Tuesday 26 August 2014

PEREMPUAN MELAYU

Adriana...
Lepas bangun pagi, mandi, cari baju kurung.
 Petang, lepas mandi,cari baju kurung.
Ntah macammana dia dapat ilham pakai baju kurung sepanjang masa ni pun
aku tak tahu.

"Ibu, Nana nak pakai baju korong"
Kalau kita tak bagi, dia pegi carik sendiri dalam laci almari dia.

Kadang-kadang (2x) nak jugak tengok dia pakai skirt,
ada reben-reben, sepit-sepit rambut, pakai cekak rambut.
Tapi tu semua tak kekal lama.
Sekejap je hilang. Yang patah tu, patah la.
Yang sepit tu pulak, terjuntai sampai depan mata.

Bila dah 3 kali kadang, kadang-kadang-kadang pikir,
elok jugak dia nak pakai baju 'korong' dia tu.
Sekurang-kurangnya dia dengan rela hati nak pakai.
Kita pun dah boleh ajar dia tutup aurat seawal mungkin.
Kadang-kadang siap bertudung bagai..

Ini anjuran Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan.

Aku dah ada sijil KEMAS bahagian jahitan masa di Serting N9 dulu..
tapi dah lama sangat.
Jadi aku masuk balik Kelas Jahitan Baju Kurung.
Khas untuk jahit baju kurung Nana ni.

Tengok...siap bagi kain. Bayaran murah je.
Boleh la..Ilmu kan..tak payah la nak berkira sangat.

Balik rumah, selongkar tong-tong lama,
mana ada kain-kain perca yang besar-besar,
terus praktikkan.
Panggil Nana. Ukur badan kecik dia tu.
Si Waie pun suruh ukur badan dia sekali.
Sibuk la awak ni Waie..Nanti ibu belajar baju melayu pulak ye sayang.


Nampak gaya, macam jadi je leher baju kurung ni.


Akhirnya siap..baju kuning tu mama yang buat.


Baju kurung Nana yang warna kuning tu, 
kain orang bagi kat aku zaman 90-an dulu,
aku gunting-gunting tak jadi.
Aku pun sorokkan.
Mama kemas-kemas bilik menjahit dia, terjumpa la kain ni.
Sudahnya aku kena bebel.
Bebel yang tertunda daripada tahun 90-an tu.


Baju ni aku buat,ngam-ngam badan dia.


Baju ni mama buat sebab penyakit malas dah sampai.
Tak tercantum sebab sibuk dengan kuih.




Ada banyak lagi gambar Nana berbaju kurung.
Semuanya dalam tepon.

YA ALLAH..
PELIHARALAH PERIBADI NUR ADRIANA NATASHA 
SEBAGAIMANA DIA MEMELIHARA TUBUHNYA.
AMINN..





5 comments:

  1. assalammualaikum...

    comel sungguh baju kurung tu...

    hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...terpaksa belajar buat baju kurung sebab ramai tukang jahit tak ambik tempahan baju kurung budak kecik ni. Boleh jimatkan kos jugak,kan?

      Delete
  2. bestnya pandai jahit.. boleh jahit je baju sendiri

    **acik watie boleh tak kiranya acik buang Show word verification untuk ruangan komen.. kalau akak buang mesti ramai suka datang komen. tak tahu apa dia?? lihat no 4 dalam entry ni:

    http://kapas-putih.blogspot.com/2014/06/6-comment-setting-yang-blogger-patut.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ye N..
      Rasanya haritu Acik dah ambik No..Kes try n error la ni..

      Delete
    2. Acik dah baca dah post N tu sebelum ni..tak baca..Confident je Acik yang Acik pilih No.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...