yang keras / sukar menggunakan gigi.
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
15. Jangan bercakap di antara waktu azan dan iqamat.
16. Jangan bercakap dalam tandas.
17. Jangan berkata dongeng (palsu) tentang rakan anda.
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
22. Jangan menipu sepanjang masa.
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
24. Berkata dengan jelas agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
25. Hindarkan berjalan sendirian.
26. Jangan membuat keputusan sendiri tapi rujuk pada yang arif.
27. Jangan bangga (riak) akan diri sendiri.
28. Jangan mencela makanan anda.
29. Jangan bermegah (sombong).
30. Jangan menghalau pengemis.
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik termasuk musuh anda.
32. Sabar ketika kesusahan.
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
37. Jangan tidur berlebihan - ini akan menyebabkan penyakit lupa.
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
39. Jangan makan dalan gelap.
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENG'UPGRADE'
DIRI KITA DARI SEMASA KE SEMASA.
INSYA ALLAH....
No comments:
Post a Comment